Kehangatan Sukan SEA 2017 sudah sampai ke kemuncak apabila skuad bola sepak negara berjaya meloloskan diri ke final memburu sebutir lagi pingat emas untuk rakyat Malaysia.
Anak didik Datuk Ong Kim Swee ini bakal bertemu dengan pasukan Thailand pada jam 8.45 malam, esok. Keterujaan menonton bola sepak tidak hanya menghantui peminat bola sepak tanah air, malah termasuklah golongan wanita yang turut sama memenuhi ruang Stadium Shah Alam bagi menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut.
Ads
Salah seorang wanita yang tidak ketinggalan menunjukkan sokongan ialah Eswati Azni Jaafar yang terjebak dengan bola sepak kerana minat suami dan anak.
“Sebenarnya anak dan suami yang meminati sukan bola sepak ini. Boleh dikatakan seharian mereka berdua bercerita tentang bola tidak kira dalam dan luar negara.
Saya pula suka menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan negara seperti Sukan SEA dan AFC berbanding bola sepak liga. Mungkin kerana jiwa patriotik yang kuat dan semangat kenegaraan yang menebal.
Tapi kalau nak diikutkan, memang sejak kecil saya dah biasa bersama arwah bapa dan famili yang kaki bola. Jadi, selalu tengok perlawanan di kaca TV termasuklah kakak-kakak saya yang suka tengok World Cup berbanding pasangan mereka sendiri.
Kalau musim demam World Cup dan Euro Cup, kami selalunya akan update dalam Whatsapp sepanjang perlawanan bola,” jelas ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Ads
Sewaktu ditanya tentang semangat untuk menonton bola sepak di stadium berbanding menonton TV di rumah, jawabnya, “Memang sejak dulu setiap kali acara Sukan SEA, Sukan Komanwel atau AFC berlangsung, jika berkesempatan memang kami akan cuba dapatkan tiket untuk menonton secara langsung di stadium.
Tetapi, sejujurnya semangat saya lain macam pada Sukan SEA 2017 kali ini, tambah-tambah dah turun ke event di Bukit Jalil beberapa kali.
Lagi satu, sebab suka tengok pasukan Malaysia depan mata. Mereka nampak lebih tangkas dan bersemangat. Saya mungkin tak kenal setiap individu itu tapi nampak kerja berpasukan yang baik dan rasanya ramai yang setuju dengan pendapat saya ini,” ujar Azni yang mengesahkan bakal menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Thailand di Stadium Shah Alam, esok.
Ads
Menyingkap persiapan untuk menyaksikan perlawanan esok, “Dari segi persiapan, saya sudah pastikan jersi telah dibasuh dan boleh dipakai untuk ke perlawanan final. Bukan untuk saya saja, tapi satu famili terutamanya kelengkapan anak.
Malah saya turut menyediakan baju hujan sebagai persediaan awal jika malam tersebut hujan turun dengan lebat. Tapi harap-harapnya cuaca baik dan kita bakal menggondol emas untuk Malaysia.
Bagi wanita yang nak ke stadium, jangan risau tentang sembahyang. Yang penting bawa kain mini telekung, pakai stoking, sejadah dan juga botol spray untuk berwuduk dan yang paling penting kamera serta power bank kena ada,” pesannya.
Nona suka berkongsi video daripada Azni ini sewaktu dia menghadiri perlawanan semi final di antara Malaysia-Indonesia tempoh hari. Rasa bersemangat dan happening, 1Malaysia sangat! Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali lagi, bakal meraikan ulang tahun kesepuluh anjurannya. Bakal membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh gaya tahun ini, KLFW2022 menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos di Pavilion KL.
Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW kali bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.
Beliau berkata sejak pelaksanaannya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.
“Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih. Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri, dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan,” katanya pada majlis pelancaran media acara pada Khamis.
Mr Andrew Tan, Pengasas KLFW2022
KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian dua tahun lepas, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.
Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini terdiri dari gabungan pereka lama dan baharu, antaranya Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Neonate, Behati serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.
Pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga bakal memperkenalkan produk wangian terbaru mereka Homege by Nobel.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Masih ada lagi mereka yang degil dan tidak menurut arahan Perintah Kawalan Pergerakan #stayathome. Buat kenduri, makan di kedai, berkumpul ramai-ramai dan bersiar-siar sesuka hati. Sehinggalah kerajaan mengambil tindakan yang lebih tegas hingga memaksa pasukan tentera turun padang untuk memantau keadaan ini.
Tolonglah rakyat Malaysia, 14 hari sahaja tinggal dalam rumah. Kita inginkan keadaan kembali pulih. Nak lagi makin menghampiri Ramadan, semua orang nak pergi terawih dan sebagainya. Jangan disulitkan keadaan ini lagi!
Sempat bertanya tentang situasi ini pada selebriti ratu bulu mata, Rozita Che Wan sendiri mengaku dia menghadkan pergerakan untuk ber-OOTD di luar rumah. Namun, itu bukan alasan untuk dia pencen bergaya, Che Ta masih lagi berkongsi foto-foto menarik di dalam rumah bersama suami dan anak-anak menerusi akaun Instagramnya.
“14 hari dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, inilah masanya kami yang sentiasa sibuk keja, tak lekat di rumah dan sekarang patuh dok di rumah. Time ni lah baru nampak muka anak sorang demi sorang yang selalunya bayang pun tak nampak,” jelasnya ketawa.
“Suami kami, Zain pula seorang yang jenis mengikut arahan. Dia tak akan bagi siapa-siapa pun keluar dan datang rumah. So far dan insyaAllah untuk hari-hari seterusnya memang kami enjoy stay at home dan pastinya saya akan merancang pelbagai aktiviti keluarga.”
Si comel Aaisyah pula tak merungut atau bosan tinggal di rumah tanpa aktiviti luar? “Aaisyah ok je, janji mak pak dia ada kat rumah. Dia faham dengan keadaan yang berlaku sekarang. Kalau ada siapa yang batuk dia akan cakap corona virus la tu.”
Tapi yang sedihnya Che Ta, masih ada yang tak faham atau buat-buat tak faham. Macam acuh tak acuh dengan tindakan yang kerajaan laksanakan ini. Komen Che Ta?
“Emmm… Saya sakit hati dengan segelintir rakyat Malaysia yang tak bijak, tak faham arahan! Kalau situasi ini not getting better takut nanti kena perintah berkurung terus. Ini semua boleh lumpuhkan ekonomi negara. Depa yang makan gaji tak pa la, kita yang dok meniaga ni sedikit sebanyak terjejas.
Perintah Kawalan Pergerakan bukan nak suruh kita balik kampung, bawa balik wabak tu ke kampung! Faham ke tidak. Depa tak nampak virus tu sebab tulah depa tak nampak betapa serius dan bahayanya keadaan sekarang. Depa ingat kerajaan suka-suka nak suruh kita melangut kat rumah. Kerajaan buat supaya virus ni dapat di bendung. Tapi yang korang bergasak keluar juga dah kenapa???
Ni ikhlas saya nak pesan, cuba jaga diri dan elak terkena jangkitan corona virus ni. Kalau kita kena sekarang, lagi 14 hari baru nak rasa kesannya. Waktu tu, hospital pun dah penuh. Tak ada tempat untuk kita. So berhati-hatilah… Stay where u are!” ujar Che Ta tegas. Foto: Instagram @rozitachewan1. Kiffy Razak
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mengambil inspirasi dari Pasar Ikan Fulton, yang asalnya terletak di bawah Jambatan Brooklyn yang ikonik, The Manhattan FISH MARKET, merupakan restoran yang telah memenangi pelbagai anugerah dan menyajikan hanya makanan laut Amerika yang segar dan akan membuatkan air liur anda meleleh kini menyambut ulang tahunnya yang ke-15 di Malaysia!
Dikenali dengan Manhattan Flaming SeafoodPlatter, The Manhattan FISH MARKET meraikan pencapaian ini di restoran yang baru diubah suai di Subang Parade, menghidangkan pelanggan setia dengan pelbagai makanan laut, persembahan oleh artis tempatan dan permainan yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
Ditubuhkan pada November 2002 di Mid Valley Megamall, Malaysia, The Manhattan FISH MARKET telah menyaksikan perkembangan dan pertumbuhan yang hebat semenjak itu. George Ang, Dickson Low dan Dr Jeffrey Goh, pengasas The Manhattan FISH MARKET melihat peluang untuk memenuhi permintaan pasaran terhadap sajian makanan laut ala Amerika, iaitu fish and chips dan telah berkembang daripada beberapa restoran pada 2002 kepada lebih 70 restoran sekarang di 14 negara.
Sepanjang tempoh itu juga, The Manhattan FISH MARKET telah memperluaskan menu kepada pelbagai juadah makanan laut daripada Manhattan Fish ‘N Chips, produk terkenal mereka, kepada Manhattan Flaming Seafood Platter yang sangat ikonik, sekaligus sinonim dengan jenama ini.
Dengan kejayaan meraih pelbagai anugerah, The Manhattan FISH MARKET mengekalkan reputasi sebagai pengalaman menjamu makanan laut sedap yang mampu dinikmati semua dan suasana restoran yang hebat, menerusi pengekalan semua aspek asas – makanan laut berkualiti, perkhidmatan cemerlang, suasana yang menyeronokkan dan nilai yang besar kepada tetamu. Bercakap mengenai kejayaan restoran,
“Dari pemulaan kami yang sederhana sehingga sekarang, nilai dan fokus kami tidak berubah, iaitu sentiasa mendahulukan orang-orang kami. Ada kalangan kakitangan kami bermula dengan kami sejak hari pertama. Perbezaan nyata antara kami dengan kumpulan restoran lain dan bagaimana kami boleh tumbuh begitu pantas ialah mewujudkan budaya di mana kami menekankan hal seperti mengambil berat, memahami, berhubung dan sentiasa mendengar suara kakitangan kami. Ia kini terbukti dengan kejayaan dalam tempoh hanya 15 tahun,’’ kata George Ang, CEO Kumpulan dan Pengasas Bersama The Manhattan FISH MARKET.
Acara menarik ini dimulakan dengan hidangan 3 Manhattan Flaming Seafood Platter sebagai juadah sambutan kepada para tetamu dan hidangan gastronomical yang terdiri daripada pelbagai juadah, dipersembahkan di dalam lima gaya masakan berbeza: panggang, gril, goreng, bakar dan rebus. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pasangan suami isteri, Sheahnee Iman Lee dan Naz Rahman cukup terkenal dalam industri pengacaraan tanah air. Bahkan sebelum mendirikan rumah tangga lagi, kedua-duanya sudah pun menceburi dunia ...