Belum reda dengan berita sekumpulan remaja lingkungan 12 hingga 18 tahun membakar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah malam tadi, satu lagi kes melibatkan dadah kini sedang menular dengan dahsyatnya di seberang.
Semenjak 12 September lalu, Rumah Sakit Jiwa Kendari didatangi pesakit remaja dengan gejala yang sama seperti tidak sedarkan diri dan berhalusinasi.
Info yang didapati dari pesakit, mereka telah mengambil sejenis ubat dikenali PCC yang didapati secara percuma oleh pengedar yang tidak dikenali.
Memetik laporan akhbar Kendari Pos, korban penggunaan pil khayal jenis PCC secara berlebihan yang diambil puluhan anak remaja di daerah Sulawesi Tenggara itu semakin bertambah sejak kelmarin.
Sebelum ini, seorang murid sekolah dikenali SD Moldi Kurniawan, 11 tahun meninggal dunia, disusuli kematian Reksi Indra Hartawan, 22, dan Muliadi, 19, dipercayai terdorong membunuh diri selepas mengambil pil PCC.
Informasi yang dihimpun juga mendapati mangsa-mangsa menunjukkan perilaku aneh seperti orang kerasukan dan mabuk selepas mengambil dadah.
Ads
Pil khayal PCC dikategorikan sebagai ubat psikotropik kategori G yang hanya diberikan dengan preskripsi pakar perubatan.
Ads
Satu lagi luahan seorang pengguna Facebook Nur Lian Nurlian mengejutkan masyarakat. Beliau yang juga seorang ibu mengesahkan anak remajanya kini ditahan di hospital akibat gejala overdose dadah jenis Flaka.
Ya Allah lindungilah dan berikanlah anak hamba kekuatan, semoga orang yang memberi ubat laknat itu pada anak hamba mendapat ganjaran yang setimpal, Amin Ya Rabbal Al Amin.
Cuma bisa menangis dan menangis serta berdoa, meratapi nasib anakku, tak bisa berada di sampingku, anakku Ya Allah. Inilah anakku, salah satu korban dadah jenis Flaka yang sedang beredar di Kendari.
Laporan Antara News turut mengesahkan bahawa pihak berkuasa Badan Narkotika Nasional (BNN) di Kendari kini benar-benar dalam situasi darurat dadah.
Ujar Ketua BNN Kota Kendari, Murniati, Rabu lepas, “Bayangkan saja, sejak Selasa kelmarin hingga hari ini, sekitar 35 warga dilarikan ke rumah sakit kerana mengalami kelainan selepas mengkonsumsi ubat mengandungi zat berbahaya.”
Ads
Beliau turut menyatakan bahawa mangsa yang dikejarkan ke hospital kebanyakannya adalah pelajar SMA, SMP dan SD (istilah di Malaysia, sekolah menengah dan rendah).
Dadah yang sedang menular itu dikatakan jenis baru, berbentuk cecair dan tablet. Sehingga sekarang, seramai lapan pengedar pil jenis PCC yang beredar di kalangan masyarakat setempat telah diberkas.
Terdapat juga beberapa jenis gula-gula dengan kandungan dadah yang tinggi didapati dijual secara terbuka pada kanak-kanak di sekitar ibu kota tersebut.
Langkah Kawalan Segera
Pantau aktiviti anak dan remaja terutamanya ketika mereka keluar rumah. Siasat dengan siapa mereka keluar.
Jika kelakuannya mencurigakan, seperti berhalusinasi, segera bawa ke hospital sakit jiwa untuk mendapatkan rawatan secepatnya.
Seboleh mungkin hantar dan jemput anak ketika pergi dan pulang sekolah.
Pesan pada anak-anak agar tidak menerima minuman dari orang tak dikenali.
Jangan keluar malam kecuali ada urusan penting dan anda ketahui tujuannya. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wah, beruntungnya anak Datin Paduka Reena Zach! Mana tidaknya, kanak-kanak perempuan berkenaan diraikan secara eksklusif sempena ulang tahun kelahiran keduanya. Bukan calang-calang, puteri bongsu Datin Paduka Reena yang diberi nama Amberly Aesh ini sambut hari lahir di sebuah butik jenama barang kemas mewah Van Cleef & Arpels.
Menerusi perkongsian di media sosial, Datin Paduka Reena atau nama sebenarnya Nurzarina Zakaria memuat naik momen istimewa mereka seisi keluarga meraikan hari lahir Amberly Aesh.
Amberly Aesh, Permata Hati Datin Paduka Reena Zach Injak Usia 2 Tahun
Meluahkan rasa syukur kerana puteri bongsu kini injak usia dua tahun, Datin Paduka Reena Zach turut tampil berpakaian sedondon putih dengan suami dan dua anak gadisnya.
Manakala ‘birthday girl’ pula kelihatan comel dalam persalinan gaun rona pastel merah jambu!
Titip Datin Paduka Reena, “Two years of pure joy, laughter, and endless love! Happy 2nd birthday to my sweet Amberly!”
Amberly Aesh merupakan puteri ketiga Datin Paduka Reena dan suami, Dato’ Paduka Khairilaziry Wahid. Permata hati kesayangan mereka ini selamat dilahirkan pada 30 Januari 2023.
Daripada foto-foto yang dikongsikan itu, butik Van Cleef & Arpels dihias dengan rona pastel dan belon warna senada bagi meraikan hari istimewa Amberly.
Rai Birthday Amberly Aesh Di Butik Van Cleef & Arpels
Selain memotong kek hari lahir, Datin Paduka Reena di samping suami dan anak gadis turut ralit menatap pelbagai koleksi aksesori mewah Van Cleef & Arpels khusus untuk dihadiahkan kepada Amberly.
Datin Paduka Reena merupakan bekas wartawan penyiaran dan mula berjinak-jinak dengan dunia bisnes sekitar tahun 2010.
Mendirikan rumah tangga seawal usia 20 tahun, figura ini turut dikurniakan dua anak gadis cantik iaitu Putry Daniella Qistina dan Adellia Auddra.
Semoga Amberly Aesh membesar sihat dan menjadi anak solehah. Juga, rumah tangga yang dibina Datin Paduka Reena Zach bersama suami tercinta iaitu Dato’ Paduka Khairilaziry Wahid kekal bahagia sampai syurga di samping tiga puteri kesayangan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Gaya berkebun Melania Trump ini sekali lagi mencuri tumpuan awam kerana harganya yang tidak terjangkau.
Sekali imbas, gaya First Lady Amerika Syarikat itu mungkin nampak biasa dan sederhana. Sepasang jean skinny dipadankan kemeja genggang merah dan sepatu Converse untuk acara berkebun di White House.
Namun kalau diperhatikan dengan teliti, wanita yang terkenal dengan cita rasa haute dan persalinan pereka terkemuka itu sebenarnya mengenakan kemeja Balmain yang bernilai $1,380 (Net-A-Porter) atau RM5,767, sepadan dengan sarung tangan kebun yang dipakainya.
Dalam acara yang dianjurkan Jumaat lepas, Melania bersama sekumpulan pelajar sekolah dilihat sama-sama memetik sayuran di White House Kitchen Garden yang diasaskan oleh Michelle Obama.
Meskipun bajet pakaian First Lady AS tidak ditanggung oleh para pembayar cukai, namun gaya yang beliau tampilkan jelas menjadi pertikaian rakyatnya. Pun begitu, umum mengetahui kehidupan Donald dan Melania Trump itu yang sebenarnya serba mewah sebelum dilantik sebagai Presiden lagi. So, apa pendapat anda? Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
dUCkscarves, label premium yang cukup terkenal di kalangan hijabi. Menampilkan rekaan eksklusif dan mewah, dUCk bukan sekadar mencipta fenomena apabila setiap helaian edisi terhad yang dihasilkan laris di pasaran dalam tempoh singkat.
Malah, situasi berbaris panjang di luar butik dUCk setiap kali koleksi terbaru dilancarkan bukan lagi perkara asing bagi peminat setia jenama yang diperkenalkan Vivy Yusof ini.
Terbaru, dUCkscarves sekali lagi melakar sejarah tersendiri apabila menjalinkan kolaborasi bersama SME Corporation Malaysia untuk penghasilan skaf korporat syarikat tersebut sempena Pameran Tahunan Perusahaan Kecil dan Sederhana 2017 (SMIDEX 2017) yang berlangsung 15 hingga 17 November ini. Memang bertuah kakitangan SME Corp!
Mengetengahkan warna korporat SME Corporation seperti biru dan merah jambu, para kakitangan wanita kelihatan ceria dan elegan tatkala mengenakan skaf korporat dUCk di samping Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hafsah Hashim.
Menurut Pengasas The dUCk Group, Vivy Yusof, ia merupakan satu pencapaian membanggakan buat dUCkscarves apabila diberi kepercayaan untuk menghasilkan skaf korporat berkenaan. Memetik status yang dimuat naik Vivy dalam Instagramnya, “I am very honoured to make this corporate scarf for SME Corp. I think brand association is so important so as tempting as it is to say yes to everyone, I have declined a lot of projects when I feel it doen’t suit dUCk’s brand positioning.
Everything has to have meaning and my team has to feel proud. I immediately said yes to SME Corp corporate dUCks because they do so much for the country in helping SMEs, working so had to help others succeed.”
Pasti banyak syarikat yang sedang mengintai untuk bekerjasama dengan dUCkscarves juga selepas ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Terus bangkit memperkasakan masyarakat, kerjasama strategik yang termeterai di antara RichWorks dan Astro mampu mewujudkan peluang serta bimbingan terbaik untuk jadi wanita sukses.