Ads
Ads

NONA SUPERWOMAN AWARD 2018

NONA SUPERWOMAN AWARD

Inspirasi Wanita

Inspirasi Wanita

Bermula Di Sini

Bermula Di Sini

Nona Superwoman Award mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun.Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

Nona Superwoman Award mengiktiraf wanita melalui 36 kategori anugerah yang sinonim dengan majalah Nona yang telah berada di pasaran selama 33 tahun. Para penerima anugerah ini bukan saja terdiri daripada golongan selebriti, malah ia merangkumi golongan usahawan, pakar motivasi, ahli sukan, ahli korporat serta ramai lagi.

LIST OF AWARDS : 2018

LIST OF AWARD : 2018

NONA SUPERWOMAN OF THE YEAR

TAN SRI RAFIDAH AZIZ

Beauty with brain? Sebenarnya tiada kaitan antara rupa paras dan pemikiran. Wanita perlu dinilai dari segi keupayaan dan kemampuan berfikir, di samping kecekapannya dalam apa jua usaha yang dilakukan. Paras rupa yang cantik hanya luaran. Ia tidak wajar dijadikan ukuran kepada keupayaan seseorang wanita. Masing-masing ada kekuatan untuk dioptimakan faedahnya serta kelemahan senior yang perlu diperbaiki. Buat seluruh wanita, jika anda meletakkan sebarang impian janganlah atas kepentingan peribadi. Pastikan apa yang kita impikan itu dilakukan sebaik mungkin. Kalaupun anda seorang suri rumahtangga jalankan peranan anda sebaik mungkin dan menjadi wanita contoh kepada anak-anak dan adik-beradik. ”

NONA PROFFESIONAL AWARD

TAN SRI SITI SA’DIAH SHEIKH BAKIR

“Saya melaksanakan tugas dan tanggungjawab itu sebagai satu ibadah yang perlu dilaksanakan dengan penuh kesabaran, dedikasi, komitmen dan integriti tinggi demi memperoleh kejayaan. bapa saya berpesan supaya menjadikan amanah sebagai amalan hidup dan saya juga perlu memastikan keseimbangan dalam menguruskan kerjaya dan keluarga. Saya perlu bekerja kuat tetapi bukan menjadi hamba kerja. Andai mahu mencipta kejayaan, pastikan anda kerja kuat, korbankan sedikit masa dan tenaga serta tidak sesekali mengaku kalah walaupun gagal.”

NONA LEGEND AWARD & NONA INFLUENCER AWARD

DATUK SERI SITI NURHALIZA

Superpower saya ialah kemampuan untuk menggembirakan hati mereka yang mendengar alunan suara saya. Sekurang-kurangnya saya dapat memberikan senyuman mahupun meringankan stres para peminat mahupun pendengar-pendengar lagu saya. Superwoman bagi saya ibarat seorang pejuang. Setiap wanita mempunyai peranan tersendiri dalam memperjuangkan maruah keluarga, pembangunan masyarakat, bangsa, agama dan negara. Wanita paling hebat dan dekat dengan saya ialah ibu, Siti Salmah Bachik. Kesabaran serta kesungguhannya yang tinggi sebagai seorang ibu dan isteri dalam membantu meningkatkan ekonomi keluarga amat saya kagumi.”

NONA ROYAL AWARD

YM TUNKU DATO’ INDERA SYAZWAN KAIYISAH TENGKU KAMIL IKRAM

“Jika ditanya yang mana satu merupakan prioriti saya antara keluarga dan kerjaya, sudah tentu saya memilih keluarga. Namun saya perlu bekerja untuk membina sebuah keluarga. Saya memang sudah biasa berdikari sejak kecil. Jadi dengan menjalankan perniagaan sendiri, sedikit sebanyak saya dapat menjana pendapatan keluarga kecil saya ini. Selaku ahli keluarga yang lebih matang saya akan memberi contoh terbaik kepada mereka yang muda dan berharap apa yang telah diterapkan dapat dilaksanakan sebaik mungkin kelak. Namun tiada masalah siapa tua atau siapa muda kerana syarikat kami bermula dari sifar. Jika di antara kami yang mungkin lagi arif dalam bab-bab tertentu, saya akan menyerahkan tugas kepada mereka. Bukan semua kena ikut cara orang lebih dewasa.”

NONA VIP AWARD

PUAN SRI TO’ PUAN DATUK SHARIFFA SABRINA

“Saya tidak mempunyai idola yang diagungkan prinsip hidup saya lebih kepada menanam rasa hormat-menghormati tidak kira latar belakang dan status. Saya lebih menghormati semua tokoh kerana masing-masing mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri.”

NONA CHARITY AWARD

PUAN SRI DATO’ AZRENE ABDULLAH

“Saya adalah kanser survivor, sebab itu apabila saya melakukan kerja amal melalui Breast Cancer Foundation, ia menjadi lebih bermakna. Saya memahami dan mengenali masalah dan cabaran yang mereka hadapi. Secara tidak langsung, komuniti kanser payudara ini begitu rapat dengan saya. Apa sahaja yang saya lakukan adalah semata-mata untuk memperkasakan dan menyuntik inspirasi kepada wanita agar bahagia dalam kehidupan mereka walaupun setelah didiagnosis sebagai pesakit kanser. Itu adalah objektif saya. Apa yang saya lakukan ini umpama telah ditetapkan sang Pencipta, membawa saya ke dunia ini untuk melakukan kerja amal. Apabila mengetahui ramai wanita menganggap saya sebagai inspirasi, ia menggalakkan saya untuk memberi lebih dalam kerja amal ini. I will do this until I die, InsyaAllah.”

NONA MOTIVATOR AWARD

DATUK PROF DR CHE MUHAYA

“Wanita adalah sebaik-baik perhiasan dan wanita juga insan yang begitu istimewa kerana mempunyai tiket mudah ke syurga. Namun, kelemahan wanita adalah mengumpat dan kufur terhadap suami. Orang setuju atau tidak setuju masalah utama wanita adalah melawan cakap suami. Kedua, sombong atau seteru dengan ibu mentua. Ketiga, garang terhadap anak-anak dan keempat sering menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan. Kelima, garang dengan pembantu rumah atau staf. Formula untuk mencapai kejayaan adalah dengan memperbaiki dan menyempurnakan solat. Jika awal-awal lagi solat tidak sempurna atau tidak sah, sudah pasti kita akan gagal di dunia dan akhirat.”

NONA ACTIVE AWARD

DATUK NICOL DAVID

“Jika kita bersungguh-sungguh dan minat dengan apa yang dilakukan, sudah tentu tidak terdetik pun rasa untuk mudah berpuas hati. Bukan mudah untuk mencapai kemenangan tetapi apa yang perlu saya lakukan adalah konsisten dan menguatkan lagi kekuatan mental untuk mencabar diri. Saya yakin dengan adanya motivasi yang tinggi serta kekuatan minda dan fokus, kejayaan boleh dicapai tidak kira dalam apa  bidang sekalipun.”

NONA ENTREPRENEUR AWARD

DATIN VIVY YUSOF

“Saya sangat suka bekerja dengan suami kerana sejujurnya menjadi seorang usahawanbuatkan diri kita seolah-olah keseorangan. Kita tidak tahu sama ada keputusan yang dibuat adalah betul atau tidak, tidak tahu mana arah yang harus kita tuju sekiranya apa yang dirancang tidak menjadi dan sebagainya. Tapi bila ada insan yang kita sayang terlibat sama, ia jadi lebih baik. Tidak bermakna, bila adanya mereka semua perkara menjadi mudah. Memilih rakan niaga yang tepat adalah sangat penting. Salah pilih, habis! Kami sepakat menjalankan perniagaan ini bersama-sama sebab kami nampak perkara yang membezakan kami berdua itulah yang sebenarnya melengkapkan kami.”

NONA CELEBRITY BUSINESS AWARD

MILA JIRIN

“Wanita yang ingin menjadi ahli perniagaan yang berjaya, nasihat saya paling utama adalah anda perlu menjadi seorang wanita yang kuat. Tiada apa yang mustahil dalma dunia ini dan semua orang boleh mencapainya. Cuma jangan terlalu lemah kerana ramai usahawan wanita yang saya jumpa mudah patah semangat dan mengaku kalah. Ramai yang ingin melihat anda berjaya. Tidak salah saya berkongsi ilmu kerana dahulu saya juga menerima bimbingan orang lain. Saya akan cuba berkongsi apa yang saya ada mengikut kemampuan diri.”

NONA INSTAFAMOUS AWARD & NONA HIJAB AWARD

NOOR NEELOFA

I can’t stop. Sebaik saya mula membuat sesuatu pekerjaan dan benar-benar mahukannya, saya takkan berhenti berusaha sehingga berjaya memiliki apa yang saya inginkan. Bagi saya, setiap kejayaan yang diterima selama ini adalah kerana kesungguhan dan kecekalan saya dalam bidang diceburi selain keyakinan terhadap kemampuan diri. Bila berhadapan dengan cabaran, perkara utama perlu ada bagi setiap wanita adalah kepercayaan diri dan mencari jalan terbaik untuk berdepan khalayak dengan sokongan orang sekeliling. Saya sentiasa berpegang kepada dua perkara; I always believe in myself dan menjadi orang yang berdisplin.”

NONA HOME-GROWN AWARD

DATIN SERI NUR SHAHIDA

“Kos sara hidup pada masa kini sangat tinggi. Jadi saya galakkan wanita di luar sana untuk mula berjinak-jinak dengan perniagaan. Walau sesibuk mana menguruskan perniagaan, anda perlu bijak menguruskan masa bersama anak-anak kerana mereka sangat memerlukan perhatian dan kasih sayang ibu bapa. Untuk menjadi usahawan, seseorang itu haruslah rajin dan jangan hangat-hangat tahi ayam. Jangan mudah berputus asa kerana terdapat banyak cabaran yang perlu dihadapi untuk memastikan perniagaan kita dikenali dan mendapat sokongan orang ramai.”

NONA FASHIONISTA AWARD

ROZITA CHE WAN

“Saya gayakan baju mengikut kesesuaian bentuk badan. Umur bukan menjadi suatu batasan untuk bergaya tetapi perlu sesuai dengan majlis dihadiri. Cuma sebagai wanita, kita perlu tahu apa yang sesuai dan apa yang tidak sesuai dengan tubuh sendiri. Untuk menjadi wanita sukses, perlu ada impian dan cita-cita. Apabila kita tahu apa yang kita inginkan tentunya kita berusaha untuk mencapai impian tersebut. Namun jika mempunyai impian tetapi tidak berusaha unutk mencapainya, tak berguna juga. Kekuatan saya? Saya sangat menjaga masa. Tepati masa untuk hadiri setiap temujanji.”

NONA BEST FASHION BRAND AWARD

IZRIN ISMAIL

“Bagi yang ingin menceburi bidang fashion retail, keluarkan produk asli, kreatif, niche dan test market terlebih dahulu sebelum memberikan komitmen tinggi. Running your own business is not about the glitz and the glam, and the title of being your own boss. Banyak lagi komitmen perlu difikirkan, daya usaha tinggi dan cabaran yang bakal dilalui. Ramai yang berfikiran ‘if she can do it, I can do it too’ dan mempunyai minda yang ‘I can do it better’ sedangkan tidak mempunyai asas kukuh. Saya bukannya tidak mahu mendorong namun it is better to start small and have a slow and steady growth rather than start big and be drowned.”

NONA INDEPENDENT WOMAN AWARD

ZIANA ZAIN

I have to be strong because of my children. Everything now is because of my children. Jika boleh saya mahu menjadi seperti kedua ibu bapa saya dan mengutip kekuatan bagaimana mereka mengharungi hidup sehingga ke usia emas. Sebagai wanita, we have to be independent, to be kind, to be thankful to everybody. Kita perlu berdikari dan satu perkara, wanita memang telah dilahirkan untuk berdikari atas kaki sendiri. Kita telah diberi tanggungjawab yang sangat berat tetapi pada masa sama bergelar ibu, isteri, dan pekerja atau majikan. We are actually a bionic woman!”

NONA CULINARY AWARD

ANIS NABILAH

“Ibu saya ada berpesan, whatever you do in your life, you have to make a difference. Jadi saya percaya, sebagai seorang cef selebriti, tugas saya bukan hanya memasak tetapi untuk melakukan sesuatu yang lebih besar dan bermakna. Bukan hanya kepada diri sendiri tetapi kepada orang lain juga.”

NONA BEAUTY AWARD MAX FACTOR X

FYZA KADIR

“Cantik itu sangat subjektif. Bagi saya, semua wanita memiliki kecantikan tersendiri. Jangan berasa kerdil dengan kekurangan yang ada pada diri. Sebaliknya, jadikan kekurangan tersebut sebagai satu kelebihan. Apa yang penting, kita harus kenal dan sentiasa yakin dengan diri sendiri. Selain itu, sebagai wanita, kita harus sentiasa tampil kemas, rapi dan menarik. Ia melambangkan ciri-ciri wanita yang sukses!”

NONA BEST MEDISPA & WELLNESS AWARD

DR KATALINA

“Wanita kini lebih berdaya saing dan pintar dalam meneliti, menilai seterusnya menjalankan sesebuah perniagaan sehingga berjaya. Kita seharusnya bersyukur dan menggunakan sebaik-baik peluang yang negara kita berikan untuk kaum wanita di Malaysia bagi emmajukan diri bukan sahaja dalam institusi keluarga tetapi juga perniagaan. I believe woman must be independent as well in order to be survived and successful.”

NONA BEST JAMU AWARD

DATO’ SRI HANNI BORHAN

“Seseorang wanita itu akan kelihatan cantik bukan sahaja apabila memiliki raut wajah sempurna tetapi juga kesihatan tubuh badan yang berada di tahap maksimum. Tidak kira kurus atau gemuk, kalau anda mempunyai tubuh badan yang sihat, serta-merta penampilan anda akan tampak segar dan bermaya. Secara tidak langsung ia akan membuatkan anda lebih aktif menjalani kehidupan harian.”

NONA BEST GROWING F&B BUSINESS AWARD

SITI NOOR SABRINA SOOBRI

“Bagi saya setiap manusia ada potensi dalam diri, cuma mungkin kita tidak sedar tentang potensi diri sendiri. saya buktikan dengan mencari potensi diri sendiri dan akhirnya…berjaya. Melalui cara perkongsian ilmu perniagaan ini akan mendekatkan lagi hubungan saya dengan followers dan secara tidak langsung meningkatkan kredibiliti serta reputasi saya. Jangan kedekut ilmu.”

NONA BEST LOCAL HALAL AWARD

DORINA ABDULLAH

“Pada pandangan saya, wanita juga memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan di dalam sesebuah perniagaan. Wanita harus mengetahui batas-batas tertentu dan hendaklah sentiasa mendapat redha dari suami terutamanya bagi yang sudah berumahtangga. Kita juga hendaklah peka dengan keadaan sekeliling, dari segi ekonomi sosial dan politik agar perniagaan terus relevan.”

NONA BEST EMERGING ENTREPRENEUR AWARD

HAFIZATUL ATIKAH MOHD FAUZI

“Kalau kita hendak melakukan sesuatu, teruskan selagi ia bukan perkara yang salah. Pedulikan cakap orang kerana mereka tidak tahu bagaimana kita bertungkus-lumus untuk mengubah kehidupan. Lawan segala ketakutan dan cabar diri sendiri agar kita dapat menemui superpower sebenar.”

NONA BEST SOCIAL MEDIA TRAINER AWARD

NAJIB ASADDOK & NURUL IYZAH

“Dalam perjalanan sebagai seorang ahli perniagaan, jika suami kita jatuh itu adalah normal dan perkara biasa untuk kita turut bersedih kerana kita adalah manusia biasa. Tetapi kita harus sentiasa memberi semangat kepada suami. Tidak perlu mengungkit segala pengorbanan yang kita telah lakukan untuknya dan mengiringi perjalanan hidup suami dengan doa agar semuanya dipermudahkan.”

NONA BEST CEO AWARD (DEVELOPER)

DATIN PADUKA DR HAJAH NORAIDA

“Walau bergelar ketua, saya tidak pernah meletakkan standard mahupun jarak dengan kakitangan. Sikap merendah diri dan tidak sombong itu adalah antara rahsia kejayaan saya. Kerja itu satu ibadah. Tanggungjawab kepada staf merupakan satu amanah buat saya. Untuk menjadi ketua yang baik, kita harus percaya kebolehan mereka dan jangan merendah-rendahkan kemampuan mereka.”

NONA BEST MEDICAL HEALTH SHOES AWARD

NUR DIANA DZULKIPLY

“Dalam kehidupan ini, kita perlu mengutip segala mutiara yang kita jumpa sepanjang perjalanan dalam kehidupan kita. Saya ingin menjadi sepertimana sabda Nabi Muhammad SAW, ‘sebaik-baik manusia adalah manusia yang bermafaat kepada manusia lain’ dan saya juga menggenggam erat nasihat ustaz saya berdasarkan pepatah Arab,’ berbanggalah dengan apa yang kita lahirkan.”

NONA BEST YOUNG ENTREPRENEUR AWARD

SITI AISYAH KAMARUDDIN

“Saya sangat mengambil berat dan prihatin tentang orang-orang disekeliling saya terutamanya staf dan itulah rahsia kejayaan saya. Saya sangat menjaga kebajikan mereka termasuk tempat tinggal, makan dan sebagainya. Untuk memulakan bisnes, buang perasaan takut dalam diri. Try and adjust, bukan try and error!”

NONA BEST ONLINE BRAND AWARD

DYANA ROSLAN

“Perasaan takut pasti timbul saat ingin memulakan sesuatu bisnes. Namun tidak salah jika kita memberi peluang pada diri untuk mencuba perkara baharu. Paling penting, niat kita adalah untuk belajar dan menjadi wanita lebih berjaya. Tak semestinya sesuatu perniagaan itu harus bermula dengan bajet yang besar. Selagi ia mampu menjana pendapatan, why not!”

NONA BEST TIMELESS BEAUTY AWARD

THANIA MOHD MUSTAPA

“Seorang wanita itu perlu mencari kebolehan atau minat yang ada dalam diri mereka. Walaupun sekadar suka-suka, cuba kembangkan bakat atau minat itu menjadi sesuatu yang lebih menguntungkan. Usah malu dan buang rasa rendah diri untuk memulakan apa yang anda minat. There is no shame in not knowing something. The shame is in not being willing to learn.”

NONA BEST TECHNOLOGY BUSINESS AWARD

DATIN NUR EDZDIANI BAHARODDIN

“Saya meminati mogul dunia fesyen, Kimora Lee Simmons. Memiliki rupa paras cantik, empayar fesyen sendiri dan sentiasa membawa anak-anak bersama. I definitely want to be like her! Walaupun setiap hari saya perlu ke pejabat, tetapi saya jarang meninggalkan anak-anak di rumah.”

NONA BEST AESTHETIC AWARD

DATIN DR. SUFFIA HANY

“Wanita jangan ego, bukan sekadar menjaga kecantikan wajah tetapi perlu mengambil berat penjagaan dalaman. Wanita juga tidak boleh berputus asa dan cepat mengalah setelah kita membuat perancangan hidup. Kita mampu menjadi wanita luar biasa dengan keyakinan dan kesungguhan diri.”

POLLING

LENSA NONA – Datin Surina

Kecur tengok Datin Surina kongsi resipi kuih tradisi, lidah kucing. Rupa-rupanya...

Tya Ariffin Pilih Jamu Untuk Jaga Kecantikan Dalaman & Luaran

Tya Ariffin mengamalkan pengambilan jamu untuk lebih sihat dan cantik.

A R T I K E L

A R T I K E L

Hampir Setahun Jadi Suri Hati Putera Mateen, Terserlah Wajah Bahagia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah!

Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...

Manisnya Azrinaz Mazhar Hakim, Jelitawan Ini Berangkat Ke Tanah Suci Tunai Umrah Bersama Suami Tercinta!

Bulan Disember menjadi pilihan ramai selebriti untuk berangkat ke Tanah Suci dan mengerjakan umrah. Tidak ketinggalan, Azrinaz Mazhar Hakim yang turut mengambil peluang akhir tahun ini untuk berada di sana dan lebih ‘dekat’ dengan Allah SWT ...

WAN SHARMILA Tak Punya Ramai Kawan, Bersyukur Allah Hadirkan ‘Insan Baik’ Dalam Hidupnya

Sejak nekad melakukan penghijrahan pada lima tahun lalu, pada ulangtahun kelahiranya yang ke-38, pelakon cantik manis dan bertubuh kecil molek, Wan Sharmila yang lebih...

Malaya Perfumery Lancarkan Tea Series, 5 Haruman Mewah Bangkitkan ‘Mood’ Pada Setiap Semburan

Minyak wangi umpama aksesori pelengkap gaya dan penambah keyakinan diri. Jika pilihan aromanya tepat, ia mampu membangkit aura positif dan energetik kepada pemakainya.

Warisi Wajah Ibu, Anak Dara Mr. Bean Ini Akui Terpaksa ‘Struggle’ Untuk Jadi Penghibur Berjaya

Siapa yang tak kenal Mr. Bean? Generasi X dan Y mesti ingat, kan? Mimik mukanya yang lucu...

Ingatkan Restoran Untuk VVIP Jer, Tapi Rupanya Kita Pun Mampu Makan Di Situ. Jom Nobu!

Menikmati sajian lazat di Nobu Kuala Lumpur, sambil menikmati pemandangan langit yang terbentang indah...

Masker Muka Dulu Sebelum Pergi Open House, Cuba Petua Ini Untuk Kulit Terjamin Cantik

Wah, hujung minggu ni punyalah banyak open house! Bukan sikit, tapi dua tiga rumah juga nak pergi...

#nonasuperwoman2020

#nonasuperwoman2020