Program realiti TV yang diperkasakan oleh USANITA pimpinan Ketua Pegawai Eksekutif, Datin Adzliana Binti Prof Dato Sri Dr Hasan ini dicetuskan bagi membantu kaum wanita yang terjejas ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Misi USANITA untuk memastikan sokongan dalam memperkasa pembangunan dan kesejahteraan masyarakat terutamanya golongan wanita serta B40, dilihat selari dengan niat Majalah Nona dalam memperkasakan ekonomi wanita Malaysia.
Organisasi ini membangunkan pelbagai peluang termasuk program pembangunan merangkumi bantuan kebajikan dan sosial, bantuan komuniti, seminar motivasi dan keusahawanan serta pendidikan yang berterusan.
DIBAWAKAN OLEH
Penganjur
Diperkasakan
Penganjur Bersama
NONA SUPERWOMAN AWARD
Nona Superwoman Award 2020 mengiktiraf kecemerlangan dan sumbangan wanita melalui 47 kategori anugerah daripada pelbagai kerjaya. Anugerah berprestij ini telah diadakan buat julung kalinya pada tahun 2018 dengan mengangkat Tan Sri Rafidah Aziz sebagai penyandang anugerah utama. Fenomena ini diteruskan buat kali kedua melalui Nona Superwoman Award 2020 sebagai kesinambungan kejayaan yang lalu.