Setelah lama bercinta, pelakon popular Izara Aishah akhirnya bakal menoktahkan zaman gadisnya dengan menerima undangan merisik dan bertunang daripada pihak keluarga pasangan cinta hatinya, Adib Khalid, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tune Studios.
Majlis yang sederhana dihadiri oleh keluarga terdekat telah berlangsung dalam suasana ceria di kediaman Izara, bertempat di Shah Alam. Kalau sudah jodoh insyaAllah pasti tidak akan ke mana.
Dikhabarkan, pasangan muda sama cantik sama padan ini, bakal disatukan pada 17.11.17 dalam majlis akad nikah dan majlis resepsinya pula pada 19.11.17 nanti.
Tiga buah dulang dari pihak lelaki buat si jelita Izara berupa sirih junjung, kek dan manisan serta sebentuk cincin sebagai tanda si gadis sudah diikat. Dulang hantaran dihiasi indah dengan bunga segar mendapat sentuhan magis daripada pereka perkahwinan terkenal, Nas Great idea. Pihak perempuan pula membalas dengan lima buah dulang hantaran yang direka dengan cantik.
Ads
Bonda tercinta, YM Tengku Datin Seri Zawyah tersenyum gembira bakal menerima menantu tidak lama lagi berkata, “Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Saya mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan sehingga ke jenjang pelamin.
Hari ini berlangsungnya majlis yang sederhana tetapi penuh bermakna, merisik dan bertunang. Saya doakan semoga jodoh ini akan terus berkekalan hingga ke jannah. Aamin.” Izara tampil anggun menawan dalam persalinan oleh pereka terkenal, Yadotsa.
Apabila sudah berkahwin nanti, seperti artis wanita lain juga, Izara akan menjaga batas dengan sebaik-baiknya demi menjaga maruah dan nama baik bakal suaminya.
Ads
Semoga dipermudahkan urusan kedua-dua pasangan ini. Apa pun segala yang dilalui nanti perlulah berlandaskan kesabaran kerana dalam tempoh pertunangan ini pun mungkin banyak cabaran, maklumlah darah manis.
Pastinya ramai peminat tidak sabar nantikan majlis ‘wedding of the year’ di penghujung tahun ini. Tahniah daripada kami Majalah NONA, jangan lupa kirimkan jemputan nanti!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi kelahiran Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa mendahului 79 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini.
Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain termasuk Raja Puan Mahkota Perak, Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.
Pada tahun 2013, Rossa telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang kira-kira lima tahun yang lalu.
Penyanyi kelahiran Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.
Pada majlis penganugerahan yang telah diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang hari ini, Rossa kelihatan anggun menggayakan baju kurung hasil pereka tempatan iaitu Amir Luqman rona lembut yang tampak sopan dan anggun digayakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Laman instagram penyanyi popular Indonesia itu dihujani ucapan tahniah dari para peminat yang ternyata berbangga dengan pencapaian penyanyi genit yang mesra dan ramah ini. Tahniah Dato’ Sri Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa!
Sumber: BERNAMA
Foto: IG itsrossa910
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sambutan tahun baharu pelakon popular Indonesia, Acha Septriasa, 33, nampaknya disulami berita sedih apabila dia memaklumkan bahawa dirinya mengalami keguguran anak keduanya baru-baru ini.
Difahamkan aktress Indonesia ini sedang melalui trimester pertama kehamilannya.
The unpredictable news and might be a very unwanted one was ; ‘we’ve Lost the pregnancy’ on the first trimester
we felt deeply saddened , there was a big moment of reflection until right now , however we’ve came back stronger than ever as Family of 3
“It doesnt matter how long you are spending on the earth , how much money you have gathered, or how much attention you have received, it’s the amount of Positive vibration you have Radiated in Life that matters” Amit Ray
My inner strength is knowing when i should take a Break , and relax , don’t forget to live Life.. because the good times of today , are the sad thought of Tomorrow :,)
Perkongsian itu mengejutkan banyak pihak, tatkala ramai selebriti berkongsikan berita gembira dan impian mereka sempena kedatangan tahun baharu, lapor Suara.com.
“Berita yang tidak disangka dan paling tidak dingini adalah kami kehilangan kandungan pada trimester pertama.
“Kami sangat sedih terhadap ketentuan ini dan berjanji akan kembali lebih kuat bersama tiga ahli keluarga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Sebagai penutup hantaran yang dimuat naik itu, Acha yang pernah membintangi filem Heart, mengharapkan semua supaya menikmati kehidupan di tahun baharu.
“Kekuatan batin saya adalah mengetahui bila waktu perlu berehat dan bersantai. Jangan lupa untuk menjalani kehidupan semula.
“Detik-detik gembira hari ini adalah perkara sedih yang akan difikirkan esok. Terima kasih 2022,” katanya.
Acha mendirikan rumah tangga dengan Vicky Kharisma pada 11 Disember 2016 di Jakarta. Meniti usia 32 tahun, Acha atau nama sebenarnya Jelita Septriasa kini menetap di Australia memandangkan suami tercinta berkhidmat sebagai jurutera di sebuah syarikat teknologi di sana.
Pasangan ini mempunyai seorang anak perempuan bernama Bridgia Kalina Kharisma atau Brie. Acha dan Vicky bertemu ketika sama-sama menuntut di Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya., Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertubuhan Damai & Cinta Insani (PENDAMAI) bakal menganjurkan program Darul Ehsan Berselawat 2.0 dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) dan disokong oleh Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor. Program itu akan diadakan di Stadium Tertutup Melawati Shah Alam pada 29 Julai ini dan menyasarkan 8,000 kehadiran dari seluruh negara dengan kemasukan adalah percuma.
Program ini yang akan bermula pada pukul 3.00 petang petang sehingga 11.30 malam akan menampilkan Sheikh Abu Zaki, Sheikh Ashraf Hamed Hassanin, Sheikh Abdullah Jahaf, Ustaz Dr. Ahmad Fakhurrrazi, Ustaz Neezam Al-Banjari, Babul Mustofa dan ramai lagi.
Antara program-program menarik yang bakal diadakan selain berselawat dan Zikir Bermunajat adalah Gema Haflah Al-Quran, Qasidah & Mahalul Qiyam, Tausiyah dan banyak lagi. Selain itu, pelbagai acara menarik bakal berlangsung pada sebelah petang antaranya Himpunan Pendekar Nusantara, program khas muslimat serta pertandingan hafazan dan seni khat.
Ia dijalankan dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Pertubuhan Seni Seni Silat Lincah Malaysia, Seni Silat Sukmo Rogo, Seni Silat Gayung Fatani Malaysia, Raudhah Muhibbin, Musollah Aisya dan lain-lain.
Penganjuran program untuk edisi kali ke dua ini akan dihadiri ulama dan pendakwah terkenal luar dan dalam negara yang akan bersama untuk menyampaikan tausiyah dalam majlis tersebut. Tujuan program ini adalah untuk menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW, memohon keberkatan dari Allah SWT dan terhindar dari perkara yang memudaratkan rakyat Selangor.
Ketika ditemui pada sidang media di kediamannya baru-baru ini, Yang Dipertua Pekawanis, Datin Seri Masdiana Muhamad berkata, mempelawa orang ramai untuk menyertai program ini dan mengharapkan agar Negeri Selangor Darul Ehsan terus makmur dan sentosa serta dilindungi Allah SWT.
“Saya ingin menegaskan program ini adalah program keagamaan dan bukan politik. Tarikh ini kami sudah rancang dah lama jadi kami mahu bezakan program berselawat dan politik adalah program yang berbeza. Kebetulan pula pada 29 haribulan adalah hari penamaan calon. Kalau nak berpolitik pergi ke pentas politik” ujarnya lagi.
Acara pada hari itu nanti akan turut dimeriahkan dengan kehadiran barisan selebriti ternama, antaranya Dato’ Adi Putra, Irma Hasmie, Amyra Rosli, Datin Seri Umie Aida & Erma Fatima.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...