Cuti sekolah dah mula, mesti ada yang dah plan nak bawa keluarga ‘makan angin’ bersama-sama. Bagi warga Selangor atau mereka yang nak berkunjung ke negeri ini, NONA kongsikan 10 destinasi pelancongan menarik dan unik yang mungkin ramai tak tahu sebelum ini.
1. D VIRTUAL PARK, EVO MALL BANGI
Merupakan taman tema realiti maya pertama di Semenanjung, Malaysia yang terletak dalam pusat membeli-belah. Dengan teater hologram, ia memberi pengalaman permainan revolusioner yang akan memuaskan rasa lapar maya anda!
Ads
Lihat animasi hologram selama 10 minit yang dicipta sepenuhnya oleh pasukan kreatif mereka sendiri menggunakan perisian dan alatan animasi paling canggih dan kompleks. Ia juga mempunyai lapan tarikan realiti maya dan satu tarikan realiti tambahan.
2. SPLATTER ART FACTORY, SUBANG JAYA
Kunjungi Splatter Art Factory di Subang Jaya jika anda ingin mencuba ekspresi seni yang unik. Pakej mereka termasuk satu kanvas bawa pulang serta berus, peralatan, warna akrilik, baju ponco keselamatan kasut dan cermin mata atau pelindung mata.
Kemudian, anda boleh mencipta seni menggunakan pelbagai pendekatan dan imaginasi.
3. RUMA POKOK, SEPANG
Sebuah kedai tumbuhan kafe yang terletak di pekan kecil iaitu Sungai Pelek, Sepang.
Mengetengahkan elemen kafe, karya dan alam. Ruma Pokok menjadi satu tarikan baru kerana dekorasi dengan pelbagai spesis pokok hijau memenuhi ruang kafe. Pelanggan juga boleh membeli pelbagai jenis pokok disini.
4. RIVERINE SPLASH, PULAU CAREY
Resort ini mempunyai Taman Tema Riverine Splash Water bertemakan suku kaum.
Terdapat lebih 12 tarikan untuk kanak-kanak antaranya Anaconda Tube Slide, Rimba River, Survival Park dan Kiddie Beats.
5. STARS ARCHERY, PETALING JAYA
Pengendali jarak jauh memanah dalaman terbesar di Malaysia yang menjadi tarikan kepada para pelancong terutama remaja dan pelajar.
Bukan hanya sesuai untuk mereka yang sudah berpengalaman bahkan buat mereka yang baru hendak mula belajar memanah.
6. NAFAS CUBE SERDANG
Untuk tetamu yang mencari lokasi percutian yang unik dalam masa yang singkat. Dengan penginapannya yang tersendiri dan selesa, NAFAS Cube menyediakan tempat percutian yang tenang jauh dari kesibukan dan kesibukan bandar.
Ads
Tapak yang dikendalikan sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) ini merupakan destinasi popular bagi pengunjung yang mencari pengalaman agropelancongan yang unik dan mendebarkan. NAFAS Cube menawarkan bilik gaya hotel dengan konsep berasaskan bekas dan pembetung (paip pembetung konkrit). NAFAS Cube juga menyediakan konsep glamping, atau berkhemah dengan pemandangan tasik yang indah.
7. SAVILLE WONDERLAND, SEMENYIH
Merupakan ladang agro yang juga pusat penetasan, penternakan dan jualan ayam kampung. Tarikan yang terdapat di sini adalah Mini Santuari Kancil/Pelanduk, memancing ikan air tawar, petting zoo, ATV Ride, Taman Ulaman dan Herba.
Saville Wonderland yang dibuka setiap hujung minggu menawarkan homestay kontena premium “Barn Stay”. Anda juga berpeluang merasai tinggal di kebun yang dilengkapi pelbagai kemudahan, pemandangan yang cantik dan tenang. Terdapat kolam ikan dan anak sungai di hadapan kediaman kebun sambil dapat menikmati suasana ladang ternakan dan tanaman buah-buahan.
8. 20 LAMAN CAFE, BANGI
Bagi yang ingin merasai masakan tradisional Negeri Sembilan dan masakan Melayu, serta pelbagai jenis ulaman boleh berkunjung ke sini.
Ads
Lemak Cili Padi Ikan Salai dan Daging Salai antara menu istimewa paling popular. Menu-menu lazat yang lain ialah Asam Pedas Melaka dan Tempoyak Ikan Patin Pahang.
9. PAYA INDAH DISCOVERY WETLAND, DENGKIL
Kehijauan yang subur seluas 1,111 ekar dan tasik besar membentuk Paya Indah Discovery Wetlands.
Taman tanah lembap terbesar di Lembah Klang akan menjadi rumah kepada aktiviti luar yang baharu dan mendebarkan. Boleh dikunjungi pada hujung minggu untuk aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.
10. FUTURE LAND FUN ZONE, PETALING JAYA
Pusat hiburan keluarga yang futuristik, menawarkan aktiviti realiti maya yang menghiburkan dengan teknologi canggih.
Nikmati keseronokan dengan pelbagai permainan simulator 360 yang mendebarkan! Simulator 360 Flight dan ExoJet, Mirror Maze, VR Hero, 6D Cinema dan VR Car simulator antara tarikan utama yang menggunakan teknologi dan peralatan canggih.
Layari www.selangor.travel untuk info dan tip merancang perjalanan ke Negeri Selangor.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kementerian Kesihatan (KKM) mengumumkan bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan ketika menaiki kapal terbang berkuat kuasa serta merta hari ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata keputusan itu dibuat dengan menggunakan pendekatan berasaskan risiko dan telah mengambil kira penambahbaikan dalam teknologi kapal terbang serta beban kes COVID-19 di Malaysia yang lebih terkawal ketika ini.
“(Hal ini termasuk) pengidaraan yang baik di dalam kabin, penggunaan penapis partikel udara yang mempunyai kecekapan tinggi (HEPA) untuk mengeluarkan bahan cemar bawaan udara, susunan tempat duduk ke hadapan dan kekerapan penjadualan disinfeksi kapal terbang,”katanya.
Bagaimanapun, Khairy berkata KKM amat menggalakkan agar pemakaian pelitup muka terus diamalkan bagi kumpulan individu bergejala seperti demam, batuk dan selesema, individu berisiko tinggi seperti warga tua, orang dengan penyakit kronik, individu dengan imuniti rendah serta ibu hamil.
Selain itu, individu yang mengembara bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas dan kanak-kanak juga digalakkan untuk terus memakai pelitup muka di dalam kapal terbang.
Khairy memaklumkan kelonggaran pemakaian pelitup muka di kapal terbang itu selaras dengan syor kesihatan dari negara seperti Kesatuan Eropah, United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Singapura.
Menurutnya lagi, keperluan pemakaian pelitup muka di dalam kapal terbang bagaimanapun masih tertakluk syarat yang ditetapkan oleh negara yang dikunjungi.
Kerajaan mewajibkan pemakaian pelitup muka bermula 1 Ogos 2020, namun pada 7 September 2022 KKM telah mengumumkan pemakaian pelitup muka di dalam bangunan adalah atas pilihan masing-masing.
Sumber: Bernama
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
‘Papa jaga N macam anak sendiri!’ Sedih, berita pemergian seniman Jaafar Onn pada pagi 23 Ramadan sememangnya mengejutkan peminat, khususnya generasi 80-an yang membesar dengan drama bersiri Cili Padi. Salah seorangnya Datin Anne Ngasri yang menerima khabar tersebut ketika sedang beribadat di Tanah Suci.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 73 tahun di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 11.30 pagi tadi. Entah apalah amalannya, Allahyarham dijemput bertemu Maha Pencipta menjelang 10 malam terakhir bulan Ramadan. Sesungguhnya pemergian yang amat dicemburui!
Menyifatkan Allahyarham sebagai seorang bapa yang baik kepada dirinya, Datin Anne Ngasri tentu sekali terkesan hebat dengan kehilangan figura yang melihat sendiri beliau membesar di depan mata.
Sambil berkongsi foto kenangan terakhir bersama Allahyarham di hospital, kesedihan Datin Anne Ngasri pastinya cukup terasa.
“Allahuakbar. Gambar terakhir kita tempoh hari di hospital. Innalillahiwainnailaihirojiun.”
Membesar di set Cili Padi bersama beberapa lagi pelakon utama lain seperti Melissa Saila (Maria), Tam Suhaimi (Salim), Nik Fariz (Syafiq) serta Allahyarham Jaafar Onn (Cikgu Jaafar), Datin Anne Ngasri turut menganggap ‘Papa’ bagaikan bapa sendiri.
“Papa sudah pergi tinggalkan N. Membesar di set bersama Papa, Papa N anggap seperti bapa sendiri. Kalau di set selalu belikan N coklat, belikan hadiah, jaga N macam anak sendiri! Masyaallah terlalu banyak kenangan kita.
Setiap tahun tak pernah gagal beraya dgn kek kukus buah tapi tidak kali ini. N doakan syurga buat Papa. Papa insan seni hebat dan terlalu baik. N akan selalu doakn Papa bahagia di sisi Pencipta….” ujar Datin Anne Ngasri.
Terkenal sebagai seorang pelakon, penyanyi, pengacara dan tukang masak terkenal, Allahyarham Jaafar Onn amat dikenali dengan sifatnya yang pemurah serta rajin berkongsi rezeki serta ilmu.
Menurut anak angkatnya, Mohd Hanif Mohd Hashim, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika sedang menjalani prosedur endoskopi. Alfatihah buat seniman yang pernah menceriakan kita, Allahyarham Jaafar Onn.
Tahniah buat Datin Vivy Yusof dan YM Raja Jesrina Raja Arshad yang terpilih menerima anugerah khas di The Asean@50 Achievement Award, malam tadi.
Anugerah berprestij terserbut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Datin Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman membeli-belah terkemuka, FashionValet, telah dipilih menerima Young Entrepreneur Award.
Sementara YM Raja Jesrina Raja Arshad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman kesihatan dan kesejahteraan Purely B, menerima pengiktirafan Rising Entrepreneur Award.
Majlis yang dianjurkan oleh The Asean Business Advisory Council (ASEAN-BAC) itu diadakan bersempena sambutan jubli emas ASEAN ke-50 malam tadi. Turut menerima anugerah adalah Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah di atas sumbangannya membangunkan Malaysia dan negara Asia yang lain.
Syabas diucapkan kepada Datin Vivy dan Raja Jesrina. Anda berdua lambang wanita muda Asia yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...