Peritnya menanggung rindu pada yang tersayang yang telah pergi buat selamanya. Itulah gambaran tepat yang dapat disimpulkan buat Salamiah Hassan yang menyatakan kerinduannya selepas 10 hari suaminya meninggal dunia. ‘Saya rindukan kamu’. Berikut merupakan ungkapan yang ditulis penyanyi veteran itu di Instagram Story nya semalam yang amat merindui suaminya, Allahyarham Gerry Hughes yang meninggal dunia di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.
Menerusi hantaran tersebut, kelihatan Salamiah agak sugul duduk di sebelah pusara alamiah akhirnya memuat naik gambar ketika dia melawat pusara Gerry dengan ditemani anaknya, Atilia Haron.
Baru dua bulan mereka bergelar suami isteri sejak 1 September lalu selepas 15 tahun saling mengenali, Gerry pergi menghadap Ilahi akibat kanser kolon. Menjengah ke ruangan Instagram Atilia pula, dia yang baru dua hari berada di Australia telah datang ke negara tersebut untuk menemani ibunya termasuklah bertemu dengan anak-beradik tirinya di sana. Atilia juga turut memuatnaik gambar ibunya di pusara ayah tirinya dengan kespsyen “The Love Of Her Life”
Salamiah yang bergelar penyanyi sejak 1971 dengan menyertai program Bakat TV terbitan RTM, hidup sendirian sejak 35 tahun lalu selepas berpisah dengan Allahyarham suaminya, Raja Haron Raja Aziz pada 1986, dan dikurniakan dua anak iaitu Atilia dan Raja Ahmad Shah. Raja Haron meninggal dunia pada 28 Julai lalu akibat masalah jantung.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.