Diam tak diam, hampir sebulan Fazeera Nazri Azrai menjadi ibu. Selamat melahirkan bayi perempuan sulung pada 25 Jun lepas jam 12.39 malam, Fazeera atau mesra disapa Faz melahirkan anak mereka secara normal di Pusat Perubatan Wanita dan Kanak-Kanak Andorra.
Teruja dengan kehadiran si kecil, Faz menerusi media sosial miliknya memanjatkan kesyukuran atas kurniaan anugerah terindah ini daripada Yang Maha Esa.
Malah, baru-baru ini Faz turut menulis puisi ciptaannya sendiri khas buat anakanda tersayang. Sweet sangat!
Meskipun proses kelahiran berjalan lancar namun detik mendebarkan itu masih terpahat di ingatan khususnya bagi Fizo Omar sendiri. Kongsi aktor ini, “24 Jun isteri saya dimasukkan ke labour room pukul 3 petang, hampir 10 jam get ready untuk bayi dilahirkan.
Kami memilih untuk bersalin secara normal, nasib baik buat keputusan yang tepat untuk isteri saya mengambil bius epidural. Kalau tak saya pun tak sanggup nak tengok dia menanggung kesakitan contraction sebelum bersalin.
Hampir 3 jam ‘push’ sampailah baby keluar. Gugur air mata jantan seorang suami bila tengok orang yang kita sayang menahan kesakitan dan bertarung nyawa demi melahirkan zuriat kita.”
Awal Julai lalu, Fizo memuat naik video dia di Kompleks Islam Daerah Gombak untuk mengambil sijil nikah dan Jabatan Pendaftaran Negara bagi proses mendaftar kelahiran bayi. Dalam posting tersebut, Fizo turut mendedahkan nama cahaya mata baharunya iaitu Wan Khaleeda binti Wan Hafizol.
Fizo mendirikan rumah tangga bersama Fazeera pada 21 Oktober 2021. Faz yang merupakan wanita kelahiran Kuching, Sarawak ialah bekas pramugari Air Asia dan Qatar Airways. Dia turut menyambung pengajian peringkat ijazah dalam bidang pendidikan di UNITAR.
Hasil perkahwinan terdahulu Fizo, dia mempunyai seorang anak perempuan berusia empat tahun iaitu Wan Maryam.
Nak miliki badan sihat dan kulit cantik, dapatkan FGWalet Bird Nest With Honey dengan harga promo kod NONGSP5. Klik di sini untuk beli.
This website uses cookies.