Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang meniti momen bahagia saat ini. Bahkan ketika mengadakan sidang akhbar di Putrajaya dua hari lepas, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Dato’ Mat Zara’ai cukup manja di sisi suami dan tidak lekang menguntum senyuman. Menjawab  persoalan daripada rakan media dengan tenang dan mesra, Yuna tanpa berselindung akhirnya mengakui tertawan dengan peribadi adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair itu.

Ads

“Dia sangat positif. Kali pertama saya berjumpa dengan Adam ketika di set untuk commercial shot. Waktu itu saya baru balik dari LA dan bila sampai KL terus kena pergi shoot. Saya mengaku agak moody sikit ketika itu tapi bila saya jumpa dia, Adam betul-betul pastikan saya rasa selesa, selamat dan ambil berat tentang makan minum saya di set.

10 Minit Yang Mengujakan, YUNA & ADAM YOUSOF Akui Saling Tertarik Pada Pertemuan Pertama!

Untuk pertama kalinya juga saya rasa macam wow, ada orang macam ni rupanya! It was very special to me. Saya suka sikap Adam yang sangat penyayang dan sudah pasti juga sebab dia miliki sepasang mata yang cantik!”

Sambil tersenyum mendengar pengakuan Yuna, Adam turut menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang sangat istimewa di matanya.

“Bila terlibat dengan kerja begini saya memang dah awal-awal siapkan diri untuk jaga talent. Tugas saya adalah untuk pastikan mereka semua selesa. Dengan Yuna, pada 5 ke 10 minit pertama tu kami dah mula selesa. Start bercerita dan kongsi cerita hantu. Semuanya berlaku secara natural. Masing-masing mampu communicate dengan baik dan kami terus berhubung sejak itu sampailah berkahwin sekarang.

Ads

Eksklusif Nona petang Sabtu ni di Sidang Media pasangan pengantin baru, Adam Yousuf & Yuna! Apalah agaknya yang nak mereka kongsikan ya.. #majalahnona#nonasuperwoman#inspirasinona

Posted by Nona on Saturday, 27 January 2018

10 Minit Yang Mengujakan, YUNA & ADAM YOUSOF Akui Saling Tertarik Pada Pertemuan Pertama!

Selama ada dalam industri ini saya tak pernah tengok personaliti seperti Yuna. Dia seorang selebriti yang memudahkan kerja semua orang dekat lokasi. Bahkan krew semua pun suka bekerja dengan dia. Dan antara ciri lain yang buat saya suka sebab Yuna ada hati yang sangat baik dan berbakat besar.”

Ads

Mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu, Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan indah bertemakan garden wedding di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari lepas.

Majlis yang dibuat secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat handai itu mendapat khidmat dekorasi ilham The Calla dan busana pernikahan Yuna adalah ilham pereka fesyen Hatta Dolmat.

10 Minit Yang Mengujakan, YUNA & ADAM YOUSOF Akui Saling Tertarik Pada Pertemuan Pertama!
Di majlis pernikahan mereka di Puncak Rimba, Bentong

Mengulas soal cahaya mata, pasangan ini sepakat untuk menyerahkan perkara tersebut kepada rezeki. “Kami tak letak sebarang sasaran. Biarlah ia berlaku secara semula jadi,”terangnya yang dikhabarkan mungkin akan memilik Amerika Selatan sebagai lokasi berbulan madu kelak.

Semalam, pasangan mempelai diraikan dalam majlis resepsi penuh gemilang di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pelamin nan indah di PICC merupakan cetusan idea perunding perkahwinan terkemuka, Reka Teemor sementara persalinan elegan yang disarungkan Yuna juga merupakan rekaan Hatta Dolmat.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI