10 Minyak Wangi Paling Onzz Buat Wanita Masa Kini

Haruman segar yang melekat di tubuh mampu meningkatkan keyakinan diri semasa berhadapan dengan orang lain dan menyerlah personaliti diri. Hanya menyembur ke atas nadi di atas kulit membuat tubuh segar mewangi berpanjangan. Aroma harum dan segar mampu menyuntik ketenangan buat si pemakai. Siapa yang tidak tergoda dengan aroma harum dan segar saat berselisih di antara satu sama lain.

BOSS THE SCENT
Teroka keindahan haruman yang mampu membangkitkan aroma segar dan harum begitu mengasyikkan. Hugo Boss telah mempersembahkan BOSS THE SCENT For Her yang lembut namun penuh ketegasan. Menyentuh aura feminin dengan kombinasi Pink Pepper, Green Mandarin dan Freesia Blossom serta Orange Blossom penuh pesona. Semburan haruman yang lembut menyentuh kulit kekal sepanjang hari.

GUCCI BLOOM ACQUA DI FIORI
Bayangkan anda berada dalam sebuah ladang yang dipenuhi dengan bunga-bunga segar berkembang. Bukan sahaja menyaksikan panorama indah malah haruman segar yang terbit daripada ribuan kuntum bunga menyuntik semangat yang tidak terkata. Mengambil inspirasi bunga-bungaan segar Gucci telah melancarkan Bloom Acqua di Fiori yang segar dengan haruman memikat. Menyentuh hati wanita dengan Jasmine buds, Rangoon Creeper dan Tuberose, serta sensasi base of musk dan sandalwood. Setiap semburan yang melekat di atas kulit membangkit ketenangan yang abadi.

L’OCITTANE TERRE DE LUMIÈRE
L’ocittane buat pertama kalinya telah mempersembahkan haruman indah yang mengambil inspirasi dari Provence. Menelusuri benteng dengan udara nyaman diikuti dengan kuasa matahari waktu senja menyentuh lembut di atas kulit. Menagih suasana ini lantas dipersembahkan dengan wangian terbaharu, Terre de Lumière. Disuntik dengan haruman segar daripada Zetsy serta balsamic dan musky base notes. Hadir bersama rekaan botol rona keemasan tampil mewah dan membanggakan.ETERNITY AIR CALVIN KLEIN
Garapan rasa cinta dan sensual bersatu dengan kecantikan elemen semula jadi menggambarkan haruman terbaharu Calvin Klein kali ini. Mencipta aroma segar signatur Eternity Calvin Klein memerangkap atmosfera lembut dan harum. Eternity Air, minyak wangi yang mencetuskan tenaga yang sukar ditepis dan membangkit aura berani namun feminin.

MOSCHINO GOLD FRESH COUTURE
Rona keemasan sentiasa memukau pandangan mata apatah lagi tersimpan haruman segar mewangi di dalamnya. Haruman berbentuk unik ikonik botol semburan pembersih yang lain daripada yang lain ini ternyata benar-benar memikat hati wanita yang mencintai minyak wangi. Menyatukan haruman lembut flora dan buah-buahan sehingga mencetus haruman memikat.

GIVENCHY DAHLIA DIVIN
Aroma yang tepat akan menjadi amunisi andal untuk menakluki setiap momen indah dalam kehidupan wanita. Setiap wanita mempunyai personaliti yang berbeza begitu juga dengan pemilihan minyak wangi. Ekspresi diri dengan haruman indah memikat Dahlia Divin ini. Menyerakkan aroma indah sebaik sahaja disemburkan pada kulit dan kekal berpanjangan sepanjang hari.

GIVENCHY LIVE IRRÉSISTIBLE BLOSSOM CRUSH

Givenchy sebuah jenama antarabangsa yang terkenal seantero dunia tidak pernah salah dalam mencetuskan aroma yang begitu memikat dalam rangkaian minyak wanginya. Kali ini telah memperkenalkan Live Irrésistible Blossom Crush yang melonjak kegembiraan yang sebenar dalam diri setiap wanita. Bunga mawar tetap menguasai elemen yang disuntik dalam minyak wangi yang dihias dalam sebuah botol nan indah. Setiap semburan mengabadikan sejambak bunga mekar segar mewangi dalam taman inderaloka.

YSL MON PARIS COUTURE
Menggamit kehangatan cinta di Kota Paris yang diadaptasi dalam sebotol haruman penuh pesona. YSL Beauté telah memperkenalkan Mon Paris Couture Eau de Parfum yang diadun sempurna dengan keharuman flora dan sitrus demi menyemarakkan rasa cinta yang sebenar.

MOSCHINO SO REAL CHEAP & CHIC!
Haruman segar mampu membangkitkan aura dalaman untuk memulakan hari dengan lebih aktif. Rangkaian jenama terkenal Moschino mempersembahkan haruman moden memikat dengan kehadiran So Real Cheap & Chic yang digarap sempurna dengan esen bunga sitrus segar dan orange, mandarin, jasmine serta cedar.

PARIS HILTON ROSÉ RUSH
Dibaluti perasaan indah di alam percintaan mencipta kemuncak yang sukar dimengerti. Rangkaian wangian Paris Hilton telah mengungkapkan perasaan ini dengan haruman indah melalui Rosé Rush. Kombinasi haruman segar flora dan buah-buahan di samping bentuk botol yang menggoda pasti menyemarakkan rasa cinta dalam diri wanita.

JUICY COUTURE VIVA LA JUICY SOIRÉE
Wanita dan minyak wangi bagai sudah sinonim dan sukar dipisahkan. Terkenal dengan haruman yang mempesonakan. Viva La Juicy Soirée dipersembahkan dengan adunan ekstrak Pink Kiwi, Sparkling Mandarin dan Cassis Leaves yang menjadi nadi haruman yang menggoda ini.

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan