Puas berusaha berbagai-bagai cara, tapi kenapa kilogram masih sukar diturunkan? Nah, merancang untuk kurus memang senang namun realitinya bukan mudah untuk menghilangkan walau seinci pun ukuran badan.

10 kejutan ini dedah realiti kenapa misi menurunkan berat anda menemui kegagalan.

IKLAN

(1) SETIAP TUBUH BERBEZA

Berpuasa atau sebarang program diet menurunkan berat yang berjaya pada kenalan anda, tidak semestinya akan berjaya untuk diri anda. Setiap manusia memproses nutrien dengan cara yang berbeza dengan paras gula darah yang berlainan.

(2) PINGGAN ANDA TERLALU BESAR

Adakah pinggan yang digunakan terlalu besar sehingga anda tidak sedar menceduk makanan terlalu banyak? Sudahlah makanan penuh sepinggan, anda tambah dan ulang-alik mengambil makanan lain lagi.

(3) KELUARGA MEMPUNYAI TABIAT MAKAN KURANG SIHAT

Percaya atau tidak, gaya pemakanan kita mirip dengan gaya pemakanan keluarga atau orang-orang di sekeliling kita. Masakan tidak, jika ibu anda suka menyajikan menu penuh semaja, sudah tentulah anak-anak terikut untuk makan berlebihan. Begitu juga apabila rakan-rakan adalah jenis banyak makan, sedikit sebanyak anda pun turut dipengaruhi mereka.

10 Punca Susah Dapatkan Berat Idaman, Rupanya Saiz Pinggan Besar Pun Penyebab Utama!
Tabiat banyak makan bermula dari rumah

(4) PENTINGNYA MAKANAN BERLEMAK DAN KARBOHIDRAT BAIK

Lemak baik seperti monounsaturated (minyak zaitun, avokado dan kekacang) serta polyunsaturated (asid omega-3 seperti ikan salmon, makerel dan sardin) membantu tubuh untuk rasa lebih kenyang, menukar lemak kepada tenaga dan mengurangkan inflamasi. Manakala karbohidrat baik adalah jenis serat diet (sebiji pisang atau setengah cawan lentil) bagus untuk penghadaman anda.

(5) BAKTERIA PERUT KURANG AKTIF

Bunyi bakteria mungkin tidak menarik, kecuali jika ia di dalam perut anda. Mikrobiome memainkan peranan penting untuk kesihatan, contohnya berat badan, ukuran pinggan dan paras kolesterol. Jadi, amalkan makanan probiotik dan difermentasi untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik ini dengan aktif.

IKLAN

(6) TERLALU KERAP BERDIET

Orang yang terlalu kerap berdiet terdorong untuk mempunyai berat badan berlebihan. Jadi pastikan anda membuat perubahan yang kecil dan kekal berbanding asyik menukar program yang tidak realistik.

(7) TABIAT MAKAN TERLALU CEPAT

Jikalau anda suka makan dengan cepat dan lahap, tubuh anda tidak mempunyai masa untuk memberi isyarat kepada otak agar berhenti, anda sudah kenyang! Maka nikmatilah makanan mengikut rentak perlahan dan kunyah dengan tertib agar berasa lebih kenyang.

IKLAN

(8) MENIKMATI GULA DENGAN BANYAK

Orang yang gemar menikmati makanan manis lebih mudah gemuk dalam tempoh dua bulan. Gula bukan sekadar menambah kalori malah mengaktifkan otak dan menyebabkan ketagihan.

10 Punca Susah Dapatkan Berat Idaman, Rupanya Saiz Pinggan Besar Pun Penyebab Utama!

(9) ANDA BUKAN LELAKI

Fakta benar, lelaki turun berat lebih cepat berbanding wanita. Dan tatkala kita kehilangan lemak secara perlahan di seluruh badan, lelaki biasanya akan membakar lebih lemak di bahagian perut dahulu dan membuatkan ia lebih ‘berjaya’ dengan cepat.

(10) TIDAK MENYEMAK SAIZ HIDANGAN

Produk mini tidak semestinya dikira sebagai satu sajian. Contohnya aiskrim. Pastikan anda membaca label nutrisi dengan teliti sebelum menikmati apa-apa makanan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI