Gaya Hidup

10 Rahsia Kekalkan Berat Badan Yang Dijamin Berkesan!

Kegemukan lazimnya berpunca daripada tabiat pemakanan seseorang. Untuk mengekalkan berat badan sihat pula, tentulah kita perlu rajin menggunakan tenaga agar kalori yang diambil ‘terbakar’ sempurna.

Semak 10 rahsia ini dan jadikan amalan diet anda mulai sekarang!

(1) Ketika bersarapan, letakkan kopi ke dalam susu berbanding susu ke dalam kopi. Penuhkan cawan dengan susu pada setiap pagi, dan minum sehingga ia surut seperti mana jumlah anda letakkan susu tersebut ke dalam kopi pada setiap pagi, kemudian tuang ke atasnya. Anda memperoleh 25 peratus vitamin D yang diperlukan setiap hari dan 30 peratus kalsium.

(2) Ambil vitamin setiap pagi. Kajian menunjukkan multivitamin yang seimbang membekalkan diet yang cukup sepanjang hari.

(3) Minum dua gelas air kosong sebelum makan. Ini bertindak dalam dua cara iaitu membuat tubuh anda tidak kekeringan dan membuat anda makan dalam kuantiti sedikit kerana dua gelas air membuat anda kurang berasa lapar dan mengurangkan pengambilan makanan serta punca hilang berat badan.

(4) Lebihkan tomato dalam pemakanan dan kurangkan keju terutama ketika memesan makanan yang mempunyai tomato seperti piza atau sandwic. Tindakan ini mengurangi risiko kanser kelenjar.

(5) Lebihkan bawang merah dalam makanan. Kajian menunjukkan pengambilan bawang baik untuk lelaki kerana mengandungi flavonoids yang baik untuk hati.

(6) Jika anda mengambil makanan ringan, minum dua gelas air kosong selepasnya kerana makanan ringan seperti McDonald, Big Mac, Burger King dan KFC dipenuhi lemak serta sodium yang boleh menyebabkan penyakit hati. Minum air yang banyak selepasnya boleh mempercepatkan pembuangan sodium.

(7) Minum segelas teh kerana teh terkenal dengan minuman anti-oksida yang boleh menyiahkan bahan yang tidak diperlukan oleh badan dan meningkatkan ketahanan badan melawan, kanser hati, dan juga kedutan di wajah.

(8) Makan petang pada pukul tiga. Nutrien yang dimakan di antara waktu makan tengah hari dan makan malam mengelak rasa letih dan mengurangkan rasa lapar sebelum makan malam. Ambil makanan sihat seperti yogurt, biskut dan keju, atau telur separuh masak, buah epal dan selang-seli dengan air kosong.

(9) Jangan buang semua kulit buah yang dimakan. Jika anda mengopek buah-buahan tanpa meninggalkan kulitnya, anda sebenarnya melontarkan nutrien dan fiber di dalam buah tersebut. Jika tidak suka kulit, tinggalkan bahagian putih di belakang kulit seperti pada buah oren untuk mendapatkan fiber padanya.

(10) Letakkan air kosong di dalam botol atau bekas sebanyak yang diperlukan untuk diminum sepanjang seharian di tempat kerja. Dengan itu anda tahu anda telah mengambil air kosong yang cukup setiap hari. KR

 

Share
Published by
Norzalina