Macam-macam kerenah apabila tiba tahun baru. Ada yang kesal kerana tidak berjaya melengkapi azam tahun tahu, ada juga yang merencana azam tahun baru dan tidak juga yang asyik mencari kalender atau planner 2018. Ramai yang mula membuat resolusi untuk kurus pada tahun ini dan tidak kurang juga yang menyasarkan untuk kahwin pada tahun ini. Selamat berjaya dalam mencapai apa yang dihajati.
Bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bertemu dengan tahun 2018 yang serba mencabar ini. Dalam sibuk membuat resolusi ada tak terselit untuk menjaga kecantikan dan kesihatan rambut. Rambut juga perlukan perhatian dan pelihara kesihatan rambut bermula pada kulit kepala dan akarnya.
- Sapu perapi hanya di hujung rambut. Tanggapan yang mengatakan perapi hanya perlu di sapu di hujung rambut untuk rambut cepat panjang adalah salah. Rambut mudah rapuh dan perlu dipelihara daripada akarnya.
- Keringkan rambut dengan tuala.Mengeringkan rambut dengan tuala adalah perkara normal dan jika dilakukan dengan cara yang tidak betul boleh mengakibatkan rambut mudah putus. Cuba ubah cara ini dengan mengeringkan rambut menggunakan jari. Perah rambut untuk mengeluarkan air dan lap lembut menggunakan tuala, bukan menggosok tuala pada rambut yang basah.
- Keringkan rambut pada suhu yang salah.Wanita yang mempunyai rambut tebal terutamanya sering menggunakan suhu maksimum pada pengering rambut untuk lebih cepat mengeringkan rambut. Sepatutnya cara yang betul adalah bermula dengan suhu yang rendah.
- Terlebih menggunakan syampu.Sudah seminggu tidak bersyampu kerana sibuk dan minyak pula sudah melekat pada kulit kepala. Apabila bersyampu umpama tidak bersyampu kemudian mula menambah lagi kuantiti syampu tadi. Cara ini adalah salah kerana boleh menjadi punca folikel rambut tersumbat.
- Sikat rambut ketika basah.Pasti ramai yang selalu buat macam ini, kan? Sebenarnya rambut lebih rapuh ketika basah berbanding dalam keadaan kering. Jangan sekali-kali menyikat rambut sebaik sahaja selepas bersyampu. Keringkan dahulu, baharu bersikat.
- Guna pengering rambut ketika basah.Percaya atau tidak sebenarnya kita hanya boleh mengeringkan rambut dengan alat pengering rambut ketika rambut 60 peratus kering. rambut mudah rosak atau putus kalau menggunakan pengering rambut semasa rambut basah. Keringkan dulu dengan tuala baharu gunakan alat pengering rambut.
- Bersyampu setiap hari.Bersyampu setiap hari adalah salah dan sepatutnya bersyampu seminggu tiga kali sahaja. Terlalu kerap bersyampu akan menyingkirkan minyak semula jadi di bawah kulit kepala.
- Tidak berlembut dengan rambut. Rambut bukan permainan yang boleh diperkotak-katikkan begitu sahaja. Jangan berkasar dengan rambut sehingga boleh membuat rambut rosak. Menyikat rambut dengan kasar atau mengeringkan rambut dengan rakus boleh merosakkan rambut seperti mudah putus dan keguguran rambut. Belai rambut dengan mesra dan tambah serum untuk penjagaan kulit kepala.
- Keringkan rambut tidak mengikut seksyen kulit kepala. Kenapakah penting sangat mengeringkan rambut mengikut seksyen demi seksyen kulit kepala? Mengeringkan rambut mengikut seksyen kulit kepala ini penting agar rambut tidak kusut, susunan tekstur yang teratur dan mengelakkan sakit leher ketika menggunakan alat pengering rambut.
- Elak menggunakan perapi rambut. Wanita biasanya tidak melakukan aplikasi yang betul ketika menyapu perapi rambut. menyapu perapi rambut dengan betul penting untuk mengekalkan kesihatan dan membuat rambut bersinar secara semula jadi. Sebulan sekali gunakan skrub untuk menyingkirkan sel kulit mati yang ada pada kulit kepala.HAMIZATUL MAIZAN MOHAMED