10 SNEK TERBAIK Untuk Diet, Boleh Makan Tanpa Bimbang Berat Badan Naik

Ketika berdiet amat penting untuk memilih makanan yang berkhasiat. Pemilihan makanan yang tepat mampu memberi tenaga untuk melakukan aktiviti seharian. Salah satu jenis makanan yang terbaik ialah makanan kering. Walaupun telah mengalami proses pengeringan namun khasiatnya masih tetap tersimpan baik. Lihat sendiri apa kebaikan snek-snek sihat ini jika anda sedang berdiet.

CERI KERING
Ceri kering mengandungi potassium dan vitamin A. Ceri yang dikeringkan mengandungi banyak melatonin yang membantu anda untuk cepat tidur.

KISMIS
Buah anggur yang telah dikeringkan merupakan sumber zat besi yang paling baik untuk tubuh. Kandungan seratnya sama ada yang larut ataupun tidak larut dapat membantu sistem penghadaman serta mengurangkan kolesterol dalam badan.

KURMA
Kurma mengandungi karbohidrat. Tiga biji kurma memberikan anda potassium yang tinggi. Tiga biji kurma hanya mengandungi 96 kalori.

KACANG GAJUS
Kacang gajus kaya dengan kandungan protein, karbohidrat, zat besi, magnesium, fosforus, vitamin K dan phystosterol. Ia bermanfaat sebagai bahan antiseptik yang melindungi tubuh daripada serangan virus dan kuman.

KACANG HAZEL
Pengambilan kacang hazel dalam diet anda amat baik bagi membantu kelancaran sistem pencernaan. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel adalah seperti thiamin, magnesium, beta-sitosterol dan phytosterol.

WALNUT
Walnut mengandungi magnesium, fosforus, beta karotena, linoleic acid dan phytosterosis. Kacang walnut dikatakan dapat membantu mengurangkan gejala darah beku selain berperanan dalam mengurangkan rasa gatal atau radang pada kulit.

PRUN
Buah prun amat kaya dengan serat, potassium dan antioksida. Lima biji buah prum adalah bersamaan dengan 100 kalori.

KACANG PISTACHIO
Kacang pistachio membekalkan karbohidrat, zat besi, magnesium, potassium, thiamin, vitamin B6, vitamin A dan beta karotena kepada tubuh. Khasiat yang terkandung di dalamnya turut memberikan manfaat pada tubuh di mana ia dapat membantu tubuh mengawal hipertensi dan memperkuatkan daya kekuatan mental untuk mengawal tekanan.

KACANG BRAZIL
Kacang Brazil kaya dengan khasiat magnesium, fosforus, zat besi, zink, selenium, thiamin, dan Vitamin E. Kacang Brazil juga merupakan di antara sumber terbaik bagi penghidap anemia.

KACANG BADAM
Kacang badam adalah di antara kekacang yang bertindak sebagai bahan antioksidan. Ia juga kaya dengan kandungan magnesium, fosforus, riboflavin, Vitamin E, phytosterol dan beta-sitosterol.

 

Share
Published by
Hasliza