Hiburan

10 Tahun Galas Tanggungjawab ‘Ibu Tunggal’ Rita Rudaini Inspirasi Wanita! Cekal Besarkan Anak Tanpa Suami Di Sisi

Umum sedia maklum, aktres cantik Rita Rudaini yang masih ligat berlakon dan juga merupakan ibu kepada Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna merupakan antara figura yang begitu cekal membesarkan anak-anak tanpa sosok suami di sisi hingga dikagumi ramai.

10 tahun bergelar ibu tunggal, berkat didikan Rita, anak-anaknya dilihat berjaya dalam bidang akademik sekaligus hal-hal berkaitan didikan agama. Malah, Rita tidak menjadikan perceraian penghalang untuknya meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.

Biar Gagal Jadi Isteri, Yang Penting Tak Gagal Sebagai Ibu!

Merupakan seorang yang tegas, bekas pramugari dan finalis Dewi Remaja 1998/1999 itu tekad mahu menjadikan anak-anaknya seorang insan berguna yang lebih baik daripada dirinya. Memetik kata-kata Rita di Instagram sebelum ini…

“Bukan ibu yang sempurna. Saya pernah remaja, saya pernah leka. Semuanya saya ceritakan pada anak-anak supaya jadi panduan untuk mereka.

Saya asuh mereka dari kecik sebab saya nak mereka jadi lebih baik dari saya. Saya tegas kerana saya taknak mereka rasa rugi di hari tua andai umur panjang.

Saya Tak Guna Posisi Ibu, Tapi Ajar Mereka Hormat Sesama Manusia,” – Rita Rudaini

Bukan saja comel dan segak, kedua-dua putera Rita Rudaini juga dibesarkan dengan ilmu dunia akhirat yang secukupnya. Nampak berkesan betul didikan ibu mereka, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna membesar dengan sihat dan mendengar kata.

Didoakan semoga Rita Rudaini terus tabah dan kuat menjalani kehidupannya sebagai seorang ibu tunggal terbaik dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita lain.

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Share
Published by
Haifa Nasir