Pujangga Arab ada mengatakan wanita itu adalah tiang negara. Seandainya wanita itu baik, majulah negara, seandainya wanita itu rosak akhlak maka mundurlah negara.
Tambah ikon pendakwah terkenal, Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, seorang penyair Arab bernama Ahmad Syauqi juga pernah berkata, ibu itu adalah umpama sebuah sekolah. Jika anda memberikan peluang kepadanya nescaya ia akan memberikan satu bangsa yang berakar umbi baik.
Nama figura VIP ini cukup sinonim dengan program televisyen Semanis Kurma yang bersiaran melalui saluran TV9 bersama suaminya, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid. Keakraban dan kemesraan beliau bersama keluarga sewajarnya menjadi contoh kepada semua.
Ustazah Bahyah turut berkongsi beberapa tip ini untuk mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Semak tip berikut dan cuba amalkan sama-sama ya!
TIP RUMAH TANGGA BAHAGIA
Melihatkan kesibukan jadual harian beliau nescaya pasti terdetik di benak fikiran, bagaimana pendakwah wanita yang wajahnya sentiasa dibungai dengan senyuman ini mengekalkan stamina. Tidak lokek berkongsi rahsia, antara elemen penting ialah mendapatkan tidur yang mencukupi enam hingga lapan jam sehari.
“Saya juga menjaga makan dan minum supaya berat badan tidak bertambah. Di samping itu juga saya sentiasa melakukan aktiviti yang dapat mengeluarkan peluh seperti menyapu sampah, berjalan-jalan dan bersenam,” jelas Datuk Ustazah Nor Bahyah mengakhiri bicara. Norzalina Mohd Alias
Sumber: Wow/Sinar Harian
This website uses cookies.