100 Hari Ke Tokyo, Farah Ann Gigih Berlatih Walau Berpuasa & Sudah Ambil Vaksin

Ratu Gimnastik Negara ini telah menamatkan kemarau selama 16 tahun gimnas negara layak ke pentas Olimpik. Lantas Farah Ann Abdul Hadi mengambil tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada dengan berlatih bersungguh-sungguh walaupun terpaksa berlatih dalam bulan puasa sebagai persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Julai ini.

Foto: Facebook Farah Ann Abdul Hadi

Sebagai persediaan untuk beraksi di sukan berprestij dunia ini atlet gimnastik artistik Malaysia ini telah pun menerima vaksin COVID-19. “I’m vaccinated. Just underwent the first vaccination jab. Truly very thankful. It was such an easy process, everything was explained and all the frontlines, doctors, nurses and support staff were super helpful,

” tulisnya di ruangan media sosialnya.
Foto: Instagram @farahann94

Menjelang 100 hari ke temasya Sukan Olimpik dijadualkan berlangsung pada 24 Julai hingga 9 Ogos 2020 sebelum kerajaan Jepun dan Jawatankuasa Olimpik Antarabngsa (IOC) mencapai kata sepakat untuk menangguhkannya sehingga tahun ini ekoran penularan pandemik COVID-19, Farah berkongsi rasanya, “100 Days to Tokyo,” tulisnya di ruangan Instagram.

Foto: Facebook Farah Ann Abdul Hadi
Foto: Instagram @farahann94

Energi positif Farah Ann terhadap sukan gimnastik tak berbelah bagi. “Untuk sekarang fokus utama saya adalah untuk bertanding di sukan Olimpik Tokyo,” tutur gadis kacukan Melayu-Kanada ini yang menjalani jadual latihan ketat dan komited dengan sesi latihan demi menjaga prestasinya.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Majalah Nona

Melihat wajahnya yang cantik, teruja untuk mengetahui rahsia kecantikannya. “Saya tiada rahsia, sebagai ahli gimnas negara memang diajar untuk makan makanan yang sihat, diet yang seimbang dan minum air yang banyak. Makanan juga perlu tidak berminyak dan lebih kepada makanan yang distim. Kami perlu lebih berhati-hati dalam pengambilan makanan menjelang pertandingan gimnastik.

Foto: Instagram @farahann94

Sebenarnya saya seorang yang suka makan terutama hidangan pencuci mulut. Jika rasa teringin hendak makan, saya akan makan juga namun perlu mengawal pengambilan makanan tersebut. Cukup sekadar merasa dan bukan makan mengikut kata hati,” ucap Farah Ann berminat melibatkan diri dalam bidang perniagaan jika tidak lagi berada dalam bidang ini.

Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed