11 Inspirasi Fesyen & Solekan IZARA AISHAH, Ada ‘Taste’ Tersendiri Walau Bertudung Labuh

Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.


Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut. Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.

Penghijrahan pelakon berusia 29 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.

Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.

Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.

Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri. Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.

11 INSPIRASI GAYA & SOLEKAN IZARA AISHAH








Kredit Foto: Instagram Izara Aishah

Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI

 

Share
Published by
Amy Mohd