Membina empayar niaga selama 11 tahun nyata bukan satu tempoh singkat. Pastinya pelbagai cabaran dan liku kehidupan sudah dilalui Norhanani Abdullah sepanjang menguruskan legasi Bubble Gum X Sdn Bhd. Berkat kerja keras dan niat untuk membantu lebih ramai wanita, perusahaan tersebut kini semakin dikenali dan bertapak kukuh dalam pasaran.

Mendekati pemilik Bubble Gum X, wanita berusia 33 tahun yang mesra disapa Nani ini disifatkan seorang yang kreatif dan cukup merendah diri. Enggan mendabik dada dengan pencapaian yang diraih, Nani terus mendaki puncak kerjaya di samping saudara kandungnya yang turut bersama-sama mengendalikan perniagaan ini.

IKLAN

Sejak ia ditubuhkan sampai sekarang, Bubble Gum X sudah pun mempunyai lebih 200 pekerja dan 29 pusat rawatan seluruh negara. Malah, mereka juga mempunyai trak wax pertama di Malaysia. Hebat!

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! 11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! 11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

Ditanya dari mana tercetusnya idea menubuhkan perniagaan ini, Nani terbuka berkongsi kisah kejayaan. “Kisah Bubble Gum X sebenarnya bermula seawal tahun 2011. Ketika itu, kami dapati dalam industri kecantikan, tidak banyak rawatan penyingkiran bulu yang selamat, berkualiti tinggi dan mampu milik.

Dari situ, kami adik-beradik terdetik untuk membuka salun Bubble Gum Wax yang menawarkan rawatan pada harga mampu milik tetapi berkualiti tinggi. Kami melalui permulaan yang agak sukar kerana perkhidmatan yang kami tawarkan bukanlah sesuatu yang menjadi budaya masyarakat Malaysia waktu itu.

Namun, selepas dua tahun, sedikit demi sedikit, pelanggan mula menaruh kepercayaan kepada jenama dan servis yang Bubble Gum Wax tawarkan. Alhamdulillah.”

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! Ujarnya lagi, “Kakitangan kami terbahagi kepada dua iaitu bahagian pengurusan dan operasi yang kami gelar sebagai Keluarga Bubble Gummers. Setiap juruterapi diberi masa sehingga 6 bulan untuk menjalani latihan intensif di ibu pejabat Bubble Gum X yang terletak di Shah Alam.

Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk memastikan mereka mempunyai bekalan pengetahuan dan ilmu pengendalian yang cukup dan mantap sebelum turun padang.

Kepercayaan pelanggan merupakan misi utama kami kerana kami bertanggungjawab ke atas lebih 29 pusat rawatan seluruh Malaysia. Ini termasuk 24 Pusat Rawatan Bubble Gum Wax, 4 Studio Bubble Gum Lash, 1 Studio Bubble Gum Nails dan 1 Pusat Kecantikan Bubble Gum X-thetic.”

Lebih membanggakan, untuk tahun ini saja Nani merangkul empat anugerah peringkat global untuk jenama terbaik.

IKLAN

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! 11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

“Saya kira tahun 2022 merupakan tahun cemerlang kami. Bubble Gum X baharu sahaja memenangi 4 anugerah jenama terbaik yang diiktiraf di peringkat tempatan dan global iaitu Global Business Leadership Award bagi kategori kecemerlangan dalam perkhidmatan salun gaya hidup, The Brand Laureate SMEs 2022 kategori Anugerah Pilihan Jenama Terbaik dan Anugerah Usahawan Terbaik serta Majlis Tindakan Pengguna Negara (MTPN) untuk kategori Anugerah Pilihan Pengguna 2022/2023.”

Mengulas rutin harian Nani dalam membahagikan masa di antara kerjaya dan anak-anak, tanpa berselindung ibu berjiwa besar ini menyusun bicara.

IKLAN

“Falsafah saya mudah. Apabila di tempat kerja, saya akan memberi tumpuan seratus peratus kepada kerja. Bila sampai di rumah, saya akan memberi tumpuan seratus peratus kepada keluarga pula. Sejujurnya, musuh utama wanita berkerjaya hari ini adalah masa. Untuk membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga itu bukanlah senang.

Namun, tidak dapat nafikan bahawa imbuhan kepada berjaya dalam kerjaya itu adalah untuk kesenangan keluarga jua. Mujurlah, saya ada 2 pembantu rumah dan saya amat berterima kasih kepada mereka kerana membantu saya menguruskan beban kerja rumah dan memantau anak-anak saya dengan baik.”

11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! 11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi! 11 Tahun Bina Legasi & Urus 29 Pusat Rawatan, Kejayaan IBU TUNGGAL Jelita Ini Cetus Inspirasi!

Sebelum mengakhiri perbualan, Nani turut menitipkan pesan berikut buat seluruh wanita yang bertungkus-lumus menjana pendapatan di samping melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keluarga serta anak-anak.

“Untuk wanita berkerjaya di luar sana, tuntutan kerjaya hari ini tidak seperti zaman ibu bapa kita. Seiring kemudahan semasa yang ada, jangan pernah rasa bersalah untuk meninggalkan kerja rumah kepada pembantu rumah.

Sebagaimana anda tak perlu rasa bersalah untuk serahkan diri melalui rawatan kecantikan, kebersihan dan merapikan diri di mana-mana rangkaian rawatan Bubble Gum X! Kerana kami faham, kesibukan kerja hari ini, kadang kala nak jaga diri pun tidak cukup masa.”

Moga perkongsian Nani mengurus perniagaan menjadi pemangkin semangat buat lebih ramai wanita mencipta kejayaan membanggakan!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI