Walau belum ada rezeki zuriat, pelakon Izzue Islam dan isteri bahagia dengan cara sendiri. Tak semua pasangan suami isteri berpeluang menimang cahaya mata. Begitu juga bagi pasangan selebriti Izzue Islam dan Awin Nurin.
2 Jun lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka. ‘Berdamai’ dengan takdir dan percaya rezeki akan tiba bila sampai masanya, baik Izzue mahupun Awin kedua-duanya menikmati momen ‘honeymoon’ dan bahagia tersendiri.
Meskipun belum dikurniakan rezeki anak namun Allah Maha Adil dan memberi rezeki kepada pasangan ini dalam pelbagai bentuk. Misalnya kira-kira dua tahun lalu, Izzue dan Awin akhirnya berpeluang memiliki kediaman sendiri.
Ternyata, ketiadaan cahaya mata bukan ukuran kebahagiaan bagi pasangan ini. Mereka menerima ketentuan ilahi dengan sebaiknya dan menghargai pasangan masing-masing.
Keserasian pasangan selebriti romantis berkenaan sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi jarak usia Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin, lapan tahun lebih berumur daripada Izzue.
Ads
Pun begitu, kedua-duanya saling melengkapi dan setia di antara satu sama lain.
Izzue yang juga bekas ahli kumpulan Fourteen berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013. Semoga segala doa yang dihajati Izzue dan Awin dimakbulkan Allah serta ikatan suci yang dibina ini terus diberkati dan berkekalan hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terbaik! Siapa sangka Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempunyai bakat terpendam dalam memancing ikan. Mana tidaknya, Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara yang memaparkan Baginda berdua berkenan berangkat melakukan aktiviti rekreasi memancing di kolam pancing Afprow 3, Templer Saujana Rawang, Selangor petang semalam.
Turut berangkat, paduka anakanda Seri Paduka Baginda YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana.
Semasa aktiviti memancing tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berjaya menaikkan seekor ikan Siakap Merah dan seekor ikan Jenahak seberat 2.5 kilogram seekor.
Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan pengunjung dan para pemancing di kolam tersebut. Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan bersantap di sebuah restoran berdekatan bersama pengunjung restoran tersebut.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Melangkah ke era ekonomi Islam moden, World #Quran Convention 2025 bakal berlangsung pada 6 & 7 Disember ini di Dewan Perdana, MITI Kuala Lumpur. Dengan tema ‘Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges’, konvensyen anjuran Warisan Ummah Ikhlas Foundation (WUIF) ini menjadi tumpuan dunia Islam.
World #Quran Convention 2025 membawa mesej mendalam tentang ekonomi Islam moden dan konsep Trade With Allah. Tahun ini, Surah Al-Saff menjadi asas perbincangan yang menyorot konsep Tijarah – perdagangan dan urusan ekonomi berteraskan keikhlasan serta keseimbangan spiritual. Ia menyeru umat Islam melihat kekayaan sebagai amanah dan pekerjaan sebagai ibadah yang membawa nilai moral dan spiritual.
Solusi Ekonomi Global Berasaskan Al-Quran
Menurut Pengarah WQC 2025, Ustaz Nouman Ali Khan, perjalanan melalui Al-Quran dan ekonomi global adalah satu seruan untuk rediscover balance. Konvensyen dua hari ini menghimpunkan lebih 20 ilmuwan dan tokoh ekonomi Islam dari seluruh dunia bagi membincangkan solusi terhadap cabaran ekonomi moden.
Antara sesi utama yang bakal berlangsung termasuk Unlimited Quran Miracle, Pillars for Trade & Economy, serta Humane Economy: The New Paradigm. Setiap sesi akan membincangkan bagaimana prinsip Islam seperti Al-Adl (keadilan), Al-Ihsan (ihsan), Al-Halal wa Al-Tayyib (sumber halal lagi baik), dan Al-Tawazun (keseimbangan) dapat membentuk sistem ekonomi beretika dan berasaskan belas kasihan.
Peranan Muslimah dan Wilayah Economy Declaration
World #Quran Convention 2025 juga menonjolkan peranan wanita sebagai ejen perubahan sosial dan moral dalam ekonomi Islam moden. Melalui Wilayah Economy Declaration, peserta diajak memahami konsep Saaff – saf kepimpinan wanita berdisiplin dan berprinsip yang menjadi teras pembangunan masyarakat berdaya tahan. Gerakan #Saff12Movement pula menekankan bahawa membina ummah bukan sekadar strategi ekonomi, tetapi dengan hati yang berzikir dan akal yang berfikir.
Selain Ustaz Nouman Ali Khan, WQC 2025 turut menampilkan penceramah antarabangsa seperti Dr. Imran Alvi dari Oxford Intellect; Ustaz Fazrul Ismail dari Warisan Ummah Ikhlas Foundation; serta Tan Sri Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin, Pengerusi Dagang NeXchange Berhad. Setiap tokoh akan membawa dimensi baharu melalui sesi seperti “Beyond Business: Tijarah with Divine Purpose” dan perbincangan industri halal global.
Tiket individu untuk menyertai konvensyen ini berharga RM500, manakala pakej kumpulan berharga RM10,000 dengan pelbagai faedah seperti sijil penyertaan, rakaman sesi penuh dan latihan eksklusif. Program ini juga HRD Corp Claimable, menjadikannya peluang terbaik untuk profesional Muslim memperkukuh kefahaman spiritual dalam kerjaya masing-masing.
Gerakan Pembaharuan Ekonomi Islam Global
Lebih daripada sekadar konvensyen, World #Quran Convention 2025 adalah gerakan pembaharuan dalam ekonomi Islam moden. Ia menyeru umat Islam untuk menilai semula kejayaan bukan hanya berdasarkan keuntungan, tetapi juga pada nilai tauhid, taqwa dan tasbih. Inilah erti sebenar Trade With Allah — perdagangan yang tidak akan rugi, menjanjikan pulangan abadi di dunia dan akhirat.
Buat para Muslimah dan seluruh peserta, inilah peluang untuk memperkasa diri dengan kefahaman Al-Quran yang membentuk jiwa dan minda. Sama ada anda usahawan, pelajar, ibu atau profesional, WQC 2025 menjanjikan pengalaman rohani mendalam yang mengilhamkan gaya hidup Islam moden. Dalam setiap urusan, apabila niatnya lillah, kerja dan ekonomi menjadi ibadah yang bermakna.
Surah Al-Saff: Quranic Solutions for Global Economic Challenges
6–7 December 2025 | Perdana Hall, MITI, Kuala Lumpur
Nampaknya anak sulung kepada pasangan keluarga diraja Britain, Putera Harry dan Meghan Markle bakal bergelar abang tak lama lagi apabila kedua-dua ibu dan bapanya telah mengumumkan bahawa sedang hamil anak kedua. Berita gembira ini disampaikan oleh jurucakap kepada pasangan berkenaan.
Foto: Instagram @_crownit
“Kami mengesahkan Archie akan menjadi abang. Duke dan Duchess of Sussex sangat gembira untuk menanti kelahiran cahaya mata kedua mereka,” kata jurucakap pasangan ini seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.
Foto: Instagram @sussexset
Ratu Elizabeth turut gembira dengan berita ini dan menzahirkan perasaannya melalui jurucakap Istana Buckingham kepada portal T&C. Bayi kedua Putera Harry dan Meghan Markle akan menjadi cucu ke-10 atau ke-11 Ratu Elizabeth II bergantung kepada tarikh bersalin seorang lagi cucu banginda, Zara Tindall, yang sebelum ini mengumumkan kehamilannya pada Disember lalu.
Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi Lubomirski_Foto: Instagram @chicmadesimple
Sebelum ini sejarah tercipta apabila menyaksikan perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle tiga tahun lalu. Kisah cinta di antara anak bongsu mendiang Puteri Diana dan pelakon Hollywood ini sememangnya menjadi perbualan hangat seantero dunia.
Foto: Instagram @themegaagency
Namun, Meghan Markle dan suami tercintanya telah membuat keputusan untuk mengundur diri sebagai ‘senior members‘ keluarga diraja Britain dan akan memulakan hidup keluarga kecil mereka di Amerika Utara bersama anak mereka, Archie.
Foto: Jurufoto selebriti terkenal Alexi LubomirskiFoto: Instagram @meet2marry
Pasangan ini juga telah membuat keputusan untuk mengundurkan diri dari media sosial masing-masing dan bahagia dengan keputusan tersebut.
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.