Inspirasi

11 Tahun Kahwin Belum Ada Rezeki Zuriat, Izzue Islam & Isteri Bahagia Dengan Cara Sendiri!

Walau belum ada rezeki zuriat, pelakon Izzue Islam dan isteri bahagia dengan cara sendiri. Tak semua pasangan suami isteri berpeluang menimang cahaya mata. Begitu juga bagi pasangan selebriti Izzue Islam dan Awin Nurin.

2 Jun lalu genap 11 tahun usia perkahwinan mereka. ‘Berdamai’ dengan takdir dan percaya rezeki akan tiba bila sampai masanya, baik Izzue mahupun Awin kedua-duanya menikmati momen ‘honeymoon’ dan bahagia tersendiri.

Meskipun belum dikurniakan rezeki anak namun Allah Maha Adil dan memberi rezeki kepada pasangan ini dalam pelbagai bentuk. Misalnya kira-kira dua tahun lalu, Izzue dan Awin akhirnya berpeluang memiliki kediaman sendiri.

Kredit Instagram @izzueislam
Kredit Instagram @izzueislam
Kredit Instagram @izzueislam

Bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-11 baru-baru ini, Izzue menitipkan ucapan ringkas namun cukup romantis buat isteri tersayang.

Menerusi video yang dimuat naik, kelihatan Izzue Islam dan isteri meraikan hari bahagia mereka dengan memotong kek.

Ujarnya, “Tak kisah berapa hari, bulan, atau tahun kita bersama, you tetap jadi orang yang pertama I nak tengok setiap hari.”

Kredit Instagram @izzueislam
Kredit Instagram @izzueislam
Kredit Instagram @izzueislam
Kredit Instagram @izzueislam

Ternyata, ketiadaan cahaya mata bukan ukuran kebahagiaan bagi pasangan ini. Mereka menerima ketentuan ilahi dengan sebaiknya dan menghargai pasangan masing-masing.

Keserasian pasangan selebriti romantis berkenaan sentiasa menjadi perhatian ramai. Apatah lagi jarak usia Awin atau nama sebenarnya Nurinafilah Waharudin, lapan tahun lebih berumur daripada Izzue.

Pun begitu, kedua-duanya saling melengkapi dan setia di antara satu sama lain.

Artikel https://www.nona.my/3-tahun-bahagia-jadi-isteri-suami-hadiahkan-sheera-iskandar-cincin-emas-sempena-anniversary/

Izzue yang juga bekas ahli kumpulan Fourteen berkahwin dengan pengurusnya, Awin Nurin pada 2 Jun 2013. Semoga segala doa yang dihajati Izzue dan Awin dimakbulkan Allah serta ikatan suci yang dibina ini terus diberkati dan berkekalan hingga ke syurga.

 

Share
Published by
Suzi