Betullah kata orang, bila kita dah berkahwin dengan pilihan hati, kemudian barulah kita tahu luar dalam perangainya. Seperti apa yang didedahkan oleh pelakon jelita Bollywood, Kareena Kapoor, beliau terbuka berkongsi satu rahsia suaminya, iaitu pelakon tampan Saif Ali Khan apabila berada di rumah.
Menerusi sumber Indian Express, Kareena Kapoor berkongsikan perihal gaya peribadi suami kesayangannya apabila berada di rumah. Kareena mendedahkan suaminya Saif, 52, sememangnya suka mengenakan pakaian yang sama malah tidak pernah menggantikan pakaian selama lima tahun.
“Saif seorang yang baik hati, dia telah memakai sepasang seluar sama sejak lima tahun lalu. Dia tidak akan membeli baru sehingga saya tidak memberitahunya. Malah Saif dah memakai baju berlubang semasa di rumah selama lima tahun dan dia suka, saya tak boleh kata apa lagi ,” katanya.
Jelas Kareena lagi, walaupun Saif Ali Khan pernah digelar most stylish man
suatu ketika dulu, namun selepas berkahwin Kareena terpaksa belajar untuk menerima baik buruk suaminya itu. Walaupun Kareena seorang yang sangat bergaya dan mementingkan penampilan peribadi, namun tidak bagi Saif Ali Khan.Kareena menjelaskan tiada siapa yang boleh mengubah penampilan suaminya, termasuklah pereka gayanya kerana Saif dilihat terlalu selesa dengan gaya fesyennya sendiri. “Tiada siapa yang boleh mengubah atau memaksa dia untuk tampil bergaya, dia sentiasa akan memakai lain dari apa yang dicadangkan oleh pereka gayanya,” jelas Kareena.
Untuk rekap, Saif dan Kareena telah mendirikan rumah tangga sejak 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Taimur Ali Khan yang lahir pada 2016, dan Jehangir lahir pada tahun 2021.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
This website uses cookies.