Julai lalu perkahwinan penyanyi Tomok dan isteri, Ayu Abas genap mencecah usia 12 tahun. Kian bahagia hidup sebagai suami isteri, rumah tangga mereka lebih bermakna dengan kehadiran tiga cahaya mata.
Bahkan kerjaya Tomok sebagai anak seni juga terus kukuh dalam industri dan lebih manis, pasangan ini juga merupakan usahawan.
Berkongsi detik manis menyambut ulang tahun perkahwinan, Ayu menerusi media sosial luah rasa syukur. “Tua bersama. Happy Anniversary yang ke-12. I’m happy when you are happy. Ayu sayang Shah. Since 2003.”
View this post on Instagram
Dalam kesibukan mengurus kerjaya seni dan anak-anak, kedua-duanya bijak mengurus masa depan. Hasilnya, Tomok dan Ayu sukses bergelar pemilik beberapa buah cawangan francais hanya dalam masa lima tahun!
Difahamkan Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail mula menceburi perniagaan francais Chatime pada tahun 2017. Cawangan pertama yang dibuka Tomok waktu itu ialah di AEON Mall Shah Alam, Selangor.
Melihat bisnes makin kukuh, bekas penyanyi kumpulan New Boyz ini berjaya membuka satu lagi cawangan Chatime pada Oktober 2022 di Setia Alam City Mall, Selangor.
Tidak cukup itu, Tomok mengembangkan lagi perniagaan dengan membuka satu lagi cawangan Chatime di Setia City Mall, Shah Alam.
Melimpah ruah rezeki pasangan suami isteri ini. Makin rancak nampaknya Tomok dan Ayu merencana masa depan keluarga mereka.
Selain mengusahakan perniagaan francais Chatime, mereka turut menjadi pemilik satu lagi jenama francais pemanis mulut popular iaitu Street Churros. Tomok dan isteri tercinta memiliki cawangan tersebut di AEON Mall Seremban 2.
Sebelum menceburi kedua-dua perniagaan berkenaan, mereka pernah menjalankan bisnes tudung jenama Arriandra. Namun perniagaan yang sudah lima tahun diusahakan tersebut terpaksa dihentikan pada tahun 2020.
Syabas Tomok kerana jadi anak seni versatil!
Sebelum mendirikan rumah tangga, isteri Tomok iaitu Rahayu Abas merupakan pramugari MAS. Ayu dan Tomok berkahwin pada tahun 2011 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/makin-hebat-masak-lincah-di-dapur-stacy-ceburi-bisnes-makanan-jual-sambal-sendiri/