13 Tip Alami Hilangkan KEDUTAN BAWAH MATA, Semua Bahan Boleh Jumpa Di Dapur!

Mata memandang, mata memikat matalah puncanya… Dari mata jatuh ke hati. Betapa kuatnya kuasa mata. Mata yang terlalu berkedut pun akan nampak lebih kusam dan penat tidak bagus untuk keyakinan diri dan sebagainya.

Biasanya kedutan yang muncul di bahagian bawah mata adalah tanda kulit anda begitu kering. Kulit kering kerap kali menjadi salah satu sebab munculnya kedutan, selain daripada hakikatnya mungkin usia telah meningkat.

Sekiranya kita ada duit lebih, boleh pergi melawat mana-mana pusat kecantikan yang ada kemudahan laser untuk menegangkan semula kulit bawah mata tu. Tetapi sekiranya tidak? Ada beberapa cara mudah yang boleh kita amalkan di rumah untuk hilangkan kedut bawah mata tu sebenarnya.

(1) Krim Mata

Guna krim atau serum yang memang khusus untuk bahagian mata. Fungsi krim atau serum ini sebagai pelembap alami supaya kulit sekitar mata halus sambil melambatkan kedutan. Untuk hasil yang maksima, krim khusus mata perlu diaplikasikan setiap malam sebelum tidur. Urut secara perlahan-lahan pada kedua mata agar krim mata tersebut sampai masuk ke bahagian kulit mata yang sangat sensitif dan halus lapisan kulitnya. Oles krim secara perlahan akan membuat krim meresap sempurna pada kulit di sekitar mata.

(2) Tepung Beras

Ambil tepung beras, campur dengan susu atau air mawar, kacau sebati. Kemudian sapu pada seluruh wajah, tinggalkan ia selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Berkesan untuk menghilangkan kedutan di bawah mata atau bahagian-bahagian lain di wajah.

(3) Nanas

Mengandungi vitamin C, buah nanas juga berkesan menghilangkan kedutan di bahagian bawah mata. Gunakan isi buah nanas untuk disapukan ke bahagian kulit wajah anda (khususnya bahagian mata). Tunggu 10 minit sebelum basuh menggunakan air biasa. Atau, jadikan jus dan pakai sebagai masker.

(4) Suplemen vitamin E

Vitamin E membantu mengurangkan dan mengelakkan kedutan kulit. Ini kerana ia adalah sejenis antioksidan dan minyak dari vitamin E ni membantu melembapkan epidermis yang kering. Sebelum tidur, pecahkan kapsul vitamin E dan ambil  minyaknya, sapu pada kawasan kedutan untuk mencepatkan kesannya.

(5) Masker putih telur

Bersihkan wajah sebersihnya. Pisahkan bahagian putih dan kuning telur.  Kita hanya akan menggunakan bahagian putih sahaja. Tutup mata bahagian kanan anda dan letakkan kapas yang sudah dicelup ke dalam putih telur, kemudian tekan bahagian mata dengan jari tengah dan telunjuk. Biarkan beberapa minit, hingga putih telur mengering dan anda dapat merasakan bahagian kulit kelopak mata tertarik. Kemudian, angkat kapas dan bilas wajah anda dengan bersih. Lakukan hal ini secara rutin, pasti kedutan di mata anda akan berkurang.

(6) Grape Seed Oil

Minyak grape seed mempunyai kualiti untuk melembapkan kulit, terutamanya untuk kulit di sekeliling mata dan juga untuk mengatasi masalah parut. Minyak grape seed sangat kaya dengan antioksidan (proanthocyanidins), yang membantu untuk melambatkan proses penuaan, salah satunya yang disebabkan oleh kedutan di sekeliling mata ni.

(7) Susu + Madu

Sediakanlah 4 sudu susu segar bersama dengan madu 2 sudu makan dan air panas. Satukan kesemuanya dan oles pada wajah, termasuk bawah mata. Selama 10 minit. Kaedah ini boleh melembapkan kulit wajah dan bahagian bawah mata.

(8) Uncang Teh

Jangan dibuang uncang teh yang telah diminum kerana ada khasiatnya untuk kulit wajah. Kedutan di bawah mata juga bisa dihilangkan secara efektif menggunakan uncang teh celup ini. Gunakan 2 uncang teh, letakkan di bahagian mata. Untuk lebih berkesan, anda simpan uncang teh itu terlebih dahulu di dalam peti ais. Anda akan peroleh kesegaran pada mata nanti.

(9) Timun

Selain meletakkan hirisan timun pada mata, anda juga boleh kisar timun tersebut dan sapu di bahagian mata. Agak cair dan perlu berhati-hati.

(10) Epal

Buah epal mampu menjadi penyelamat bagi kulit wajah anda yang mulai berkedut, terutama di bahagian bawah mata. Rebus epal terlebih dulu, lalu tumbuk dan hancurkanlah dengan menggunakan garpu. Tambah satu sudu makan madu serta susu dan pukul sebati dan jadikannya sebagai masker. Sapukan di seluruh wajah dan tinggalkan selama 15 minit sebelum membilasnya.

(11) Daun Pudina

Ambil beberapa helai daun pudina, putih telur dan sedikit jus lemon lalu blend. Kemudian bahan blend tersebut disimpan di dalam peti sejuk selama 10 minit sebelum disapukan pada raut wajah.

(12) Minum Air

Air putih merupakan bahan paling sederhana yang mempunyai banyak manfaatnya untuk membuat kulit sentiasa terhidrat. Jika ingin kulit sentiasa dalam keadaan lembap, minumlah 8 gelas air putih setiap hari supaya tubuh dan kulit senantiasa terhidrat. Anda juga bisa menggunakan air putih yang dibekukan menjadi ais dan sapu di bahagian mata untuk kesegaran dan kurangkan kedutan.

(13) Sinaran Matahari

Anda perlu memakai sunblock atau krim pelindung cahaya matahari apabila keluar dari rumah. Pelindung matahari bukan sahaja melindungi kulit wajah tetapi turut menjaga mata daripada berkedut. Mengenakan kaca mata hitam mahu pun topi juga penting untuk mengelakkan sinar matahari terus ke bahagian kulit dan mata.

Share
Published by
KR