Kagum dengan sikap profesional Dato’ Sri Rossa dan bekas suami yang juga anggota kumpulan Padi, Yoyo. Walau ikatan perkahwinan yang dibina tidak berkekalan namun kedua-duanya masih menjalin hubungan baik.
Apatah lagi mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Rizky Langit Ramadhan yang makin menginjak dewasa.
Pastinya sebagai ibu bapa Rossa dan Yoyo perlu saling bertolak-ansur demi anak tersayang. Biarpun sudah 14 tahun berpisah, penyanyi pujaan negara jiran ini tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak.
Sebaliknya mereka boleh duduk bersama dan meraikan hari istimewa anak mereka. Satu contoh yang patut diberikan pujian!
3 Oktober genap 17 tahun usia Rizky. Anak tunggal pelantun lagu Tegar ini semakin kacak dan tinggi lampai serta sangat menyayangi ibunya.
Ramai mengatakan ibu anak ini kelihatan seperti kakak dan adik lebih-lebih lagi apabila Rizky berdiri bersebelahan dengan Rossa.
Penyanyi bersuara lunak Indonesia itu juga sentiasa tampil awet muda dan jelita meskipun dia kini berusia 44 tahun.
Rossa berkahwin dengan Yoyo pada 18 Mac 2004 namun berpisah pada tahun 2009 selepas lima tahun melayari alam rumah tangga. Bersempena ulang tahun kelahiran Rizky baru baru ini, Rossa atau nama penuhnya Sri Rossa Roslaina Handiyani berkongsi foto di samping anak tersayang dengan kapsyen ringkas, “My love.”
Menjengah media sosial bapa Rizky pula, pemuzik berusia 47 tahun ini turut berkongsi momen hari lahir anak. “Selamat tujuh belasan mas RLR. Semoga Allah SWT memberkahi usiamu, Aamiin.”
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan Rizky tampil sedondon dengan bapanya. Sementara Rossa pula anggun dalam busana putih dan biru.
Sementara itu, menerusi perkongsian video pula memaparkan Rossa membuat kejutan kek hari lahir buat Rizky di kediamannya yang turut dihadiri Yoyo.
Anak selebriti popular Indonesia berkenaan turut dilihat menyuapkan kek hari lahir kepada ibu bapa tersayang. Semoga Rizky menjadi anak soleh dan kebanggaan buat kedua-dua ibu bapa.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/keturunan-jawa-austria-luna-maya-jelita-usia-40-bercinta-dengan-jejaka-kacak-11-tahun-lebih-muda/
This website uses cookies.