15 Tahun ‘Berjuang’ Melawan Penyakit Lyme, BELLA HADID Semakin Jarang Muncul Di Pentas Fesyen Dunia

Sejak kebelakangan ini, kelibat supermodel tersohor Bella Hadid dilihat semakin jarang muncul di pelbagai pentas fesyen dunia.

Dikhabarkan ‘kehilangannya’ itu kerana sedang melawan penyakit Lyme.

Bella telah berkongsi kisah perjuangannya itu dengan memuat naik beberapa gambar di Instagram miliknya.

“Hidup dalam keadaan begini, semakin teruk kerana masa dan kerja untuk membanggakan diri sendiri, keluarga serta penyokong benar-benar membuatkan saya terharu sehingga sukar dijelaskan,” tulis Bella yang sudah 15 tahun melawan Lyme.

Sejak kebelakangan ini, kelibat supermodel tersohor Bella Hadid dilihat semakin jarang muncul di pelbagai pentas fesyen dunia.

Dikhabarkan ‘kehilangannya’ itu kerana sedang melawan penyakit Lyme.

Biarpun perit, pemilik nama sebenar Isabella Khair Hadid, 26, ini mengakui keadaannya kini makin pulih dan memohon peminat tidak bimbang mengenainya.

Dia juga cuba mengambil iktibar dan berharap pengalaman hidupnya dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

“Saya berjanji untuk kekal kuat dan terus melangkah,” kata Bella.

Bella Hadid turut berjanji untuk kembali selepas badannya pulih sepenuhnya.

“Saya rindu kamu semua,” kata Bella.

Penyakit Lyme Bella adalah jangkitan kuman yang biasanya berlaku selepas gigitan kutu yang membawa bakteria borrelia.

Kutu ini sering dijumpai di kawasan berumput atau berhutan. Gigitan kutu adalah serupa dengan gigitan nyamuk kerana ia meninggalkan kesan merah yang kecil dan gatal pada kulit.

Seperti dipetik Alodokter, untuk pulih sepenuhnya penghidap penyakit Lyme perlu mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Beberapa selebriti ini juga pernah mendedahkan tentang perjuangan mereka melawan penyakit Lyme seperti Justin Bieber, Shania Twain dan Avril Lavigne.

Share
Published by
Amy Mohd