16 Oktober lalu genap 15 tahun usia perkahwinan penyanyi cantik, Intan Sarafina. Kian bahagia di samping suami penyayang dan tiga anak lelaki yang menginjak dewasa, Intan atau nama sebenarnya Ungku Intan Sarafina Ungku Yahya yang meniti usia 42 tahun masih cantik seperti anak dara.
Melihat gaya hidup sihat yang diamalkan Intan tidak hairanlah dia mampu mengekalkan susuk tubuh langsing seperti sekarang. Bukan hanya ‘fit’, pelantun lagu Kembali ini jelita dalam kelas tersendiri.
Gemar berkongsi aktiviti harian di Instagram, kebanyakan posting Intan berkisar mengenai rutinnya yang aktif berjoging dan mengikuti marathon!
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-15, isteri Iskandar Ezzahuddin menitip ucapan romantis. Selain memuat naik video ketika majlis persandingan mereka 15 tahun lepas.
“To the man who stole my heart 15 years ago and still holds it today, Happy 15th Anniversary dear husband, Iskandar Ezzahuddin. May our love continue to grow stronger with each passing year, insyaAllah.”
Intan yang anggun dalam persalinan dres ungu meraikan hari istimewa bersama suami di restoran mewah, Sabayon yang terletak di EQ Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
Berlatarkan panorama Menara Petronas, pasangan ini kelihatan cukup bahagia bak pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.
Sekitar Januari lalu, Intan berkongsi foto sekeluarga di Finland. Difahamkan Intan menetap di sana ketika suaminya dihantar bertugas di negara berkenaan.
Walau berada di negara asing namun minat bekas pramugari ini terhadap gaya hidup sihat dan menyertai marathon tetap membara.
Dalam temu bual bersama Nona sebelum ini, Intan mendedahkan amalan kecantikan diri.
“Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan work out, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Intan dan Iskandar dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Ifrafel Raez dan Megat Noah Raez.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/flawless-walau-tanpa-mekap-kejelitaan-maya-karin-usia-44-kacukan-jerman-melayu/