Fesyen

15 TIP Padanan Gaya Tudung Buat Si Kaca Mata Tampak Stylo

Rata-rata wanita yang memakai kaca mata runsing atau keliru dengan gaya tudung yang sesuai untuk digayakan. Kebanyakan wanita ‘takut’ penampilan mereka kelihatan tidak menawan sekaligus mengurangkan keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai. Ada sesetengah wanita hingga sanggup memakai kanta lekap gara-gara tidak yakin dengan gaya hijab yang sesuai dengan diri mereka yang memakai kaca mata.

Namun jika digayakan dengan bijak, kaca mata sebenarnya adalah satu aksesori yang melengkapi hijab yang anda kenakan. Sesuaikan hijab yang dikenakan dengan kaca mata untuk memberi kesan yang serasi dan anggun pada fesyen hijab. Wanita berkaca mata selalunya cenderung merasa tidak selesa bila memakai pakaian kerana terlebih fokus pada wajah sehingga mengabaikan sedikit pada tubuh lainya. Paling penting, kreatif dalam penggayaan cermin mata agar nampak lebih versatile.

Untuk itu, Majalah Nona kongsikan tip padankan gaya tudung yang sesuai dan paling ideal buat mereka yang berkaca mata!

1. Hati-hati menggunakan maskara, tidak terlalu tebal sehingga membuatkan kaca mata kotor apabila berkedip dan sekaligus mencacatkan bulu mata yang nampak seperti tidak terurus.

2. Memakai hijab yang longgar dengan kaca mata yang tidak berbingkai atau berbingkai besi akan menampakkan anda seorang nenek. Oleh itu, pilihlah kaca mata berbingkai penuh untuk gaya yang lebih menawan.

3. Fesyen hijab pula jangan sesekali memadankan dengan style turban, hana tajima dengan kaca mata mewah kerana menampakkan anda terlalu bersunguh-sungguh dalam berhias.

4. Jika anda memakai cermin mata juga semasa memakai tudung berawning ini, kemungkinan akan membuat anda tidak selesa sekiranya hendak mencabut cermin mata anda sekejap-sekejap untuk membetulkan tudung anda itu dan rambut anda pasti tidak terurus sebab asyik terkeluar dan tertarik setiap kali anda hendak membuka cermin mata anda itu.

5. Memakai kaca mata pada bahagian dalam hijab akan merosakkan fabrik tudung. Setelah mengemaskan hijab pada lapisan yang pertama, pakai cermin mata dan jangan terkena kulit.

6. Letakkan kaca mata itu di lapisan hijab untuk mengindari daripada sakit kepala. Selain itu, kaca mata dapat ditanggalkan dengan mudah apabila tidak diperlukan.

7. Tudung Syria  sangat sesuai untuk anda yang bercermin mata kerana mempunyai inner dan outer. Jadi, anda boleh memakai tudung syria ini tanpa perlu bimbang sebab hanya perlu memakai cermin mata itu di antara outer dan inner itu kerana ia tidak akan mengganggu pemakaian tudung syria anda

8. Pilihkan bingkai kaca mata yang sesuai dengan bentuk wajah. Jika mengenakan hijab, lebih menarik apabila memakai kaca mata yang sedikit besar agar mata lebih lebar dan menarik. Bagi yang memiliki wajah bentuk bulat, disarankan mengenakan kaca mata yang tidak terlalu besar agar wajah tidak kelihatan penuh. Bentuk wajah yang lonjong perlu mengenakan bingkai kotak. Untuk wajah bujur, semua bentuk bingkai kaca mata boleh anda kenakan.

9. Pastikan anda memakai jenis tudung yang anda selalu pakai seharian. contohlah, kalau anda selalu memakai tudung bawal, pastikan semasa anda hendak membeli cermin mata tuh, anda juga memakai tudung bawal. ini kerana akan memudahkan anda mencari bingkai cermin mata yang sesuai dan tidak mengganggu pemakaian tudung bawal anda.

10. Gunakan kaca mata terlebih dahulu sebelum memakai hijab.

11.Gaya hijab yang simple dapat mengimbangi penampilan kerana sudah ada kaca mata yang menonjol pada wajah. Jangan memakai hijab yang berlilit-lilit atau melingkar-lingkar di leher atau kembang di bahagian kepala.

12. Minimalkan penggunaan aksesori dan pin/keronsang yang sederhana sahaja supaya tidak nampak keterlaluan sama ada di dada dan kepala. Cukuplah sekadar mengenakan aksesori yang ringkas dan tidak sarat.

13. Jika hendak memakai baju yang bermotif besar, maka hijab perlu dipadankan dengan motif yang lebih kecil agar kesan yang ditampilkan tidak terlalu berat di wajah dan kepala.

14. Perhatikan mekap yang dipakai. Jika bingkai kaca mata tebal, fokuskan kaca mata anda sebagai titik fokus perhatian. Seimbangkan mekap pada mata dan bibir seperti warna pastel,nude atau peach.

15. Perhatikan jika memakai lensa yang nipis maka gunakan eye shadow dengan gaya ‘smokey eyes’ dan eye liner yang agak tebal. Jika lensa yang tebal elakkan gaya ‘smokey eyes.’ Penggunaan eye liner yang nipis dapat memberikan kesan yang dramatik.

 

Share
Published by
Fadhli Ismail