Yaya Empire Perfume mempunyai matlamat mengangkat wanita menjadi usahawan sekaligus mampu menjana pendapatan keluarga. Pengasas Yaya Empire Perfume, Nadia Mat Isa berkata, dia mahu melahirkan usahawan dalam kalangan suri rumah yang mempunyai pendapatan sendiri sekaligus dapat membantu golongan suami.
Katanya, Yaya Empire sendiri mempunyai 1,500 usahawan sehingga kini di mana 99 peratus adalah golongan wanita dan suri rumah. “Hakikat kehidupan hari ini ialah cabaran kos taraf hidup yang tinggi, jadi para wanita boleh menjana pendapatan sekaligus membantu suami.
“Zaman Rasulullah dulu pun, isteri baginda Siti Khadijah sendiri juga seorang usahawan yang berjaya, jadi tidak mustahil wanita termasuk suri rumah juga mampu melakukannya. Lebih menarik, ada usahawan Yaya Empire yang sudah menjana pendapatan mencecah tujuh angka sebulan bermula dengan modal awal hanya RM80 sahaja.
“Kita sedia membimbing asalkan rajin dan ada usaha serta kesungguhan kerana bukan mudah untuk berjaya serta jatuh bangun itu adat orang berniaga,” katanya.
Sementara itu, Yaya yang lebih mesra disapa Kak Yaya berkata, syarikat berkenaan mempunyai formula tersendiri dalam mengukuhkan jenama dan empayar perniagaannya melalui tajaan acara anjuran pihak lain dalam strategi serampang dua mata. Tambahnya, dengan cara itu jenama produk keluarannya lebih dikenali serta pada masa sama membantu pihak penganjur menjayakan acara anjuran mereka.
“Pada saya dengan cara ini ia lebih berkesan kerana kita bergabung dengan pelbagai usahawan yang mempunyai pengikut masing-masing sekaligus membantu memperkenalkan produk saya kepada pelanggan baharu.
“Sebagai contoh saya menaja Fantastic Food Festival anjuran Kak Nab di Alor Star yang mempunyai ramai usahawan terkenal serta mempunyai pengikut dan pelanggan yang ramai,” katanya.
Pada cara yang berlangsung di Kedah baru-baru ini itu, seramai lebih setengah juta orang hadir dan memberi sokongan kepada usahawan yang mengambil bahagian. Beliau yang juga mesra disapa Kak Yaya berkata selain acara anjuran Kak Nab, Yaya Empire turut aktif menaja festival Bossku Mega Expo serta acara anjuran pelbagai pihak lain.
Mengulas mengenai kolaborasi bersama Kak Nab, Yaya berkata ia sudah kali ketiga berlangsung kerana kagum dengan semangat usahawan wanita itu yang berjaya menaiktaraf peniaga jalanan menjadi usahawan berjaya termasuk imej perniagaan mereka. “Kalau dulu ramai yang berasal hanya peniaga tepi jalan kini sudah ada bungkusan dan gerai malah kedai yang kemas serta menarik,” katanya.
Lantaran itu Yaya berkata, pihaknya tidak berkira untuk melabur bagi tujuan tajaan dalam usaha memperkenalkan jenama itu ke pasaran lebih meluas. Tambahnya, perancangan lima tahun juga sedang direalisasikan dalam memastikan usahawan produk itu berada pada landasan yang betul dan berjaya menjana pendapatan.
Produk wangian tempatan ini juga sudah menembusi pasaran Brunei, Singapura, Thailand dan Korea Selatan.
This website uses cookies.