Beruntungnya Dato’ Aaron Aziz dikurniakan isteri yang bukan hanya cantik dan pandai berniaga. Malah memiliki keperibadian yang baik dan menyenangkan. Sepanjang menceburi bidang seni, jarang dengar kontroversi rumah tangga membabitkan aktor kacak ini. Alhamdulillah.
Dilabel seorang selebriti ‘family man’, kehidupan rumah tangga Dato’ Aaron dan Datin Diyana Halik sentiasa menjadi perhatian peminat. Cukup mesra dan saling melengkapi di antara satu sama lain, pasangan selebriti ini memang sepadan ibarat pinang dibelah dua.
3 Ogos lalu merupakan ulang tahun perkahwinan ke-19 buat Dato’ Aaron dan isteri tercinta. Diam tak diam hampir dua dekad pasangan ini bergelar suami isteri. Bukan satu tempoh yang singkat tu!
Menghargai pengorbanan isteri selama ini, bintang KL Gangster ini menitipkan ucapan romantis buat Datin Diyana sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Sweet!
“TabarakAllah alhamdulillah segala puji bagimu Ya Allah. Jodohkan saya hambamu yang bernama Diyana Halik. Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah-lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata-kata kesat.
Thank you Dar for loving me. Don’t know what I’ll be if Allah hadn’t sent you to me. Happy 19th anniversary sayang. Love you always and forever.”
View this post on Instagram
Sementara itu, Datin Diyana Halik yang merupakan ibu tiga anak bukan hanya menguruskan kerjaya seni suami. Malah dia juga usahawan muslimah yang membina legasi sendiri sejak lapan tahun lalu menerusi jenama miliknya, Diyana Halik.
Menerusi perusahaan itu, Datin Diyana mengeluarkan himpunan koleksi hijab, telekung, khimar, kaftan dan busana muslimah lain. Berusia 41 tahun, rumah tangga Datin Diyana dan Dato’ Aaron lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya matai aitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Semoga rumah tangga pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga!