2 Anak Gadis Dah Dewasa, Genap 52 Tahun Amy Mastura Kekal Awet Muda & Tampil Sederhana!

Happy birthday Amy Mastura! 10 Mei genap 52 tahun usia ibu dua anak ini. Walau umur dah cecah 50an tetap nampak muda remaja. Patutlah Amy tergolong antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia!

Selesa berpenampilan ringkas dan sederhana, foto Aidilfitri pelantun lagu popular Sha Na Na ini jelas menunjukkan peribadi diri Amy yang ‘sempoi’ dan tidak berlebih-lebihan.

Hanya bertudung bawal dan baju kurung polos tanpa labuci serta solekan nipis, cukup menyerlahkan kecantikan semula jadi anak kelahiran Perak ini.

Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr

Begitu juga suami tercinta yang tampil santai dengan baju kurta dan anak-anak Amy yang berpakaian baju raya sederhana. Kalau kebanyakan selebriti selesa mengenakan persalinan sedondon dan serba mewah, Amy Mastura pula sebaliknya.

Rata-rata peminat yang membanjiri ruangan komen kagum dengan gaya hidup bintang filem Puteri Impian ini. Kebanyakan mereka kagum dengan raut wajah awet muda Amy meskipun sudah meningkat usia.

21 April lepas merupakan hari kelahiran anak sulung yang ke-22. Sementara anak bongsu Amy dan suami pula menyambut ulang tahun kelahiran ke-18 pada 15 April.

Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr

Biarpun kedua-duanya sudah menginjak usia dewasa dan berstatus anak selebriti namun mereka pandai jaga privasi diri serta tidak pernah dengar cerita kurang enak mengenai keluarga ini. Bagus didikan Amy dan suami!

Amy Mastura baru-baru ini terlibat dalam iklan kempen raya bagi sebuah syarikat insuran di samping pelakon, Ropie. Sisi lucu dan gaya lakonan semula jadi Amy ketika menjayakan iklan tersebut sememangnya mencuit hati penonton.

Aktres ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian, Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM).

Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr
Kredit Instagram @amymasturalerr

Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi dikongsi bersama peminat.

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000.

Pasangan selebriti bahagia yang tidak terpalit kontroversi https://www.nona.my/amy-mastura-imbau-foto-dulu-hingga-kini-peminat-kagum-tengok-wajah-awet-mudanya-usia-52-tahun/

Mencecah usia perkahwinan 23 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia.

 

 

Share
Published by
Suzi