2 Sajian Ini Rahsia Wanita Cina Tampil SIHAT & CANTIK, Anda Pun Patut Cuba!

Pemakanan merupakan salah satu faktor penting yang menentukan tahap kesihatan seseorang. Daripada amalan pemakanan yang baik juga individu berkenaan mempunyai kesihatan yang bagus sekali gus memancarkan kecantikan semula jadi. Kandungan nutrisi sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai mineral dan zat penting sewajarnya menjadi menu pilihan harian buat anda.

Singkap rahsia bagaimana masyarakat Cina kekal sihat dan cantik dengan mengamalkan menu ini. Selamat mencuba!

 

 

STIR FRIED LOTUS ROOT, HONEY BEAN & WOLFBERRIES

Bahan-bahan utama:

  • 113 gram kacang pis madu
  • 113 gram akar teratai
  • ½ sudu besar buah goji beri
  • 4 biji sengkuang Cina (dikupas & dipotong separuh memanjang)
  • 2 biji cendawan telinga kera
  • ½ sudu makan bawang putih (dihiris halus)

Bahan-bahan perasa:

  • ½ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh gula

Bahan-bahan untuk membuat sos:

  • 4 sudu besar air
  • 4 sudu besar jus abalone
  • ¼ sudu teh garam
  • ¼ sudu teh gula
  • 1 sudu teh minyak bijan
  • ½ sudu teh tepung jagung

Cara membuat:                                                                                                              

Cuci dan bersihkan kacang pis. Kemudian, tos dan goreng sehingga empuk. Angkat dan ketepikan. Seterusnya, kupas kulit akar teratai dan dipotong bulat. Rendam buah goji beri dan cendawan telinga kera hingga lembut. Masukkan kedua-duanya dalam air mendidih. Bubuh ½ sudu teh garam dan masak seketika sebelum diangkat. Sesudah itu, panaskan kuali berisi minyak dan goreng bawang putih dengan api perlahan sehingga naik bau. Masukkan akar teratai, cendawan telinga kera dan sengkuang Cina. Goreng semuanya. Sementara menunggu bahan tadi masak, sediakan bahan membuat sos dengan mencampurkan jus abalone, air, minyak bijan, tepung jagung, garam dan gula secukupnya. Tuang ke dalam masakan sebelum diletakkan kacang pis dan buah goji beri. Kacau sebati dan hidangkan.

STEAMED BAMBOO PITH STUFFED WITH ABALONE & VEGETABLES

Bahan-bahan utama:

  • 8 biji bamboo pith
  • 1 tin abalone
  • 2 biji cendawan hitam kering
  • 38 gram saderi
  • 38 gram lobak
  • ¾ cawan air rebusan ayam
  • 150 gram kubis putih

Bahan-bahan perasa:

  • ½ sudu teh cuka putih
  • ½ sudu teh garam
  • ½ sudu teh gula
  • ½ sudu teh minyak

Bahan-bahan membuat sos:

  • ¼ cawan air kukusan bamboo pith
  • 5 sudu besar air rebusan ayam
  • ¼ sudu teh garam
  • 1/3 sudu teh gula
  • 2 sudu teh sos tiram
  • 2 sudu teh minyak bijan
  • 2 sudu teh lada putih
  • 1 sudu teh tepung jagung

Cara membuat:

Rendam bamboo pith dalam air selama dua jam dan tukar air sebanyak dua kali. Potong memanjang kira-kira 6 sentimeter. Masukkan bamboo pith dalam air mendidih dan berasakan bersama cuka. Masak selama 10 minit. Angkat dan bilas. Kemudian, rendamkan pula cendawan hitam kering dalam air hingga bersih. Buang tangkainya dan potong cendawan hitam kering, abalone, lobak dan saderi sama seperti ukuran bamboo pith. Salut bamboo pith dengan bahan-bahan tadi dan masukkan ke dalam air rebusan ayam bersama bahan perasa seperti garam, gula dan minyak. Kukus selama 8 minit. Asingkan ¼ air kukusan bamboo pith. Tuang air secukupnya untuk dimasak dan celur kubis hingga lembut. Seterusnya, masak bahan-bahan untuk membuat sos hingga mendidih. Tuang ke atas hidangan dan kubis. Sedia dihidang.

Resipi: TERIMA KASIH PENGURUS PERHUBUNGAN AWAM RENAISSANCE KUALA LUMPUR HOTEL, NOR AIZAN ABDUL HAMID

 

IKLAN
Share