Inspirasi

2 Tahun Jadi Doktor Di Ireland, Dr Julia Anak Dato’ Ziela Jalil Terima Anugerah Cemerlang!

Kagum dengan kejayaan yang diraih Dr Puteri Julia Nabilah Megat Junid baru-baru ini. Bukan sekadar dikurniakan raut wajah cantik penuh kelembutan bahkan anak kepada Dato’ Ziela Jalil ini juga seorang wanita bijak dan doktor perubatan berkaliber!

Hidup jauh di perantauan dan berkhidmat sebagai doktor di Ireland sedikit pun tidak mematahkan semangat ibu jelita kepada dua anak ini untuk berbakti kepada masyarakat.

Dr Julia yang kini bertugas di Mercy University Hospital menzahirkan rasa syukur atas penghargaan yang diberikan hospital berkenaan pada awal Julai lepas.

“Alhamdulillah Ra Rabb. 2 tahun berkhidmat di negara orang, Allah bagi rezeki dianugerahkan pingat dan certificate of excellence. Tergamam tak terkata. Sesungguhnya rezeki Allah tu luas dan mewah.

Doakan semoga Allah permudahkan juga perjalanan menjadi Consultant Anaesthesiologist in the future inshaAllah. Aamiin.”

Sebagai ibu, pastinya Dato’ Ziela Jalil menjadi antara individu paling gembira dengan khabar tersebut dan pengarah tersohor ini memuat naik video sijil serta pingat yang diterima puteri kesayangan di media sosial miliknya.

Luah Dato’ Ziela, “MasyaAllah TabarakAllah. Haza Rahmatun Min Rabbi, rezeki Allah datang dalam berbagai cara, rezeki Allah yang tak ternilai buat anakku yang solehah, ini hasilnya berkhidmat LillahitaAllah, penuh keikhlasan, bersungguh-sungguh, disiplin yang tinggi.

Alhamdulillah. Berkhidmat di negara asing, diberi penghargaan walaupun dia bukan Irish, apa yang membanggakan dan paling penting dia adalah Asian-Malaysian, wanita Muslim yang bertudung pula tu. Bekerja di negara orang dan dihargai.

Syukur alhamdulillah Ya Rabb di atas pencapaian anakku yang solehah ini. Semoga Ya Allah kau sentiasa melindungi dan meluaskan rezekinya dengan rezeki yang penuh barakah untuk dunia dan juga untuk akhiratnya.”

Julai lepas juga merupakan ulang tahun perkahwinan keenam Dr Julia dan suami tercinta, Dziya Faqhran.

Hasil perkongsian hidup, graduan Royal College of Surgeons Ireland (RCSI) ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Tun Alayna Zeeya dan Tun Ameena Zeeya.

Artikel https://www.nona.my/anak-dato-ziela-jalil-kini-bertugas-di-ireland-dr-julia-ibu-jelita-2-anak-usia-perkahwinan-cecah-5-tahun/

Dilaporkan Jun 2022, Dr Julia dan suami berangkat ke Ireland. Mereka kini berkhidmat di sana.

 

Share
Published by
Suzi