Besar ujian yang ditempuh pelantun lagu Kita Insan Biasa, Dayangku Intan. Di sebalik gelak tawa dan perwatakan ceria rupa-rupanya tersimpan kisah sedih yang dilalui wanita ini. Enggan menganggap kesulitan yang dialami sebagai dugaan berat, figura berusia 57 tahun berkenaan reda menerima ia sebagai satu rahmat.
“Saya tak ambil sebagai ujian atau dugaan. Saya ambil sebagai satu rahmat. Satu peluang untuk berbuat baik dan menjadi muslim lebih baik,” dedahnya ketika ditemu bual Nona.
Mengimbas kembali detik indah di samping anak perempuan tunggal iaitu Wanku Intan Syarafana yang pulang ke rahmatullah pada 21 Februari 2020, dalam nada reda ibu empat cahaya mata ini membuka kisah.
“Anak perempuan saya iaitu anak ketiga memang lahir tanpa hempedu atau Biliary Atresia. Dia dah jalani pembedahan masa umur 4 bulan. Doktor memang sahkan dia ada masalah hati.
Bila umur 22 tahun nak buat pemindahan hati. Jadi anak lelaki bongsu saya bersuara nak dermakan secebis hatinya kepada kakak dia. Anak perempuan saya mempunyai darah yang rare. Doktor ambil langkah yang teliti. Mula abang yang nak bagi derma tapi dia ada lemak di hati jadi doktor ambil dari adik lelaki bongsu.
Saya tersentuh bila anak saya kata dia ditakdirkan lahir untuk dermakan hati kepada kakak. Lepas jalani pembedahan, doktor kata anak perempuan saya akan normal dan tak ada masalah. Tapi Allah lebih memahami. Saya dan keluarga kena terima keadaan tu.
Ads
Anak perempuan saya, Allah bagi pinjam masa dekat dalam ICU tu 14 hari je. Dia pergi pada pagi Jumaat selepas azan Subuh. Saya syukur sangat, rasa ia adalah tempat terbaik bagi dia dengan keadaan Covid-19. 22 tahun dia lalui macam-macam sakit dan demam. Saya tengok pun tak sampai hati.
Tapi kalau tengok, dia macam budak biasa, kuat dan anak solehah yang menjaga aurat dan solat. Sangat anak yang baik. Allah bagi kita yang baik ni sekejap je. Saya rasa tak puas.
Saya percaya saya perlu jadi seorang muslim yang baik untuk jumpa dia di sana, di tempat yang baik,” ungkapnya selepas anak lelaki bongsu, Wanku Mohd Ruknuddean menjalani pemindahan hati untuk anak perempuannya pada 5 Februari 2020.
Dua tahun sebelum Allahyarham Wanku Intan Syarafana ‘pergi’, penyanyi bersuara lunak era 90an ini turut berkorban mendermakan buah pinggang untuk suami tercinta.
“Suami saya memang ada penyakit 3 serangkai. Satu hari dia kena kencing tikus dan jangkitan tu lama duduk di dalam badan dan buatkan buah pinggang lemah. Kena buat pemindahan buah pinggang baru segera.
Jujurnya saya tak tahu pun sama ada buah pinggang saya sesuai atau tidak untuk suami. Tapi kuasa Allah, doktor kata ia match everything dan suami tak perlu makan ubat atau apa-apa. Mungkin jodoh dari dunia tu sampai ke jannah agaknya.
Kalau benda ni jadi kepada saya pun, saya pasti suami akan buat benda sama. Bila kita sayang, nyawa pun kita sanggup beri. Begitulah kami.”
Dayangku Intan dilaporkan menderma buah pinggangnya untuk suami iaitu Rosman Yahil pada 28 September 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Riak wajahnya jelas menunjukkan dia sedang meniti momen bahagia saat ini. Bahkan ketika mengadakan sidang akhbar di Putrajaya dua hari lepas, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Dato’ Mat Zara’ai cukup manja di sisi suami dan tidak lekang menguntum senyuman. Menjawab persoalan daripada rakan media dengan tenang dan mesra, Yuna tanpa berselindung akhirnya mengakui tertawan dengan peribadi adik kepada Ashraf dan Aishah Sinclair itu.
“Dia sangat positif. Kali pertama saya berjumpa dengan Adam ketika di set untuk commercial shot. Waktu itu saya baru balik dari LA dan bila sampai KL terus kena pergi shoot. Saya mengaku agak moody sikit ketika itu tapi bila saya jumpa dia, Adam betul-betul pastikan saya rasa selesa, selamat dan ambil berat tentang makan minum saya di set.
Untuk pertama kalinya juga saya rasa macam wow, ada orang macam ni rupanya! It was very special to me. Saya suka sikap Adam yang sangat penyayang dan sudah pasti juga sebab dia miliki sepasang mata yang cantik!”
Sambil tersenyum mendengar pengakuan Yuna, Adam turut menyifatkan isterinya itu seorang wanita yang sangat istimewa di matanya.
“Bila terlibat dengan kerja begini saya memang dah awal-awal siapkan diri untuk jaga talent. Tugas saya adalah untuk pastikan mereka semua selesa. Dengan Yuna, pada 5 ke 10 minit pertama tu kami dah mula selesa. Start bercerita dan kongsi cerita hantu. Semuanya berlaku secara natural. Masing-masing mampu communicate dengan baik dan kami terus berhubung sejak itu sampailah berkahwin sekarang.
Selama ada dalam industri ini saya tak pernah tengok personaliti seperti Yuna. Dia seorang selebriti yang memudahkan kerja semua orang dekat lokasi. Bahkan krew semua pun suka bekerja dengan dia. Dan antara ciri lain yang buat saya suka sebab Yuna ada hati yang sangat baik dan berbakat besar.”
Mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu, Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Yousof Mohamed Sinclair dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis pernikahan indah bertemakan garden wedding di Puncak Rimba, Bentong, Pahang pada 26 Januari lepas.
Majlis yang dibuat secara tertutup dan dihadiri ahli keluarga terdekat dan sahabat handai itu mendapat khidmat dekorasi ilham The Calla dan busana pernikahan Yuna adalah ilham pereka fesyen Hatta Dolmat.
Di majlis pernikahan mereka di Puncak Rimba, Bentong
Mengulas soal cahaya mata, pasangan ini sepakat untuk menyerahkan perkara tersebut kepada rezeki. “Kami tak letak sebarang sasaran. Biarlah ia berlaku secara semula jadi,”terangnya yang dikhabarkan mungkin akan memilik Amerika Selatan sebagai lokasi berbulan madu kelak.
Semalam, pasangan mempelai diraikan dalam majlis resepsi penuh gemilang di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pelamin nan indah di PICC merupakan cetusan idea perunding perkahwinan terkemuka, Reka Teemor sementara persalinan elegan yang disarungkan Yuna juga merupakan rekaan Hatta Dolmat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tanyalah pada mana-mana wanita, sudah pasti keinginan untuk hamil dan melahirkan zuriat sendiri pastinya ada selepas selamat diijabkabul bersama pasangan hati. Namun tidak semua wanita di luar sana dianugerakan rezeki terus ‘melekat’ dan melalui proses kelahiran yang diidamkan.
Bagi sesetengah wanita, pelbagai liku dan dugaan harus ditempuhi untuk hamil, dan akibatnya seorang wanita bisa rebah jika tidak betul-betul bersedia. Bahkan bukan dari fizikal saja, mental dan emosi juga perlu untuk melalui prosed pengesanan dan rawatan kesuburan. Namun mujurlah Madammu dikurniakan seorang suami, iaitu Muhammad Azri yang dilihat sentiasa berada di sisi pada setiap inci perjalanan IVFnya.
Bagi Madammu, selepas hampir 7 tahun mendirikan rumahtannga, sudah pasti keinginannya untuk hamil dan melahirkan sudah lama berbekas walaupun kehidupannya dikira ada sisi tuahnya dimana beliau dapat menumpang kasih pada ketiga anak tirinya. Sejak mengumumkan perjalanan IVFnya, ramai yang mengikuti perkembangan semasa dirinya apabila dia disarankan untuk menjalani rawatan prosedur In Vitro Fertilization atau IVF.
Bagaimana perjalanan IVF Madammu? Ujar Editor Pengurusan NONA kepada Madammu. “IVF merupakan satu journey yang saya gelar I-berusaha, di mana ia melibatkan emosi dan kesihatan. Kalau ada rezeki ada, kalau tiada kita berusaha lagi. Alhamdulillah, saya dapat menguruskan semua dengan sokongan suami”.
Dan kini, selepas hampir beberapa tahun mencuba, baru-baru ini Madammu mengumumkan kehamilannya sudah memasuki 5 minggu. Tahniah Madamu. Akhirnya selepas usaha tidak putus, khabar gembira ini dikongsikan Madammu dan suami. Tahniah NONA ucaapkan, dan diharapkan Madammu dapat menjada kandungannya baik-baik.
Untuk pembaca NONA, saksikan temubual eksklusif kami bersama Madammu memintanya berkongsi jatuh bangun empayarnya, serta misinya dalam membesar dan melahirkan zuriatnya sendiri menerusi pautan di bawah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik Anzalna Nasir memang sangat terkenal dengan budi bicaranya yang lembut dan mempunyai hati mulia. Keberkatan bulan Ramadan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh Anzalna untuk beramal.
Anzalna berhasrat untuk menjual lukisan hasil tangannya sendiri dan kutipannya disalurkan sepenuhnya kepada golongan yang memerlukan.
Alhamdulillah, tak semua orang ada niat yang baik macam Anzalna ni. Dah la cantik, lemah lembut, pandai berlakon dan ada bakat melukis pula tu.
Difahamkan, Anzalna hanya berkesempatan untuk kembali menghasilkan karya-karya yang lahir dari hati setelah lebih 20 tahun tidak memegang kanvas dan berus selepas berhenti mengambil tawaran berlakon untuk beberapa bulan ini.
Iyalah, sambil menjaga rumah tangga yang telah dibina selama dua tahun bersama suami tercinta Hanif Zaki, boleh isi waktu yang terluang dengan melakukan aktiviti kegemaran untuk beramal. Baru suami sayang. Betul tak?
Siapa sangka, bakat melukis yang ada pada mulanya hanya dijadikan sebagai hobi sekarang ini boleh meraih pendapatan dan membantu golongan yang memerlukan. Atas permintaan ramai juga, Anzalna mengasah bakatnya dengan cuba melakar potrait perdana menteri, Tun Dr Mahahir Mohamad.
Hasil painting Anzalna juga mendapat sambutan hangat sehingga lukisan belum siap tapi dah ada orang booking! Apa yang menarik lagi, lukisan Anzalna juga pernah dijual sehingga ke Kanada! Anzalna juga berjaya untuk membuat sedikit sumbangan dengan menyerahkan hasil karyanya untuk digantung di Hospital Kuala Lumpur.
Cantik-cantik painting Anzalna, bukan? Tak sabar Nona nak tengok hasil karya Anzalna yang lebih love lagi selepas ni.
sumber: Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.