Besar ujian yang ditempuh pelantun lagu Kita Insan Biasa, Dayangku Intan. Di sebalik gelak tawa dan perwatakan ceria rupa-rupanya tersimpan kisah sedih yang dilalui wanita ini. Enggan menganggap kesulitan yang dialami sebagai dugaan berat, figura berusia 57 tahun berkenaan reda menerima ia sebagai satu rahmat.
“Saya tak ambil sebagai ujian atau dugaan. Saya ambil sebagai satu rahmat. Satu peluang untuk berbuat baik dan menjadi muslim lebih baik,” dedahnya ketika ditemu bual Nona.
Mengimbas kembali detik indah di samping anak perempuan tunggal iaitu Wanku Intan Syarafana yang pulang ke rahmatullah pada 21 Februari 2020, dalam nada reda ibu empat cahaya mata ini membuka kisah.
“Anak perempuan saya iaitu anak ketiga memang lahir tanpa hempedu atau Biliary Atresia. Dia dah jalani pembedahan masa umur 4 bulan. Doktor memang sahkan dia ada masalah hati.
Bila umur 22 tahun nak buat pemindahan hati. Jadi anak lelaki bongsu saya bersuara nak dermakan secebis hatinya kepada kakak dia. Anak perempuan saya mempunyai darah yang rare. Doktor ambil langkah yang teliti. Mula abang yang nak bagi derma tapi dia ada lemak di hati jadi doktor ambil dari adik lelaki bongsu.
Saya tersentuh bila anak saya kata dia ditakdirkan lahir untuk dermakan hati kepada kakak. Lepas jalani pembedahan, doktor kata anak perempuan saya akan normal dan tak ada masalah. Tapi Allah lebih memahami. Saya dan keluarga kena terima keadaan tu.
Anak perempuan saya, Allah bagi pinjam masa dekat dalam ICU tu 14 hari je. Dia pergi pada pagi Jumaat selepas azan Subuh. Saya syukur sangat, rasa ia adalah tempat terbaik bagi dia dengan keadaan Covid-19. 22 tahun dia lalui macam-macam sakit dan demam. Saya tengok pun tak sampai hati.
Tapi kalau tengok, dia macam budak biasa, kuat dan anak solehah yang menjaga aurat dan solat. Sangat anak yang baik. Allah bagi kita yang baik ni sekejap je. Saya rasa tak puas.
Saya percaya saya perlu jadi seorang muslim yang baik untuk jumpa dia di sana, di tempat yang baik,” ungkapnya selepas anak lelaki bongsu, Wanku Mohd Ruknuddean menjalani pemindahan hati untuk anak perempuannya pada 5 Februari 2020.
Artikel lain https://www.nona.my/tetap-romantis-dah-47-tahun-kahwin-rezeki-dida-sinclair-ada-suami-penyayang-sihat-usia-72/
Dua tahun sebelum Allahyarham Wanku Intan Syarafana ‘pergi’, penyanyi bersuara lunak era 90an ini turut berkorban mendermakan buah pinggang untuk suami tercinta.
Artikel lain https://www.nona.my/pejuang-kanser-jelita-usia-47-jiwa-kental-shafnie-besarkan-anak-anak-cetus-inspirasi/
Artikel seterusnya https://www.nona.my/terima-kasih-buat-anak-anak-happy-ridzuan-hashim-meninggal-dunia-momen-sambut-raya-bersama-tahun-lalu-undang-sebak/
“Suami saya memang ada penyakit 3 serangkai. Satu hari dia kena kencing tikus dan jangkitan tu lama duduk di dalam badan dan buatkan buah pinggang lemah. Kena buat pemindahan buah pinggang baru segera.
Jujurnya saya tak tahu pun sama ada buah pinggang saya sesuai atau tidak untuk suami. Tapi kuasa Allah, doktor kata ia match everything dan suami tak perlu makan ubat atau apa-apa. Mungkin jodoh dari dunia tu sampai ke jannah agaknya.
Kalau benda ni jadi kepada saya pun, saya pasti suami akan buat benda sama. Bila kita sayang, nyawa pun kita sanggup beri. Begitulah kami.”
Dayangku Intan dilaporkan menderma buah pinggangnya untuk suami iaitu Rosman Yahil pada 28 September 2018.
This website uses cookies.