Menyambut raya sebagai sebuah keluarga sememangnya sangat indah. Setelah 20 tahun menanti, bahagia dan gembira mungkin itu yang tersirat dalam hati Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan, anak sulung kepada pelakon dan pelawak terkenal, Didie Alias ini.

Ads
20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Teknologi Multimedia dalam Reka Bentuk Multimedia Interaktif dan bakal menerima ijazah sarjana (master) pada Majlis Konvokesyen bulan Jun nanti. Nur Dhaniyah telah menzahirkan rasa gembiranya dapat beraya bersama ibu dan bapanya bersama-sama buat pertama kali selepas ibunya berpisah dengan pelakon Ridzuan Hashim pada tahun 2002.

20 years later…Siapa sangka, dulu terpaksa ambik turn nak beraya dengan mamy ke ayah dulu eh. Nak kena jaga hati dua-dua walaupun ada yang terasa,” tulis isteri kepada Mohd Razi Shahriman yang telah 20 tahun menanti detik bahagia ini.

20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Tambahnya lagi, “Impian semua anak-anak daripada ā€œbroken familyā€ untuk satukan mak dan ayah mereka. Mungkin nampak macam broken family untuk semua, tapi bagi kami love and care daripada mamy dan ayah, dua-dua kami dapat walaupun mereka tak together.

Walaupun stigma orang tentang broken family ini kata anak-anak akan terabailah, anak-anak memberontak, anak-anak tak cukup kasih sayang. It may be broken to some, but not to us.

20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Thank you mamy, ayah and daddy sebab selalu ingatkan kakak dan adik-adik tentang tanggungjawab kami dengan mak dan ayah. Never once kami rasa kami daripada broken family. Weā€™re still a family but not together je.

Tapi hari ini dalam sejarah, setelah 20 tahun penantian, kakak dan adik-adik dapat beraya dengan satu family, priceless! And we should hold on to this moment forever.

20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Terima kasih sebab buat anak-anak happy. Terima kasih sebab buat semua ini untuk kami. Kami tak mintak banyak, tapi saat ini yang kami tunggu dari tahun 2002 sampai hari ini.

Ads

Percayalah, mak dan ayah mungkin boleh bercerai, tapi bukan mak dan ayah dengan anak-anak. Jangan putus harapan, jangan putus doa,” kata anak sulung daripada 5 orang adik-beradik ini.

Wanita yang berusia 29 tahun ini juga pernah menyuarakan kepada NONA rasa kagumnya dengan cara didikan yang diterapkan ibunya dalam membesarkan beliau dan adik-beradik yang lain walaupun sibuk bekerja.

Ads
20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

“Cara didikan dia paling simple dan mungkin lain daripada yang lain. Dia tidak pernah ada masa yang banyak untuk semak kerja sekolah kami. Kami semua tahu mamy sibuk. Jadi kami pun buat homework sendiri.

20 Tahun Menanti, “Beraya Satu Family, Priceless!” Sebak Dengar Perkongsian Anak Sulung DIDIE ALIASĀ 
Foto: Koleksi Peribadi Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan

Tapi kalau tak pergi sekolah, dia akan tanya atas alasan apa. Namun begitu, mamy lebih kepada mendidik anak-anak untuk jadi lebih beradab. Because in the end, attitude comes first. Tidak dinafikan bila berkerja dan berlawak ‘hu ha’ sana sini, tapi dekat rumah dia akan lebih banyak serious“, jelasnya.

Baca juga; Murninya Hati Janna Nick, Dalam Proses Bina Pusat Tahfiz Bernilai RM6 Juta Di Kedah

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona)

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI