Teruja tunggu rumah idaman Yatie Kamarzaman siap dibina! Walau baru berkongsi tapak kediaman dan proses pembinaan istana impian itu, tapi ramai yang sudah tak sabar melihat kediaman baharu kakak Datuk Seri Aliff Syukri tersebut.
Apa tidaknya, keluasan mahligai pemilik nama Noor Hayati Kamarzaman ini umpama mendirikan sebuah resort! Memang luas dan besar. Bahkan layout kediaman yang dimuat naik di Instagramnya juga nampak gah dan mewah.
Tidak dinafikan, cita rasa dan idea dekorasi Yatie memang lain daripada yang lain!
Dedah anak kepada usahawan ternama Bonda Rozita Ibrahim ini, dia memasang impian untuk membina rumah seumpama itu sejak dua dekad lalu.
Difahamkan kediaman tersebut terletak di Sungai Plong, Sungai Buloh, Selangor.
“Tak sabar menanti tiang naik. So far on schedule and follow timeline. Sekarang tengah progress untuk ID. Nak identify plug points, size shelves, sanitary, type of flooring dan lain-lain supaya tak ada vo (variation order).
Will be hectic tapi memori ini akan Kak Yatie dan family ingat sampai bila-bila.”
Rata-rata followers pengasas The Hijab Co, The Skin Co dan Pengarah Kreatif Sendayu Tinggi ini kagum dengan kejayaan Yatie. Walau mereka menyifatkan rumah yang didiaminya kini sudah cukup cantik dan selesa, namun isteri Mohamad Zaidi Aziz ini nekad membina kediaman berkenaan.
“Asal rumah tu nama mak saya. Hakikatnya memang kami tumpang duduk sebab tu awal kahwin lagi kami simpan duit. Beli tanah di Sg Plong, kumpul sedikit-sedikit sebab planning dah tua nak stay sana.
Selepas 15 tahun duduk rumah sekarang, baru tukar nama sebagai hadiah. Tapi keinginan nak ada own home tak pernah pudar sebab itu yang kami plan.”
Tambahnya lagi, tanah tersebut sudah lama dibeli. “Lama dah saya beli tu. Masa anak kecil lagi. Selalu ajak anak lalu situ cakap nanti nak buat rumah kat sana.”
Melihat kemampuan Yatie Kamarzaman turut membuatkan warga maya terinspirasi dengan kehidupan usahawan ini. Malah, mereka menjadikan Yatie sebagai sumber kekuatan untuk terus mengejar impian.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/rajin-masuk-dapur-masak-ramai-idam-kediaman-mewah-bak-hotel-yatie-kamarzaman/