Low profile isteri kepada bekas jaguh badminton negara ini. Meskipun Datuk Abdul Rashid Mohd Sidek merupakan seorang lagenda sukan tanah air namun Datin Azehan Abdul Halim selesa dengan gaya sederhana. Sebagai status isteri kepada public figure, pastinya Datin Azehan tidak terlepas daripada perhatian khalayak.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, pasangan suami isteri romantis ini menyambut ulang tahun perkahwinan ke-21 mereka pada 21 Mac lalu. Lebih sedekad berkongsi hidup suka dan duka, Datuk Rashid dan Datin Azehan Abdul Halim matang menempuh dugaan perkahwinan.
Apatah lagi Datuk Rashid yang kini berusia 56 tahun dan merupakan anak bongsu kepada Dato’ Haji Mohd Sidek dan Datin Rukinah ini seorang family man.
Datuk Rashid menerusi video temu bual bersama Majalah Keluarga tidak lama dulu mendedahkan dia mula mengenali isteri tercinta sejak wanita tersebut berusia belasan tahun.
“Isteri ialah anak saudara kepada arwah isteri Datuk Misbun Sidek. Saya kenal dari usia dia 13 tahun. Kami mula serius umur saya 34 tahun dan isteri 23 tahun sebelum memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan.”
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2003. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ikhwan, Azwin, Eizran dan Irfan.
Ads
Diaju sisi peribadi suami sepanjang berkahwin, Datin Azehan menjelaskan dia memahami kerjaya suami sebagai atlet dan jurulatih serta reda hanya sempat bertemu suami enam bulan dalam setahun disebabkan kesibukan Datuk Rashid.
“Alhamdulillah kami jarang berselisih faham. Mungkin sebab Datuk berusia 11 tahun lebih berumur dan dia tahu apa yang terbaik untuk family, saya akan ikut. Saya seorang yang suka bercakap, dia pula mendengar. Tapi bukan berleter ya. Bagi saya komunikasi kami baik, tak ada masalah.”
Datuk Rashid Sidek mempunyai lima beradik iaitu Rusitah, Datuk Misbun, Datuk Razif, Datuk Jalani dan Rahman. Kesemua adik-beradik lelaki Datuk Rashid terlibat dalam arena badminton antarabangsa dan mendapat pendedahan serta bimbingan daripada bapa mereka.
Melakar pelbagai kejayaan era 90an, selain pernah memegang gelaran pemain badminton nombor satu dunia Datuk Rashid Sidek juga memenangi pingat emas perseorangan lelaki Sukan Komanwel, Auckland, Perseorangan Lelaki Sukan Komanwel, Victoria, Juara Perseorangan Piala Asia, Juara Perseorangan Terbuka Malaysia dan banyak lagi.
Pada tahun 1995 hingga 2005, populariti adik-beradik atlet ini melonjak dan dikenali ramai selepas komik autobiografi jaguh badminton negara iaitu Anak-Anak Sidek diterbitkan. Malah, kisah hidup mereka juga disiarkan dalam siri animasi Anak-Anak Sidek.
Selain itu, Datuk Rashid juga pernah membintangi filem Cinta 200 Ela pada tahun 2002.
Legenda badminton negara yang berjaya membawa Malaysia muncul juara Piala Thomas 1992 dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seronoknya online shopping hari ni! Banyak betul tawaran hebat, merata-rata website ada jualan murah sempena Single’s Day 11 November tapi tetap tak tertanding Jualan Murah Super 11.11 Shopee!
Shopee iaitu platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah pun memulakan musim akhir tahun dengan melancarkan Jualan Murah Super 11.11 dari 1 hingga 11 November.
Kemuncak kempen tentulah hari ni. Pengguna boleh bersedia menghadapi tawaran hebat berganda termasuk Jualan Murah RM11, penghantaran percuma, hadiah harian dan banyak lagi.
Paling menyeronokkan adalah permainan ‘Spin To Win’ dengan tawaran pelbagai jenis hadiah bernilai RM300,000 untuk dimenangi setiap hari.
Kemuncaknya pada hari ini apabila kempen Jualan Murah Super 11.11 Shopee yang berlangsung membariskan tawaran tanpa henti selama 24 jam termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minima RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.
Selain itu, terdapat lebih 100,000 produk yang dijamin pada harga terendah. Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan memberi ganti rugi sebanyak 120% perbezaan harga tersebut.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my/1111. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi App Store atau Google Play. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pertama kali dalam sejarah, Amerika Syarikat (AS) mengalami cuaca sejuk luar biasa apabila angin dingin mencengkam tulang dari sekitar Kutub Utara merentasi majoriti bandar di AS bermula dari Dakota hingga New England. Fuh, tak dapat dibayangkan macam mana hendak lalui hari-hari apabila suhu sejuk menjunam sampai paras beku -48 darjah Celsius.
Menurut sumber Reuters, cuaca sejuk melampau yang jarang berlaku ini boleh mengancam nyawa dan dikenali sebagai vorteks kutub atau polar vortex. Disebabkan salji yang kian menebal dan ribut salji yang dikhabarkan bakal melanda, lebih 2, 700 penerbangan dibatalkan selain syarikat, premis perniagaan dan sekolah diarahkan tutup.
Bukan pemandangan biasa di AS
Lebih memburukkan, fenomena tersebut juga menyebabkan suhu boleh menurun sehingga -53 darjah Celsius dan mampu menyebabkan seseorang diserang ‘frostbite’ jika berada di tempat terbuka selama 10 minit!
Suhu paling sejuk pernah direkodkan di kebanyakan bandar di AS ini juga jauh lebih sejuk berbanding di puncak gunung Everest yang dianggarkan sekitar -35 darjah Celsius. Satu fenomena luar biasa dan berbahaya kepada puluhan juta rakyat AS.
Berdasarkan gambar yang tular di Internet juga menunjukkan Sungai Chicago menjadi separuh beku akibat Vorteks Kutub ini. Agensi Cuaca Kebangsaan AS dalam pada itu turut meramalkan Chicago merupakan bandar ketiga AS paling besar dijangka lebih sejuk berbanding beberapa bahagian di benua Antartika yang sedang mengalami pertengahan musim panas.
Keadaan Sungai Chicago yang separuh beku
Sekurang-kurangnya empat kematian dikaitkan dengan cuaca sejuk tersebut termasuk seorang lelaki maut akibat terperangkap dalam runtuhan salji. Juga, sepasang kekasih terkorban dalam kemalangan selepas kenderaan yang dinaiki terbabas di utara Indiana. Selain AS, Kanada turut terkena tempias fenomena Vorteks Kutub.
Para Saintis menegaskan perubahan iklim mendorong lebih banyak cuaca melampau terjadi dan Vorteks Kutub berlaku kerana pemanasan global yang semakin ketara di Kutub Utara.
Foto: Astro Awani, Berita Harian & Utusan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum, bulan Zulhijah merupakan bulan yang penuh barakah. Jika Ramadan dikenali kelebihannya dengan sepuluh malam terakhir kerana salah satu daripada hari itu terdapat Lailatulqadar, maka Zulhijah pula mempunyai kelebihan sepuluh hari terawalnya. Begitulah Maha Pemurah Allah SWT yang mengurniakan ruang yang luas untuk hamba mendekatkan diri kepada-Nya.
Pendakwah, Ustazah Asma’ Harun berkongsi kelebihan bulan Zulhijjah yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan ketakwaan dan pahala. Tambah Ustazah Asma’, beruntung bagi sesiapa yang menggunakan peluang istimewa ini untuk rebut ganjaran yang dijanjikan.Berikut adalah tarikh-tarikh penting dalam bulan Zulhijah yang perlu diberikan perhatian wanita bagi melipatgandakan pahala:
1 HINGGA 10 ZULHIJJAH 1444H / 20 – 29 JUN 2023
MEMPERBANYAK AMAL SOLEH
Subhanallah, besarnya ganjaran beramal soleh dalam bulan Zulhijah ini. Sehingga dinyatakan bahawa jika keluar berjihad ke jalan ALLAH sekalipun masih tidak dapat menandingi pahala beribadah pada 10 hari terawal bulan ini.
Gambar hiasan
9 ZULHIJJAH 1444h / 28 JUN 2023
PUASA SUNAT HARI ARAFAH
Amat rugi bagi sesiapa yang tidak berpuasa pada Hari Arafah bagi merebut ganjaran kerana ALLAH akan menghapuskan dosa-dosa kita setahun sebelum dan selepasnya.
Gambar hiasan
MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN
Ambil ibrah daripada peristiwa Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS yang tetap mengutamakan ALLAH walaupun terpaksa berkorban rasa kasih pada anak.
Menurut ahli fiqh, tasyrik adalah tiga hari setelah Hari Raya Aidiladha iaitu pada tanggal 11, 12, dan 13 Zulhijah.
Ia dinamakan tasyrik kerana pada hari tersebut daging-daging korban dipanaskan di bawah terik matahari.
Daripada Nubaisyah al-Hudzali RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
أَيَّامُ التَّشْرِيقِ أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرٍ لِلَّهِ
Maksudnya: “Hari Tasyrik adalah hari makan, minum, dan banyak mengingat ALLAH.” (HR Muslim, hadis sahih).
Sebagai umat Islam marilah kita merebut peluang meningkatkan amalan sekali gus memanfaat peluang yang ada pada bulan ini. Semoga Allah menerima segala amal ibadat yang dijalankan dengan penuh kusyuk dan tawadduk.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...