Rasa Mak Ajar Masak (RMAM) telah melabuhkan tirai pada 9 April yang lalu dengan perkongsian pelbagai resipi menarik oleh barisan selebriti tanah air. Program masakan sebanyak 22 episod berdurasi 30 minit ini telah disiarkan bermula 11 Mac lalu, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Astro Ria.
Memang istimewa program masakan Rasa Mak Ajar Masak kali ini kerana menampilkan 22 selebriti yang memasak bersama bonda tersayang dan berkongsi resipi tradisi keluarga. Masakan yang paling sedap tentunya masakan yang mak kita masak kan?
Penuh Gelagat Lucu Dan Ceria
Memang gamat dapur dengan pelbagai celoteh mereka sambil berkongsi cerita suka duka serta ketawa gembira yang menjadi kenangan setiap kali tibanya Ramadan. Masing-masing punyak cerita menarik yang tersendiri.
Pelbagai Resipi Menarik Turut Dikongsi
Paling best, rancangan ini dapat memberi idea kepada kita untuk memasak kerana ada 46 resipi yang telah dikongsi oleh mereka. Ada lauk pauk serta hidangan pencuci mulut yang boleh anda cuba di rumah.
Antara resipi yang dikongsi adalah Kari Ikan Merah, Rendang Maman Itik, Udang Goreng Berempah, Daging Bakar Danok, Kuih Kole Kacang, Pajeri Nanas, Asam Pedas Ikan Jenahak, Daging Masak Hitam, Bubur Cha Cha, Lepat Labu dan banyak lagi.
Sekiranya anda tengah rancang untuk buat rumah terbuka, boleh cuba menu Nasi Briyani BABA’S ni. Mudah dan sedap! Hanya guna Rempah Briyani BABA’S, hasilnya macam beli kat restoran. Pasti tetamu puji nanti. Nak resipi penuh, boleh tonton video di bawah. Selamat mencuba!
This website uses cookies.