Minggu lalu, Majlis persandingan anak pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau Shiera menjadi medan perhimpunan selebriti baru dan lama tanahair. Mana tidaknya, ramai rakan selebriti berkongsi kemeriahan majlis pernikahan dan persandingan Allisya Tahir bersama suami, Mohd. Zulhisyamuddin.

Ads

23 Jam Perjalanan Kanada-Kuala Lumpur, Azah Aziz Tempuh Perjalanan Jauh Demi Sahabat Baik!

Untuk rekod, Allisya Tahir merupakan anak sulung Sharifah Shahirah hasil perkongsian hidup bersama penyanyi kumpulan Black Dog Bone, Tahir Ali atau Jatt. Kelibat Jatt turut kelihatan di majlis pernikahan anaknya itu.

Tidak hanya mengumpulkan selebriti tanahair yang berada di dalam negara, kehadiran sahabat baik ibu pengantin Azah Aziz yang kini menetap di Kanada turut mencuri tumpuan. Mana tidaknya, biarpun dipisahkan beribu batu hingga perlu menaiki penerbangan sekitar 23 jam, pelakon itu tetap meluangkan masa menghadiri kenduri anak sahabat baiknya itu.

23 Jam Perjalanan Kanada-Kuala Lumpur, Azah Aziz Tempuh Perjalanan Jauh Demi Sahabat Baik!

Ads

Menurut Azah lagi,  sebelum ini dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan Shiera & Ijoy disebabkan hamil, jadi kali ini dia ‘menggantikannya’ dengan menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat baiknya itu.

Ads

23 Jam Perjalanan Kanada-Kuala Lumpur, Azah Aziz Tempuh Perjalanan Jauh Demi Sahabat Baik!

Itulah namanya kawan baik yang sanggup berbuat apa saja demi menggembirakan hari sahabatnya.  Inilah nilai persahabatan sebenar, saat susah dan senang! Semoga persahabatan yang terjalin di antara dua selebriti ini menjadi contoh untuk menjadi sahabat sejati! Bff forever!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI