Perindahkan diri anda dalam pilihan gaya baharu sempena sambutan Hari Raya ini dengan koleksi Neo Raya 2024 dari Isetan KLCC. Seiring dengan detik perayaan Aidilfitri yang bakal tiba, Isetan KLCC dengan bangganya mempersembahkan Neo Raya, sebuah koleksi kompilasi fesyen dan gaya hidup yang bersimfonikan tradisi dalam sentuhan serba baharu dan moden.
Bukan sekadar kempen, Neo Raya ialah satu revolusi fesyen yang mengangkat naratif kesegaran dan gaya yang berfikiran ke hadapan, berbanding dengan kempen tahun lalu yang bermotifkan flora. Neo Raya merupakan sebuah lembaran fesyen baharu yang disulam dengan inovasi namun masih berteraskan bebenang tradisi. Untuk tahun 2024, terdapat lebih daripada 25 koleksi Hari Raya yang diketengahkan oleh rangkaian jenama hebat tempatan. Bermula 1 Mac sehingga 14 April, bersedialah untuk terpesona dengan koleksi yang mampu mendefinisikan semula fesyen perayaan.
Kempen ini diserikan oleh barisan jenama-jenama terkenal yang berkembang seiring dengan keutuhan Isetan KLCC, termasuklah Naelofar, Ameera Zaini, Mimpi Kita, Larney, Rico Rinaldi, Variante, Tuan by Tengku Kery, NAWY, Petit Moi, Umbi Kids dan banyak lagi. Setiap jenama unggul ini mengetengahkan koleksi Raya terkini dan eksklusif untuk wanita, jejaka dan tidak ketinggalan juga untuk si kecil.
Memandangkan permintaan terhadap pilihan baju Raya istimewa kekal tinggi saban tahun, Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC secara eksklusif membawa kembali jenama-jenama tamu yang sering menjadi kesukaan para pelanggan semasa kempen Raya berlangsung. Antara jenama terbaik yang kembali memeriahkan kempen Neo Raya ialah PETRA, Fuzana Mokhtaza, KREE, Putih, Cakenis, Amber, NADA, Kissah, Eloque, Thea KL dan pelbagai lagi.
Pengurus Besar merangkap Pengarah Jualan dan Barang Dagangan Isetan KLCC, Encik Kenishiro Asako berkata, “Misi utama kami adalah untuk mengangkat Bahagian Jualan Pakaian Wanita Isetan KLCC sebagai satu hub fesyen yang unggul melalui pilihan gaya yang pelbagai, lantas memberi satu definisi baharu kepada destinasi membeli-belah. Kempen Neo Raya 2024 merayakan warisan lampau yang diberi sentuhan kontemporari bagi memastikan setiap busana mencipta memori Raya yang terindah.”
Terdapat lebih banyak acara promosi menarik menanti pelanggan Isetan KLCC semasa kempen ini berlangsung. Antaranya ialah Majlis Berbuka Puasa (Iftar) di The Oriental Park, Isetan KLCC untuk 20 pelanggan Isetan KLCC dengan nilai pembelian tertinggi serta Peraduan Beli & Menang di mana pelanggan berpeluang memenangi SMEG Toaster bernilai RM1500 dengan pembelian minimum RM500 dan ke atas di Bahagian Jualan Pakaian Wanita.
Selain itu, pelanggan yang membelanjakan minimum RM800 secara keseluruhan pada hari yang sama akan menerima beg tote edisi terhad Isetan X Mimpi Kita sambil mereka juga boleh menebus sampul duit raya edisi khas Neo Raya. Semua promosi ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 31 Mac 2024.
Sertai kami di Isetan KLCC dan perindahkan diri anda dengan koleksi Hari Raya yang eksklusif. Neo Raya 2024 bukan sekadar kempen— ianya ialah pengalaman membeli-belah dengan pilihan yang serba baharu, unik dan terbaik. Mari raikan Hari Raya ini dengan penuh bergaya bersama Neo Raya.
This website uses cookies.