Apabila sudah nekad untuk mengamalkan diet yang sihat menjelang tahun baru ini, anda tidak seharusnya menyekat pemakanan seharian. Dalam diet yang sihat perlu mengambil pemakanan seperti biasa cuma kuantitinya yang perlu dikawal.

Ads

25 Tip Diet Yang WAJIB Buat Kalau Nak Turun Berat Badan Dengan Cepat

Minggu demi minggu mengamalkan langkah demi langkah pengambilan makanan yang sihat. Pakar Pemakanan menyarankan agar menurunkan 1,300 kalori sehari buat permulaan. Jangan makan lewat malam dan amal pengambilan makanan yang penuh nutrisi mengikut keperluan diri.

Ads

25 Tip Diet Yang WAJIB Buat Kalau Nak Turun Berat Badan Dengan Cepat

Ads
  1. Segelas jus oren mengandungi sedikit sari buah dan tidak mempunyai fiber daripada oren. Manakala jika makan sebiji buah keseluruhan nutrisi buah dapat dinikmati.
  2. Ayam ditumis dengan sedikit minyak lebih sihat daripada ayam goreng dalam minyak yang penuh. Bagi menambah rasa, tumis sekali sayur-sayuran pelbagai warna. Tentu enak dan menyelerakan.
  3. Membeli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan di pasar basah atau kedai runcit lebih segar berbanding dengan produk import. Produk segar daripada ladang lebih kaya khasiat dan vitamin serta mineralnya.
  4. Makan anggur yang telah mengalami proses sejuk beku boleh membantu mengurangkan kalori jika dibandingkan dengan buah yang telah dijadikan ais krim (popsicle). Ditambah pula dengan gula popsicle dan gula semula jadi anggur!
  5. Beras perang mengandungi kurang kanji berbanding beras putih. Mengawal pengambilan nasi boleh membantu mengurangkan berat badan.
  6. Jika sudah biasa menggunakan mentega sebagai lepa di atas roti cuba ubah menggunakan buah avokado. Pasti lebih sihat dan yang penting tidak mengandungi lemak.
  7. Bagi melengkapkan sarapan yang penuh khasiat ambil telur rebus bagi menikmati khasiat protein. Telur goreng? Cuba elak mengambil minyak di pagi hari.
  8. Lebih elok mengambil sumber kekacang berbanding mentega kacang. Ini kerana mentega kacang mengandungi lebih lemak dan gula berbanding kacang.
  9. Setiap hari mengambil bagel (354 kalori) ketika sarapan dan kini sudah tiba masa untuk tukar kepada roti panggang (164 kalori). Elak disapu dengan mentega namun boleh ditambah dengan satu sudu teh madu (64 kalori) atau setengah cawan keju kotej (90 kalori).
  10. Kopi ais kisar biasanya akan ditambah dengan susu penuh krim dan krim. Ada juga yang ditambah dengan manisan daripada buah-buahan yang diawet. Kandungan kalori yang terdapat dalam kopi ais jenis ini adalah 370 kalori dan 15 gram lemak. Manakala kopi biasa tidak mengandungi kalori tetapi ditambah dengan krim (24 kalori per satu sudu teh) dan gula (16 kalori per satu sudu teh).
  11. Omelettes biasanya menggunakan 2 biji telur dan sebiji telur mengandungi 75 kalori dan 5 gram lemak. Manakala putih telur sahaja hanya mengandungi 16 kalori dan tidak mengandungi lemak.
  12. 280 gram hidangan sup krim brokoli mengandungi 160 kalori dan 9 gram lemak. Manakala sup ayam bersama mi mengandungi 110 kalori dan 2 gram lemak dalam kuantiti hidangan yang sama.
  13. Jika biasanya anda mengambil daging dua kali seminggu cuba ganti dengan ikan. 75 gram stik daging mengandungi 230 kalori dan 14 gram lemak berbanding dengan hanya 80 kalori dan 1 gram lemak pada ikan kod bakar dalam kuantiti hidangan yang sama.
  14. Inginkan sesuatu yang manis? Makan satu cawan ais krim perisa strawberi mengandungi 500 kalori dan 16 gram lemak. Apa kata tukar dengan satu cawan buah strawberi yang hanya mengandungi 56 kalori sahaja. Boleh cicah dengan ¼ cawan krim dengan ekstra 30 kalori dan 2 gram lemak.
  15. Roti yang berinti 6 inci bebola daging mengandungi 580 kalori dan 24 gram lemak. Manakala roti yang berintikan dada ayam hanya mengandungi 280 kalori. Sayur-sayuran yang diletak di dalam roti mengandungi 230 kalori dan 3 gram lemak.
  16. Tukar pengambilan satu tin air karbonat setiap hari dengan segelas air putih yang ditambah dengan hirisan lemon, timun dan daun pudina untuk rasa yang lebih segar. Menukar minuman ini anda boleh ‘jimat’ sebanyak 140 kalori.
  17. Pemakanan roti putih dengan banyak menyebabkan tubuh kita menghasilkan gula dalam darah (indeks glikemik yang tinggi). Manakala roti gandum penuh tidak menggunakan tepung putih yang telah melalui berbagai proses pengurangan nutrien yang dipanggil bleech.
  18. Kandungan garam dan serbuk perisa yang terdapat di dalam yang telah bersalut sukar ditafsirkan. Lebih baik ambil kekacang tanpa ditambah sebarang sumber asing.
  19. Tukar coklat panas dihidangkan bersama susu penuh krim serta ditambah pula krim yang manis kepada coklat panas dengan susu rendah lemak.
  20. Penukaran air karbonat kepada air putih boleh mengurangkan kalori sebanyak 140 kalori.
  21. Cara yang mudah untuk mengurangkan kalori adalah menukar susu kepada susu rendah lemak. 225 gram susu penuh krim mengandungi 146 kalori berbanding susu rendah lemak hanya 83 kalori.
  22. Jika setiap hari minum air kola cuba tukar kepada jus buah-buahan. Jus buah berkhasiat lebih-lebih lagi jika berserat.
  23. Tuna yang ditinkan bersama air mengandungi kandungan kalori sebanyak 190 kalori. Manakala tuna yang ditinkan bersama minyak mengandungi 340 kalori.
  24. Kandungan gula yang tinggi pada bijirin yang bersalut gula ini patut diletak tepi. Cuba ambil biji-bijiran daripada sumber yang asli atau tidak bersalut terutama dengan gula.
  25. Yogurt greek mempunyai nilai protein dua kali ganda lebih daripada yogurt biasa. Bagi menambah lagi nutrisi masuk buah-buah yang kaya dengan antioksida dan fiber.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI