Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Apabila seseorang itu bergelar selebriti atau public figure, secara tidak langsung ahli keluarga mahupun anak-anak mereka turut terkena tempias dunia glamor. Kalau lihat kehidupan selebriti luar negara khususnya di Hollywood, memang agak menakutkan. Setiap hari gerak-geri mereka diperhatikan ‘paparazzi’ yang dahagakan foto-foto eksklusif bintang terkenal termasuk ahli keluarganya.
Meskipun di Malaysia senario tersebut tidak berlaku kepada anak seni namun insan terdekat dengan artis berkenaan seperti isteri, suami, adik-beradik dan anak-anak
pasti akan menjadi perhatian khalayak. Tidak kira sama ada suka atau tidak, rata-rata peminat sudah tentu ingin mengenali ahli keluarga selebriti kesayangan mereka secara lebih dekat. Ada di antaranya yang mengikut jejak langkah ibu atau bapa mereka. Tidak kurang juga yang selesa untuk tidak menceburi dunia glamor.
Itulah yang berlaku kepada tiga wanita cantik yang juga merupakan anak kepada selebriti terkenal tanah air ini. Disebabkan populariti ibu bapa, sedikit sebanyak rutin kehidupan dan latar belakang mereka diketahui masyarakat. Lebih-lebih lagi ketiga-tiga anak selebriti ini memiliki raut wajah yang cantik dan kerjaya yang baik. Confirm ramai yang ternanti-nantikan perkembangan mereka.
DR PUTERI JULIA NABILAH – ANAK DATO’ ZIELA JALIL
Salah seorangnya ialah puteri sulung kepada pengarah terkemuka, Dato’ Ziela Jalil iaitu Dr Puteri Julia Nabilah. Mewarisi kecantikan ibu tersayang, figura ini mula menjadi bualan apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan perubatan sekaligus melayakkannya membawa gelaran doktor.
Berusia 27 tahun, Dr Puteri Julia adalah seorang wanita Melayu yang sarat dengan kesantunan dan pintar. Pada 1 Julai 2018, Dr Puteri Julia mendirikan rumah tangga bersama Dziya Faqhran. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak perempuan comel yang dilahirkan pada 14 Jun tahun lalu diberi nama Tun Alayna Zeeya.
NUR ALYA IMAN – ANAK ALLAHYARHAM AZMIL MUSTAPHA
Wajahnya sering menghiasi kempen fesyen dan drama di kaca televisyen tetapi tidak ramai yang mengetahui bahawa Nur Alya Iman Mohd Azmil ini merupakan anak kepada pelakon lelaki terkenal era 80an iaitu Allahyarham Azmil Mustapha. Alya kini berusia 19 tahun dan mula berjinak-jinak dengan bidang peragaan sejak berumur 13 tahun.
MARISSA DANIA HAKIM – ANAK NORMAN HAKIM & ABBY ABADI
Masih hangat dengan isu viral tentang kecantikan yang dimiliki, anak gadis kepada Norman Hakim dan Abby Abadi ini memang lawa orangnya. Baru berusia 15 tahun, perwatakan Marissa Dania yang bertudung litup dan pemalu serta dikurniakan kulit putih kemerah-merahan ini berjaya mencuri tumpuan pelbagai pihak.
Malah, sejak fotonya bertebaran di media sosial, Norman turut mengakui menerima banyak mesej daripada jejaka yang menyimpan hasrat untuk menyunting anak gadisnya itu. Sampai begitu sekali ‘tarikan’ Marissa! Selain Marissa, Abby dan Norman turut mempunyai dua cahaya mata iaitu Mohammed Danish Hakim, 17 tahun dan Maria Danisha Hakim, 12 tahun. Abby kini bahagia bersama suami, Muhammad Faizal Zakaria atau Jaiezzany sementara Norman pula hidup bahagia di samping pelakon Memey Suhaiza.
This website uses cookies.