Seluar denim dengan pinggang tinggi dan longgar di bahagian bawah turut dikenali sebagai ‘mom jeans’. Ia kembali menjadi trend terkini.
Sebenarnya, seluar jenis ini sudah menjadi trending pada akhir 80-an hingga awal 90-an. Ia dipanggil ‘mom jeans’ kerana popular di kalangan ibu muda pada zaman itu. Antara ciri-ciri potongan ‘mom jeans’ ialah mempunyai pinggang tinggi dan kaki lebar.
Berikut 3 cara untuk suai padan ‘mom jeans’ agar penampilan kelihatan lebih trendy walaupun bergelar ibu.
PADANKAN DENGAN CROP TOP
Top jenis ini kini trending yang hadir dalam bentuk tank top, kemeja-T berpotongan, atau bolero. Reka bentuk crop top yang menampakkan bahagian tengah (tengah perut) sebati dengan ‘mom jeans’ berpotongan tinggi.
Anda juga boleh gabungkan ‘mom jeans’ dengan tank top dan bolero yang jatuh tepat di atas garisan seluar untuk memberikan siluet kaki panjang. Pun begitu, jika anda mahukan penampilan yang lebih menarik, gabungkan ‘mom jeans’ dengan tank top
atau tube top, dan blazer berwarna terang.KASUT BUT
Seluar ‘mom jeans’ potongan longgar akan kelihatan lebih menarik apabila digabungkan dengan ksaut jenis but. Walaupun memakai but, kaki tidak akan kelihatan pendek.
Satu lagi cara yang tidak kurang menariknya, boleh padankan ‘mom jeans’ dengan but berwarna cerah. Penampilan ini akan memberikan kesan sporty dan segar. Jika ingin kelihatan bergaya, boleh padankan dengan kasut tumit tinggi.
LIPAT/SINSING SEDIKIT KAKI SELUAR
Walaupun selesa adakalanya ia menutup kecantikan kasut anda. Lipat atau sinsing sedikit bahagian tepi seluar untuk menampakkan kasut yang dipakai dan tidak membuatkan bahagian badan anda tenggelam.
Anda juga boleh memakai tali pinggang cantik yang bukan sahaja estetik bahkan dapat mengekalkan seluar sepanjang hari.
Sumber: www.femina.co
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
This website uses cookies.