Walaupun baru tiga hari Hanis Zalikha ‘hilang’ dari radar Instagram tapi bagi pengikut setianya, ia satu tempoh yang sangat panjang. Memandangkan selebriti ini kerap berkongsi tip dan info menarik berkaitan pemakanan si kecil, dunia masakan, fesyen dan dekorasi rumah.. tak hairanlah IG Hanis sering menjadi rujukan ramai. Sampaikan ada yang rasa tak keruan bila tak dapat tengok telatah Yusof dan aktiviti harian isteri kepada Hairul Azreen tersebut setiap hari.
Rentetan posting Hanis yang seakan mahu ‘hilang’ dari IG tiga hari lalu, ada yang mula membuat tanggapan bahawa usahawan ini sedang berbadan dua. Hakikatnya, ia tidak seperti yang disangka sebaliknya hanya Hanis saja tahu kenapa dia berbuat demikian. Dan yang pasti, Hanis kembali dengan semangat baru!
“Alaaaaaaaa ni Keknis ada balik ni. Terharu tengok respon post lepas, terasa keberadaan & sharing Keknis di sini lebih bermakna. I love you guys!!! Anyway, puasa beberapa hari dari sosial media sangat memberangsangkan, that’s why there are times I go off for a week or two.
Sebabnya bila buat sesuatu perkara tu kita boleh jadi lebih fokus dan kreatif. Especially main dengan anak ni kenalah kreatif kita mak-mak ni kan. Sebab diorang ni geliga betul. But I realised that when we are on our phone most of the time, our ideas are limited.
Macam tak banyak berimaginasi dan jana minda. Padahal elemen tu penting untuk playtime Yusuf. So inilah Less Is More dari pandangan Keknis. Sesuatu perkata tu, kalau kita kurangkan, tak semestinya tak bagus.”
Sekarang Nona dah faham, apa yang cuba dilakukan Hanis sebenarnya adalah demi kebaikan diri dan keluarga tersayang. Bila terlalu asyik dengan media sosial, pastinya kita sebagai isteri dan ibu.. secara tak sedar telah mengabaikan kehidupan suami dan anak-anak. Bahkan, daya kreativiti dan tumpuan juga mudah terganggu sebab leka ‘mengintai’ kehidupan insan lain di alam maya.
Apa-apa pun, good job Hanis! Teruskan memberi suntikan inspirasi kepada semua wanita.
This website uses cookies.