Mata adalah jendela hati. Dengan memiliki mata yang sihat, kita mampu melakukan apa saja aktiviti. Namun ada saatnya jika mata bermasalah disebabkan kurangnya perhatian kita dalam menjaga kesihatan mata.
Bekerja seharian di depan komputer atau bekerja pada lingkungan kerja yang berdebu punca masalah serius pada mata. Apatah lagi jika terlalu sibuk sehingga kurang rehat pada malam hari, mata pun akan semakin lesu dan berisiko dijangkiti penyakit.
Kembalikan kesegaran mata yang bersinar dan sihat dengan rawatan hanya dari rumah ini. Yang pasti, lebih mudah, murah dan tidak membahayakan.
Ads
3 TIP MUDAH MENJAGA KESIHATAN MATA
Ads
Putih telur
Bagi yang sering mengalami mata lesu, cuba sapu putih telur dan memicit ringan selama beberapa minit. Sesudah itu bilas menggunakan air bersih. Urutan dengan menggunakan putih telur terbukti berkesan untuk membuat mata lebih bermaya sekali gus menegangkan kulit di sekitar kelopak mata.
Ads
Teh chamomile
Teh chamomile sangat efektif untuk mengatasi lingkaran hitam yang ada di sekitar mata. Salah satu punca lingkaran hitam di bahagian mata adalah disebabkan kurang rehat. Basahkan sedikit uncang teh dan tekap di bahagian mata bermasalah.
Kentang
Parut kentang lalu masukkan ke dalam kain nipis. Balut kemas parutan kentang tadi untuk di tuam di sekitar kelopak mata. Ia membantu menyembuhkan mata bengkak mahu pun mata yang kepenatan. Selain itu, parutan kentang juga mampu mengatasi mata yang pedih dan kemerahan. Ada juga yang memotong kentang berbentuk bulat dan diletakkan di atas mata. Sama seperti kaedah merawat mata menggunakan timun yang sering kita lihat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sedari sejak dulu lagi, isu buang tuala wanita dah timbul dan rata-rata wanita masih lagi mempunyai pemahaman bahawa ia wajib dibasuh sebelum dibuang. Kalau darah tak dibasuh, kononnya nanti akan dijilat syaitan atau jin. Betul ke?
Sebelum kepala migrain memikirkan yang bukan-bukan, mari Nona betulkan dulu fakta kesihatan seperti yang dikongsi oleh Unilavender ni.
Mengikut kajian yang didedahkan oleh Unilavender, tuala wanita sepatutnya ditukar setiap 2 jam kerana di situ mudah berlakunya pembiakan bakteria. Tahukah anda, bilangan bakteria bertambah 107 kali ganda pada setiap milimeter persegi?
Sekarang bayangkan jika tuala wanita dipakai dalam jangka masa panjang. Bukan timbul risiko kebocoran je, tapi lebih menakutkan kalau bakteria yang membiak di tuala wanita menjejaskan kesihatan kita.
Tambah-tambah kalau pakai tuala wanita murah dan tak berkualiti. Kulit mulalah gatal-gatal atau lebih teruk, jangkitan pada bahagian intim akibat tuala wanita tu.
Mengikut statistik di Malaysia, kanser serviks merupakan pembunuh No. 2 wanita dan jangkitan saluran kencing adalah jenis penyakit berjangkit paling berleluasa di kalangan wanita negara ini. Hmmm… seramnya!
MITOS TUALA WANITA
(a) Dalil Basuh Sebelum Dibuang
Kita lihat semula dari sudut agama. Kita diajar supaya apabila pakaian terkena darah haid, haruslah dibasuh atau dikeruk sehingga hilang darah tersebut dan boleh pula dipakai untuk solat.
Ini kerana darah haid termasuk benda najis, berdasarkan hadis dari Asma’ Binti Abi Bakr, bahawa Nabi bersabda tentang darah haid yang mengenai pakaian.
Ertinya: Hendaklah (perempuan itu) mengeriknya (darah haid tersebut) kemudian menggosoknya dengan air kemudian mencucinya, kemudian ia (boleh) solat dengan kainnya itu. (Hadis Bukhari dan Muslim)
Dalil yang menunjukkan hal ini, beliau berkata, “Seorang wanita pernah mendatangi Nabi SAW kemudian berkata, “Di antara kami ada yang bajunya terkena darah haid. Apa yang harus kami lakukan?”
Baginda Rasulullah menjawab, “Gosok dan keriklah pakaian tersebut dengan air, lalu percikilah. Kemudian solatlah dengannya.”
Orang dulu-dulu memang pakai kain. Mana ada tuala wanita atau tampon pada zaman itu. Jadi untuk digunakan semula, perlulah basuh terlebih dahulu kain tersebut.
Dan kebanyakan mereka juga mungkin ada kekangan dalam bilangan baju. Bukan macam kita yang ‘sealmari’ bajunya. Jadi bila baju terkena darah, kenalah cuci bagi bersih sebab darah haid adalah najis.
Tuala wanita jenis kain
(b) Tak Perlu Basuh Jika Tuala Wanita
Dan ulama’ juga berpendapat, adapun kalau tuala pakai buang yang tak digunakan semula, TIDAK PERLU basuh. Cukuplah dibuang dengan baik atau ditanam.
Jika tak dapat tanam, buang dengan teratur. Kalau di asrama, adik-adik pakai la bekas RENTOKIL yang ada tu. Bukan letak kat tepi pintu tandas, flush dalam toilet bowl atau buang di sinki.
Sama jugalah macam bayi yang buang air besar atas lampin pakai buang, kita cuci dulu ke najis tu sebelum buang? Tak kan? Tapi kalau pakai cloth diaper, kita akan cuci sebab nak pakai semula.
(c) Jangan Mereka-Reka Khurafat
Pasal hantu la jin la dok jilat, kome dapat mana nih? Cerita-cerita dari Mastika? Itu la banyak sangat tengok cerita hantu.
Kalau dah elok dibuang dengan baik, takde apa hal pun. Tawakal dan baca Bismillah. Allah yang cipta darah kotor tu, dan kita bertanggungjawab jaga dengan membuangnya dengan baik dan tak main campak aje.
Tapi usahlah memberat-beratkan. Tiada dalil, tiada nas. Guna pakailah jumhur ulama’ punya pandangan ye.
Termasuk dalam kepercayaan khurafat wanita yang beranggapan kain tuala wanita yang dipenuhi darah haid, hendaklah terlebih dahulu dibersihkan sebelum dibuang.
Kononnya untuk mengelak dari dimakan syaitan dan seumpamanya. Kepercayaan ini adalah karut dan bertentangan dengan apa yang dilakukan di kalangan para wanita di zaman Nabi SAW.
Jadi dah terjawab ke mitos ni? Kalau rasa nak basuh, boleh je basuh. Tapi jangan pula jatuhkan hukum macam-macam sebab ia takde nas dan dalil.
Nah, padu sungguh perkongsian Coach Salwa Saleh (klik sini) tentang mitos tuala wanita kotor!
PILIH YANG BERKUALITI
Tuala wanita merupakan rakan karib kita setiap bulan. Ada yang mengalami haid seawal usia 11 tahun dan ia dipakai hinggalah seseorang itu menopaus sekitar usia 50 tahun. Jadi penggunaan tuala wanita yang berkualiti tinggi sangat penting demi menjaga kebersihan dan kesihatan kita.
Nona tertarik dengan tuala wanita Lavender yang dihasilkan oleh Unilavender ni. Pertama kali tengok di pasar raya AEON, kemudian baru tau dah banyak wanita guna sebab bermanfaat sangat-sangat. Rupanya viral di Lazada, Shopee, Go Shop dan macam-macam kedai online lagi.
Kalau nak senaraikan keistimewaannya, sampai esok pun tak habis. Untuk kaum wanita yang pentingkan penjagaan bahagian sulit tu, memang elok sangat-sangatlah pakai tuala wanita Lavender ni, sebab yang kenalkan pada Nona pun seorang doktor berpengalaman iaitu Dr Mohd Rizal Rias (klik sini).
Lepas tau ilmu ni, kita kenalah amalkan pemakaian tuala wanita yang baik ya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penjualan produk kosmetik palsu kini semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu, ramai peniaga yang menjualnya di pasaran terbuka serta secara online.
Dengan menabur janji 100% copy ori, murah dan macam-macam lagi, pelbagai taktik digunakan bagi melariskan barangan.
Beauty of Girls
Apa yang tidak anda sedari, adalah risiko terhadap pemakaian kosmetik palsu contohnya yang berjenama Huda, Kylie, Benefit, MAC, Tarte serta sebagainya.
Dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu, sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing, malah najis tikus telah ditemui.
Bdnews24.com
Paras toksin dalam sesetengah produk ini juga dikatakan boleh mencetuskan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan (infertiliti).
Pengalaman ngeri yang terjadi kepada blogger kecantikan dan pencinta mekap ini selepas mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk penggaris mata palsu patut dijadikan iktibar buat semua wanita.
Memetik kata-kata Zaira Soriano dari Filipina, dia mula mengalami gatal-gatal dan bengkak yang teruk di garisan matanya kira-kira 3 jam selepas memakai fake eyeliner yang dibeli.
Peristiwa itu membuatkan dia serik untuk membeli produk palsu. Zaira juga giat menguar-uarkan kepada pengikut Facebooknya agar tidak terpengaruh untuk membeli produk kosmetik murah sepertinya.
Nona harapkan agar wanita-wanita yang gemar bermekap agar sentiasa memilih produk mekap yang tulen dan sah di kaunter kecantikan. Jangan mudah terpedaya dengan fake cosmetics kerana kita tidak mempunyai dua wajah untuk disalin-salin jika rosak!
Musim Piala Dunia 2022 yang kini sedang berlangsung di Qatar sudah hampir ke kemuncaknya. Satu-satunya negara Islam yang layak ke pusingan saparuh akhir buat pertama kali, Maghribi ternyata mengejutkan dunia selepas menewaskan Portugal dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Sabtu lalu sekali gus menempah tempat ke separuh akhir menentang pasukan Perancis hari ini.
Salain kemanisan kemenangan tersebut, pemain pertahanan skuad bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi yang menjadi tonggak pasukannya yang berjaya menewaskan Portugal dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Sabtu lalu turut tular, bukan sekadar kehebatannya di padang tetapi rupanya memiliki seorang isteri yang cukup cantik. Hiba turut muncul dalam majalah Vogue Arabia keluaran Oktober lalu bersama suaminya.
Inilah Hiba Abouk, seorang aktres yang digelar antara aktres paling cantik di dunia lapor Daily Mail. Achraf berkenalan dengan isterinya yang dikenali sebagai Hiba Abouk, 36 tahun ketika berada di Jerman pada 2018. Ketika itu, pemain berkenaan bermain untuk kelab tempatan, Borussia Dortmund.
Hiba berketurunan Tunisia dan Libya. Perkahwinan mereka berlangsung pada 2020 tetapi Hiba sudah berjaya membina kerja untuk dirinya dalam bidang lakonan, manakala hubungan mereka terbina atas perasaan kagum dan saling hormat menghormati, walaupun usianya lebih 12 tahun dari Achraf.
Pasangan romantis tersebut dikurniakan dua anak lelaki. Hiba merupakan anak bongsu dari empat adik beradik malah dia juga mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Sepanyol, Arab, Perancis, Inggeris dan Itali.
Nama Hiba juga kian terkenal selepas melakonkan watak utama Fatima dalam rancangan TV Sepanyol El Principe pada 2014. Drama bersiri jenayah itu ditonton lebih lima juta penonton. melambung tinggi. Pada tahun yang sama, dia muncul sebagai ikon kecantikan wanita di Cosmopolitan Beauty Awards. Hiba kini mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagramnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!