Fesyen

3 Jenis BEG TANGAN Ni Confirm Buat Tetamu Terpukau Bila Hadiri Majlis Kahwin!

Wanita dan beg tangan memang tak dapat dipisahkan. Ke mana saja pergi, item inilah yang menjadi peneman setia sepanjang masa. Sekalipun ada koleksi beg yang menjadi kegemaran.. tetapi sebagai wanita masa kini yang mementingkan penampilan, anda disaran agar tidak memakai beg tangan yang sama setiap hari.

Di samping menjaga kualiti beg tangan daripada cepat lusuh dan rosak, penggayaan beg yang berbeza setiap minggu misalnya pasti menimbulkan mood dan aura luar biasa kepada si pemakai. Terutamanya apabila menghadiri majlis keraian seperti resepsi perkahwinan. Imej kena jaga wahai wanita!

Salah satu perkara yang perlu diambil kira jika mahu kelihatan cantik from head to toe ketika menghadiri majlis perkahwinan adalah pemilihan beg tangan yang sesuai. Ini triknya!

  1. Crossbody

Crossbody atau lebih dikenali beg silang mempunyai tali beg lebih panjang dan dipakai sama ada secara bersilang mahupun diletak di sisi bahu. Meskipun kebiasaannya bersaiz kecil tapi ia juga hadir dalam saiz besar. Antara sebab kenapa crossbody

menjadi pilihan ketika menghadiri majlis kahwin adalah kerana ia senang dibawa dan tangan anda bebas daripada perlu memegang tali beg tangan.

  1. Clutch

Clutch merupakan salah satu pilihan beg tangan kegemaran ramai wanita tatkala pergi ke jemputan kahwin. Selain saiznya yang kecil dan tidak perlu membawa banyak barang, clutch juga dilihat sangat padan digayakan bersama persalinan tradisi yang anggun dan glamor.

  1. Tote bag

Lazimnya beg tangan jenis tote ini hadir dalam bentuk segi empat dan lebar. Beg tote diperbuat daripada bermacam-macam material

. Ada yang diperbuat daripada fabrik, kulit, kanvas dan juga nylon.

Berminat untuk memiliki salah satu atau ketiga-tiga jenis beg tangan versatil tersebut, bolehlah beli di LovebiteMY. Kini ada promo sempena Hari Wanita. Jangan lupa gunakan kod promo 38WOMENDAY hanya sehingga 8 Mac 2019. Klik sini untuk lihat:

 

 

 

Share
Published by
Suzi