Memiliki kulit gebu dan mulus menjadi dambaan ramai wanita. Ada yang dikurniakan kulit cantik tanpa masalah sejak meniti usia remaja dan ada juga yang terpaksa menjalani pelbagai jenis rawatan bagi memelihara kesihatan kulit mereka. Apa yang pasti, jika aspek kebersihan tidak dititikberatkan kulit yang cantik tanpa masalah pun boleh terdedah kepada pembentukan jerawat, jeragat dan bermacam-macam lagi permasalahan kulit.
Ads
Ekstrak bahan semula jadi yang terkandung dalam sesuatu tumbuhan dipercayai sangat berkesan untuk mengawal masalah kulit. Pokok lidah buaya misalnya sudah begitu sinonim digunakan untuk kecantikan kulit. Selain mengamalkan petua lidah buaya, ramuan buah limau nipis juga penuh dengan manfaat untuk kesihatan kulit wajah.
1. CEGAH JERAWAT DENGAN PETUA LIMAU NIPIS
Ambil limau nipis dan perah airnya. Cukupkan sehingga sesudu teh.
Campur air limau nipis tadi bersama sesudu teh madu dan sebiji putih telur.
Oleskan pada wajah dan biarkan selama 30 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
2. MENGECILKAN LIANG PORI & KURANGKAN MINYAK
Ads
Potong limau nipis menjadi dua atau beberapa bahagian.
Lalu gosokkan pada wajah perlahan-lahan, terutama pada bahagian hidung dan pipi yang mempunyai liang pori lebih besar.
Biarkan selama 15 minit.
Kemudian, bilas dengan air dingin.
Ads
3. CEGAH KEDUT
Hiris limau nipis, lalu perah untuk diambil airnya.
Tambahkan 1 sudu makan, minyak kayu putih.
Tambahkan seperempat sudu kapur sirih.
Adun hingga rata.
Oleskannya sebagai bedak wajah setiap malam.
Cuci dengan air bersih
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Melalui rutin harian yang memenatkan, oh alangkah segarnya kalau dapat berehat di spa untuk memanjakan badan. Terbayang tab mandian berisi air hangat, dalamnya ditaburi kelopak bunga serta ramuan semula jadi pelembut kulit, sungguh nyaman!
Sayangnya bagi wanita berkerjaya atau yang sibuk menguruskan keluarga, peluang ‘me time’ begini tidak datang selalu. Maklumlah bukan mudah mengimbangi tanggungjawab harian dengan keperluan diri sendiri, terkejar-kejar dibuatnya.
Kini memanjakan tubuh di spa bukan suatu kemestian. Nikmati faedah mandian ini di rumah dengan efek relaksasi seperti di spa, selain memelihara kecantikan dan menggebukan kulit dalam satu masa.
Cara-caranya:
(1) Lakukan transformasi kreatif dalam tata hias bilik mandi. Wujudkan elemen alam dengan peletakan tumbuhan hijau, batu-batu sungai, bakul rotan dan lilin aromaterapi di sudut-sudut terpilih.
(2) Jika tidak mempunyai tab mandi, pasangkan paip pancuran ala air hujan. Kini titisan air pancuran juga mempunyai pelbagai ragam, maka pilihlah tetapan agak kuat untuk mengurut badan kita yang lesu.
(3) Akhir sekali, pilih produk mandian harum yang berfungsi seperti perawatan di spa iaitu membersih dan melembapkan kulit. Pilihan Nona, tentu sekali produk baru Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower ini.
Nah, mudahkan? 3 cara ini dijamin berkesan untuk menenangkan fikiran, menyegarkan tubuh badan dan mengembalikan kelembutan kulit secara keseluruhan. Paling mengujakan, penggunaan Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower tu diilhamkan daripada rutin kecantikan ringkas Jepun. Hanya dengan satu langkah, ia mampu membersih & melembapkan wajah dan badan semasa mandi.
Bercakap tentang kecantikan orang Jepun, tiba-tiba terus teringat sejenis kuih Jepun yang dipanggil mochi. Rasanya sangat sedap, bentuk bulat-bulat tapi anjal, lembut dan gebu bila disentuh. Semua perempuan mengidamkan kulit macam ni, macam mochi!
Patutlah SHOKUBUTSU lancarkan produk MOCHI HADA. Berbeza daripada produk mandian biasa yang sekadar membersihkan kulit, produk baru ini mampu mengunci kelembapan kulit sekali gus mengembalikan keserian dan keremajaan melalui teknologi Moisture-Lock yang memerangkap lembapan sedia ada di dalam kulit. Dengan itu, molekul-molekul air akan ‘terkunci’ di dalam kulit dan ini akan mengekalkan hidrasi kulit wajah dan badan dengan efisien.
Cegah Kekeringan Kulit
Pengabaian untuk menjaga kulit badan menyebabkan proses penuaan berlaku dengan lebih cepat berbanding dengan kulit wajah kita. Selain itu, faktor usia juga mengurangkan kandungan lembapan di bawah lapisan kulit dan mempercepatkan lagi proses penuaan kulit. Kombinasi perubahan cuaca dan peningkatan usia turut merangsang pengurangan kandungan minyak di bawah kulit.
Jadi sebelum kulit menjadi terlalu kering, kita perlu mencari jalan untuk melembapkannya semula.
Rahsia kemujaraban produk Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower terkandung di dalam khasiat semulajadiMinyak Tsubaki, iaitu satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; ekstrak Tapai Beras yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya.
Rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face and Body Shower boleh didapati dalam 3 varian iaitu botol (525ml) dan pek isian semula (450ml).
Shower Oil Nourishing & Softening (RM 25.50)
Shower Lotion Glow Radiance (RM 19.00)
Shower Lotion Ultra Moisture (RM19.00)
Sayangilah wajah DAN badan anda hari ini dengan rangkaian Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower yang baharu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sewaktu menghadiri acara berprestij Nona Superwoman Award pada Januari lalu, penampilan pelakon dan pengacara jelita Che Puan Juliana Evans makin berseri-seri.
Malah, susuk tubuhnya yang terlihat sedikit ‘berisi’ ketika itu mencetuskan andaian bahawa CP Juliana Evans hamil anak kedua.
Sebulan kemudian, CP Juliana mengumumkan bahawa dia dan suami bakal menimang cahaya mata kedua sekaligus meleraikan andaian sebelum ini.
Berita gembira itu telah dikongsi oleh CP Juliana di akaun Instagramnya dengan kapsyen ringkas.
“We are happy to announce our second one is on the way, and we are very excited for it.”
Penerima Nona Beauty Award berketurunan Melayu-England ini turut meminta agar para pengikut serta peminat mendoakannya.
Untuk info, pemilik nama sebenar Che Puan Juliana Sophie Johari Evans ini mendirikan rumahtangga dengan kerabat diraja Johor-Selangor, Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.
Mereka dikurniakan seorang puteri, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine yang kini berusia tiga tahun.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, fasa kehamilan CP Juliana telah pun memasuki bulan ke-6.
Walau sudah mula kelihatan sarat namun CP Juliana tetap kelihatan berseri-seri malah makin cantik dan ceria! Memang terserlah seri ibu mengandung.
Menerusi satu video pendek di akaun TikToknya, CP Juliana berkongsi tentang perubahan-perubahan yang dialaminya sejak hamil anak ke-2.
Selain terpaksa berhadapan dengan ‘mood’ yang berubah-ubah setiap hari, CP Juliana juga suka makan terutama makanan-makanan pedas.
Dalam perkongsian video itu, kelihatan CP Juliana sedang memakan seketul tauhu sumbat dengan penuh berselera.
Tak cukup dengan itu, CP Juliana mengunyah pula sebiji cili hijau fresh seperti kudapan. Kita yang melihatnya pun rasa ‘panas’ dan pijar je.
Rata-rata para pengikut memuji CP Juliana yang semakin cantik. Ramai juga yang meramalkan CP Juliana bakal menimang cahaya mata lelaki.
“Mesti baby boy. Sebab lain betul muka ju preegnant dari anak pertama. Mesti boyyyyyyy
“Anak lelaki ni”
Rakan-rakan artis turut meninggalkan komen buat CP Juliana.
“But Still glowing” -Sazzy Falak.
“But still gorgeous” -Nadia Brian
Semoga dipermudahkan segala urusan CP Juliana sepanjang fasa kehamilannya kali ini.
Kredit Foto: Instagram Juliana Evans
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekarang ni kebanyakan majikan memberi kelonggaran kepada para pekerjanya untuk bekerja dari rumah atau ‘Work from Home’ (WFH). Tak dinafikan apabila duduk di rumah dalam jangkamasa yang lama, perut mula minta diisi dengan makanan. Apabila menimbang berat badan, barulah tersedar untuk mengurangkan lebihan berat badan dan kembali menjaga pemakanan.
Kaedah diet Clean Eating ini antara saranan yang paling sesuai diamalkan, selain mudah dan dijamin akan mengenyangkan anda. Makan secara bersih, bermaksud pilihan makanan yang segar dan bebas sumber tiruan. Cara masakan dan penyajian juga seharusnya natural bagi mengekalkan gizi serta nutrien baik di dalamnya.
Di Hollywood, ia menjadi pilihan selebriti Gwyneth Paltrow agar kelihatan sentiasa langsing. Konsepnya ringkas. Elakkan mengambil makanan yang diproses.
Makanan yang dibenarkan ialah pelbagai jenis bijirin, buah-buahan organik, sayuran organik, daging pejal tanpa lemak, produk tenusu rendah lemak dan sumber lemak sihat. Manakala makanan yang patut dielakkan ialah semua jenis lemak tepu dan lemak trans, makanan yang diproses, makanan yang ditapis berkali-kali seperti tepung dan gula, minuman berkarbonat, jus segera serta alkohol.
Nona menyarankan agar sumber makanan dibeli dari pasar tani atau jika ke pasar raya, pilihlah makanan yang bahan kandungannya boleh difahami. Elakkan makanan di dalam kotak kerana ia mengandungi bahan pengawet yang tinggi.
Peraturan diet yang perlu dipatuhi:
MAKAN MAKANAN SEBENAR
Elakkan sama sekali makanan yang diproses. Kalau membeli-belah di pasar raya, pilih makanan yang tertulis bahan kandungan segar atau bahan yang mungkin akan anda gunakan jika membuatnya sendiri di rumah.
SEDIAKAN SAJIAN MUDAH
Makanan yang sedap dan berkhasiat tidak bermakna anda patut masak berjam-jam di dapur. Sediakan bahan yang minimum dan sertakan bijirin, protein serta lemak baik dalam satu hidangan. Contohnya sayur tumis bersama ayam yang dimakan dengan beras perang.
KUNYAH DENGAN PERLAHAN
Kajian menunjukkan lebih cepat kita makan, lebih banyaklah kalori yang diambil. Jadi kunyah secara perlahan, nikmati rasa makanan di dalam mulut dan jangan ‘ganggu’ waktu makan dengan aktiviti seperti menghadap telefon bimbit.
MAKAN PADA MASA YANG DITETAPKAN
Jangan biarkan jarak masa melebihi 4 jam di antara waktu makan utama dan waktu snek. Ini dapat mengimbangi paras gula darah yang memberi tenaga dan mengawal selera dengan lebih baik.
FAHAMI ISYARAT TUBUH
Makan apabila lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah dihimpit dengan kemiskinan dan bergelar anak yatim piatu sejak zaman persekolahan lagi hingga terpaksa menempuh liku kehidupan tanpa figura penting, ibu dan ayah....