Sekotak barangan kemas wanita tak mungkin lengkap tanpa set batu permata berwarna. Anting-anting zamrud, cincin delima atau kalung nilam bertatahkan berlian semestinya pilihan klasik yang melambangkan kemewahan tersendiri.
Batu permata berwarna biasanya menonjolkan karakter luar biasa sememangnya sesuai buat generasi muda yang memburu kesempurnaan dan tampil lain dari yang lain. Biar pun ringkas atau minimalis, perhiasan batu permata adalah pelaburan terbaik sepanjang hayat wanita.
Ads
Mesti Ada!
(1) The Statement Earrings
Anting-anting merah delima atau hijau zamrud, sama ada berbentuk candelier atau teardrop merupakan satu kemestian. Selain acara formal, ia juga sesuai dipakai bersama T-shirt ringkas dan jean untuk kelainan.
(2) Kalung Permata
Setiap wanita mesti mempunyai seutas kalung delima atau nilam dalam simpanan. Kalung berantai halus sesuai dipakai dengan apa saja pakaian, manakala kalung berbatu besar pula sesuai dipakai bersama gaun yang mendedahkan bahagian dada.
(3) Meeracle
Selain perhiasan kemas, keindahan batu permata juga mampu menambah kecantikan wanita. Memperkenalkan Meeracle, produk penjagaan kulit berasaskan ekstrak batu permata yang boleh dipupuk ke pipi dan menjadikan kulit secantik bidadari.
Meeracle memperkenalkan formula pertama seumpamanya di Asia yang menawarkan manfaat berlian, rubi dan mutiara dalam rumusan bahan aktifnya. Nak tahu apa keistimewaan produk ini?
(a) Berlian: Ekstrak berlian berfungsi untuk meratakan tona kulit, memudarkan kesan parut dan kedutan, serta menjadikan kulit mulus berseri.
(b) Rubi merah: Memulihkan kesihatan, menyerikan kulit, mendetoksifikasi dan mencegah jangkitan kulit, memperbaiki peredaran darah serta menjadikan kompleksi kulit berwarna kemerah-merahan.
(c) Mutiara: Melembap, anti-penuaan, mencerahkan serta menjadikan kulit lebih anjal dan halus.
Ads
Berbeza daripada produk tempatan lain, Meeracle sebenarnya disumberkan daripada France. Ia diasaskan oleh Meera Nordin dan beliau sanggup melabur untuk proses R&D selama bertahun-tahun lamanya agar produknya selamat serta berkualiti tinggi.
Meeracle didatangkan dalam set Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser yang sesuai untuk semua peringkat usia serta jenis kulit.
Meeracle Facial Serum
Serum dengan 23 bahan aktif semula jadi untuk memberikan perubahan ketara dalam tempoh singkat. Bertekstur ringan dan mudah meresap (RM79).
Meeracle Facial Cleanser
Ads
Mengandungi malakit, sejenis batu permata yang membantu mengawal minyak berlebihan dan bersifat anti-bakteria berfungsi untuk memulihkan jerawat. Pencuci ini juga mempunyai aloe vera dan teh hijau, baik untuk membantu anti-penuaan agar kulit terasa segar selepas mencuci (RM49).
Selain itu juga, Meeracle Facial Cleanser ini mengandungi apple stem cell dan avocado yang masing-masing boleh meningkatkan pertumbuhan dan keupayaan sel kulit serta menghilangkan kedutan dan parut jerawat pada raut wajah.
Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Percaya bahawa wanita adalah pengguna utama dan golongan yang selalu bekerja keras untuk mencari pendapatan sampingan, Meeracle tekad memyumbang kepada masyarakat melalui program CSR. Antaranya peluang untuk memulakan perniagaan kecil demi kemajuan mereka.
Kata Pengarah Urusan Edelsteen Sdn. Bhd., Raja Mohd Nasrullah Haziq, program EMPOWERING YOU disasarkan untuk membantu 50 hingga 60 orang wanita yang mempunyai masalah kewangan agar mereka dapat merasai kehidupan lebih selesa.
Program CSR ini diusahakan dengan kerjasama Master Stokis Meeracle dengan menawarkan program latihan, sesi mentor serta kit memulakan perniagaan.
Penjualan produk kosmetik palsu kini semakin menjadi-jadi. Tanpa segan silu, ramai peniaga yang menjualnya di pasaran terbuka serta secara online.
Dengan menabur janji 100% copy ori, murah dan macam-macam lagi, pelbagai taktik digunakan bagi melariskan barangan.
Apa yang tidak anda sedari, adalah risiko terhadap pemakaian kosmetik palsu contohnya yang berjenama Huda, Kylie, Benefit, MAC, Tarte serta sebagainya.
Dalam satu pembongkaran di sebuah kilang pembuatan produk kosmetik palsu, sejumlah merkuri, lead, arsenik, sianida, air kencing, malah najis tikus telah ditemui.
Paras toksin dalam sesetengah produk ini juga dikatakan boleh mencetuskan reaksi alahan seperti ruam, kesan terbakar serta masalah kesuburan (infertiliti).
Pengalaman ngeri yang terjadi kepada blogger kecantikan dan pencinta mekap ini selepas mendapat jangkitan mata akibat pemakaian produk penggaris mata palsu patut dijadikan iktibar buat semua wanita.
Memetik kata-kata Zaira Soriano dari Filipina, dia mula mengalami gatal-gatal dan bengkak yang teruk di garisan matanya kira-kira 3 jam selepas memakai fake eyeliner yang dibeli.
Peristiwa itu membuatkan dia serik untuk membeli produk palsu. Zaira juga giat menguar-uarkan kepada pengikut Facebooknya agar tidak terpengaruh untuk membeli produk kosmetik murah sepertinya.
Nona harapkan agar wanita-wanita yang gemar bermekap agar sentiasa memilih produk mekap yang tulen dan sah di kaunter kecantikan. Jangan mudah terpedaya dengan fake cosmetics kerana kita tidak mempunyai dua wajah untuk disalin-salin jika rosak!
Sudah 15 tahun menyepikan diri sejak bergelar suri hati kepada ahli politik, Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Mukhtar Radin. Lama juga kita tidak mendengar khabar berita tentang kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Datin Sri Zizie Izette Abdul Samad.
Malah, kali terakhir namanya menjadi sebutan adalah apabila nama Zizie dan suami terpalit hingga ke mahkamah berikutan sebutan kes yang melibatkan rasuah berjumlah RM 2.8 juta.
Namun, pelakon jelita ini kembali meraih perhatian dan menjadi sorotan wargamaya apabila seorang jurusolek terkenal, berkongsi wajahnya selepas disolek dan ditatarias menerusi laman sosial Instagram jurusolek berkenaan.
Zizie Izette Masih Berbisa, Jelita Di Usia 45 Tahun!
Hantaran berkenaan telah membuatkan ramai peminat serta wargamaya terkesima menyaksikan kejelitaan raut wajah Datin Seri Zizie Izette yang tampak anggun dan jelita selepas disolek.
Zizie yang kelihatan anggun menyarung persalinan hitam dari pereka fesyen duo terkenal Rizman Ruzaini dan hanya memakai topi dan menutup sebahagian rambutnya turut mendapat perhatian warga maya.
Warganet Terkesima! Puji Kejelitaan Zizie Izette
Team NONA, sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut dan mendapati rata-rata netizen meninggalkan komen positif serta memuji kejelitaan rupa paras suri hati Bung Mokhtar Radin itu.
Malah, ada juga yang mempersoalkan gaya Zizie yang terkini seperti tidak dimamah usia meskipun sudah berusia 45 tahun serta penampilan yang agak berlainan jika hendak dibandingkan sebelum ini.
Biarpun gaya terbaru pelakon ini kadangkala sering menjadi pertikaian netizen di media sosial, bagaimanapun kali ini Zizie Izette berjaya memukau para peminat dan orang ramai dengan kejelitaan ibu kepada lima cahaya mata ini.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Bagi yang gemar menonton filem-filem Bollywood pasti akan mengenali wajah jelita ini. Aktres kacukan India-Inggeris ini mampu membuatkan sesiapa saja ‘cair’ bila melihatnya. Bukan saja terkenal dengan bakat lakonan yang hebat malah kejelitaannya sering menjadi perhatian. Katrina Kaif sering tampil cantik meski tanpa solekan. Dapat bayangkan betapa aslinya kecantikan yang dimiliki Katrina walaupun kini usianya 38 tahun.
Ternyata, Katrina Kaif bertuah kerana dilahirkan ‘sempurna’ dengan kecantikan asli umpama bidadari. Cantik, tinggi, langsing serta berkulit mulus dan halus. Paling terpesona adalah senyumannya yang sangat manis.
Katrina Kaif dilahirkan pada 16 Julai 1983 di Hong Kong, China. Dia pernah membintangi filem Boom di samping bintang legenda tersohor, Amitabh Bachchan. Sebelum bergelar aktres, Katrina Kaif memulakan kariernya sebagai seorang model. Ketika itu Katrina Kaif berusia belasan tahun.
Bapanya, Mohammed Kaif berasal dari Kashmir. Manakala ibunya, Suzanne Turquotte berketurunan Inggeris dan pernah bergelar pengacara serta sukarelawan. Menariknya lagi, ibu Katrina Kaif ini adalah lulusan Harvard University, hebatnya! Patutlah Katrina Kaif pun cantik dan bijak.
Adik bongsunya iaitu Isabelle Kaif turut mengikut jejak langkah Katrina Kaif dalam dunia lakonan. Sama seperti kakaknya, Isabelle Kaif turut mewarisi kecantikan ibu mereka yang berdarah Inggeris. Cantik dan berbakat Isabelle Kaif ni, macam kakaknya.
RAHSIA CANTIK Kalau nak tahu, rutin kecantikan yang diamalkan Katrina Kaif sebenarnya sangat simple. Katrina Kaif sememangnya seorang yang sangat menitikberatkan penjagaan kecantikan dalaman serta luaran. Kecantikan kulit sangat penting bagi Katrina Kaif.
Salah satu cara Katrina Kaif menjaga kulitnya ialah dengan sentiasa mengekalkan kesegarannya. Dia mengamalkan minum air putih pada setiap pagi. Dengan banyak minum air putih, aliran darah menjadi lebih lancar sehingga kulit kelihatan berseri-seri.
Selain itu, Katrina Kaif juga antara aktres yang sering tampil jelita dengan solekan yang tidak berlebihan. Adakalanya Katrina Kaif juga sering tampil polos tanpa sebarang solekan jika tiada sesi penggambaran menyerlahkan lagi kecantikan asli yang dimiliki.
Bagi Katrina Kaif apa yang penting adalah sentiasa menjaga bibir agar kekal lembab dan kulit terhindar daripada sinar ultraviolet. Maka sebab itulah Katrina Kaif tidak pernah lupa untuk membawa lip balm dan sun block bersama walau ke mana jua dia pergi.
Cantik sahaja tidak memadai kerana bagi Katrina Kaif kesihatan juga perlu seiring. Sebab itulah aktres jelita ini rajin melakukan aktiviti kecergasan antaranya berenang, jogging dan latihan beban. Menari, yoga dan meditasi juga tidak ketinggalan.
Sementara itu, pola pemakanan yang seimbang turut melengkapi rutin harian Katrina Kaif. Dietnya sederhana sahaja yang mana dia mengelakkan terlalu banyak karbohidrat dalam pemakanan. Katrina Kaif gemar memakan sayur serta buah-buahan segar.
Kesimpulannya, Katrina Kaif bijak menyeimbangkan antara kecantikan luaran dan dalaman. Baginya, kecantikan sejati datangnya dari hati. Jika seseorang merasa baik di dalam maka kecantikan itu akan terserlah jua pada luaran.
Kredit Foto: Instagram Katrina Kaif
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...