Lebihkan sayur-sayuran, bijirin penuh dan sumber protein yang tinggi dalam diet harian merupakan nasihat biasa yang sering kita dengar daripada doktor setiap kali menyentuh soal pemakanan sihat. Tidak menafikan zat penting yang terkandung di dalam makanan tersebut, seorang pakar nutrisi, Dr Susan Mitchell secara terbuka mengakui diet sihat yang diamalkannya selama ini turut termasuk kudapan coklat gelap. Bahkan katanya, setiap hari dia akan menikmati sekurang-kurangnya satu keping coklat.
Berdasarkan kajian yang dilakukan Dr Mitchell, dia turut mendapati coklat adalah antara makanan utama yang sering diidamkan para wanita. Ini kerana menurutnya ramuan yang ada di dalam coklat cukup ‘berkuasa’ hingga mampu memberi kegembiraan minda yang optimum!
3 Kandungan Hebat Di Dalam Coklat
- Theobromine : sejenis kafein yang mencetus kegembiraan
- Tryptophane: meningkatkan tahap serotonin otak yang membuatkan seseornag berasa gembira
- Phenethylamine : merembes endorphins punca kepada perasaan bersemangat dan penuh rasa cinta
Manfaat kepada kesihatan
Tahukah anda coklat juga mengandungi anti oksidan dan berdasarkan penyelidikan, sebatian dalam coklat gelap melancarkan aliran darah seterusnya membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
Pilih coklat terbaik
Apabila memilih coklat ambil tahu label dan kandungan di dalamnya terlebih dahulu. Sebatian biji koko yang tinggi seperti dalam coklat gelap lebih berkhasiat berbanding coklat susu. Menurut Dr Mitchell, sekeping coklat gelap mengandungi di antara 60 hingga 100 kalori bergantung pada saiz.
Nikmati namun terkawal
Meskipun berkhasiat, coklat gelap mungkin tidak bebas lemak tetapi Dr Mitchell bertegas jika ia adalah makanan yang diidamkan, nikmatilah sebaiknya.
Sumber: www.oprah.com